Monday, December 21, 2009

Hari Baru Aku

Tajuk karangan: Hari Baru Aku

Aku baru balik dari Melaka, lepak umah Kak Ji selama satu hari satu malam, pakej termasuk dengan sarapan pagi dan jalan2 kat MP bersama bakal ibu itu. Wah! kakak aku dah berubah, dia betul2 kelihatan seperti bakal ibu yang mithali. Pelan2 aku kagum dengan perubahan positifnya. Kakak aku itu memang lawak, aku teman dia cari baju baby dengan baju maternity, tawaf MP 3kali baru jumpa. Penuh lemari dia dengan baju maternity tapi dia asyik mengadu takde baju nak pakai. Agaknya yang lambak2 dalam lemari dia tu kain gombal agaknya.

Planning awal nak ber-tahanut kat A'Famosa terpaksa aku batalkan, aku pijak Melaka Sentral pun da pukul 10.30pm, teksi pun da takde. Nasib baik ada kakak kat Melaka, kalo tak memang sesia je penghijrahan aku tuh.

Hari aku makin cerah, peluang ada depan mata. Ada ka aku patut setat hubungan yang baru juga? Mau gelak? silakan la gelak walaupun aku tidak membuat lawak. Aku siyes!

Tahun 2010 aku mau kawen!

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 -Kerana itu Aku- | by TNB