Wednesday, February 24, 2010

..Gunung Nan Tinggi Kan Kudaki..

tiba2 terasa mahu mendaki gunung..hmm...layak ka aku? sempat dan semput ka aku nanti? dan kalo aku tersadung akar pokok, lalu berguling mesra di kaki gunung bagaimana pula ya???

eleh...belum naik lagi dan fikir macam2..rilek laa, panjat gunung bukan macam gi perang kat Iraq nun..aku tak tahu macam mana nak gambarkan keteringinan aku ni. Dalam palaotak cumil ni terbayang air terjun, bunyi unggas, kehijauan alam dan ayam pusing atas api..waaaa....seronotnya...TAPI.....aku mana tau pasang khemah? pasang api kalo curah minyak tanah ok la kot, boleh ke aku ni karang..? nak pegi dengan sapa ea? aku ni da la pemalu..huhu...

Tiap malam aku akan lakukan ini sebelum tidur:-pejam mata, dan bayangkan air terjun yang sejuk di awal pagi, dengan deruan airnya yang mempersona, mentari mula menyingsing, kubasuh wajah dengan kedinginan air dan memanjatkan syukur padaMu Tuhanku..

Aku mahu daki gunung, kerana aku akan mencabar kemampuan diriku sendiri. Aku selama ini dibawah, tak pernah di atas, aku cuba menerima kekurangan orang, tapi aku dikhianati, diperbodoh2kan tanpa belas, aku memberikan seadanya aku, tapi aku dikecewakan dengan janji2 palsu dan lakonan plastik makhluk yang tanpa rasa berdosa mendustai aku..

Jalan ada dua; KIRI atau KANAN, aku pilih yang kanan kerana yang KANAN, untuk sampai ke puncak akan melalui kesukaran yang sudah Allah rencanakan...

...Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan; Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?(Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: Memerdekakan hamba abdi; Atau memberi makan pada hari kelaparan. Kepada anak yatim dari kaum kerabat, Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, dia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang. (Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga). Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. Mereka ditimpakan (azab seksa) Neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya). (90:10-20)



:- mau letak gambar gunung di entri ini tapi aku masih dungu prosessnya lagik..uuuuuu...

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 -Kerana itu Aku- | by TNB