Tuesday, March 2, 2010

..HAJAT..

Wah! aku sangat bengkerk cap gajah baring semalam. Fuhhhh....baekkk punya sabar beb sedangkan aku ni bukanlah penyabar sangat orangnya. Tapi kerana nasikku ada la beras cap naga, maka aku redha aje lah dengan apa yang berlaku. Pasti ada hikmahnya yang aku tatau.. :(

Baju comel yang aku suka sangat tu telah jatuh di timpa tangga. Aku tak tahu la, mula2 cincin permata zircon aku ditelan mesin basuh, pastu baju comel cap Elmo tu pulak, pasni apa pulak ya..? Mode: SANGAT SEDIH dan BERDUKACITA..

Aku basuh baju tu sekali dengan baju singa comel sebab aku rasa macam ada sedikit kekotoran pada kolar baju terbabit. Punya la sayang kat baju berkenaan, aku siap cuci tangan tau..!! Pastu, time aku nak sidai tu, baru aku pasan takde cepit baju kat ampaian. Dengan langkah sopan santun dan lemah gemalai, maka aku pun berlari2 la ke bilik peraduan konon2 nak rembat cepit baju kat langsir bilik aku tuh (untuk makluman: bilik aku takde panel nak gantung langsir, so aku cepit je dengan cepit baju), sekali aku plinggg ke ampaian, aku tengok baju tu da takde...aikk?? magik jenama apa ka ini? Aku pun buat2 rilek konon macam takde apa,tapi selepas lebih kurang lapan minit aku melilau carik baju tu, aku masih tidak berjumpa.

...Kutanya pada malam
Mengapa tidak berbintang
Kutanya pada alam
Mengapa kian muram
Kutanya pada angin
Kau ka yang larikan baju aku?....


Baju peberet aku da hilang..tah ke mana, aku rasa diterbangkan angin sebab angin memang kuat semalam, dengan guruh berdentam dentum pakej sekali dengan hujan..Aku tak jumpa dah baju berkenaan. Hilang cenggitu jek..Pelik tapi benar, yang ada cuma baju singa comel, tu pun da nak kena kasik kat tuan yang empunya. Da takde baju comel da pasneh...:(

TAPI, bila pikir2 balik, umur suda lanjut, kedut suda banyak, lagi mau baju comel2...
Tua kutuk tak sedar diri tol la..hahaha...

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 -Kerana itu Aku- | by TNB