Friday, September 24, 2010

Jamal Pak Tongko dan Puteri Maya Karin serta Kambeng dan Mesin Touch 'n' Go

Pada zaman dahulu iaitu zaman yang terlupa hendak direkod tahun keberapa masehi, tinggallah seorang tukang kayu di kawasan hutan bersama seekor kambeng peliharaannya. Kehidupan mereka yang bak melukut di tepi gantang lebih baik dari melutut tikar mengkuang tetap mereka jalani seadanya dengan tikar getah dan sambal belacan di sisi. Tukang kayu itu bernama Jamal Pak Tongko dan berumur 27tahun pada masa kejadian sedangkan kambeng beliau tidak bernama.

Jamal Pak Tongko mempunyai cita2 pelik tapi benar iaitu mahu meminang puteri raja. Pada zaman itu, puteri raja masih lagi mengamalkan kaedah asli untuk menjaga kecantikan iaitu makan ulam-ulaman dan bersenam dan tidaklah berbotox di sana sini. Puteri yang cantik seperti Maya Karin itu pula seorang yang sangat suka makan ikan patin masak tempoyak dan air terjun walaupun beliau tidak pandai berenang. Puteri itu bernama Puteri Maya Karin dan beliau berketinggian 165cm, berat badan 51kg serta berkasut size 7.

Perkenalan kedua merpati baka baik ini bermula apabila Puteri Maya Karin melarikan diri dari tempat kejadian tanah runtuh dan mendayung sampan ke arah tanpa tuju. Sebagai lelaki sejati yang berpangkat hero, Jamal Pak Tongko telah menawarkan diri untuk menyelamatkan Puteri Maya Karin dari terjebak ke dalam jelaga asap yang menyesakkan pernafasan dan sekaligus boleh mengakibatkan koma kekal. Pada mulanya Puteri Maya Karin yang jual mahal dan bergaduh dengan mesin touch 'n' go yang berhampiran itu tidak mahu bercakap dengan Jamal Pak Tongko disebabkan Puteri Maya Karin itu seorang yang lemah lembut dan sopan santun serta berjalan tunduk di hadapan orang tua. Tapi kerana beliau paiseh gila kerana tidak tahu mendayung sampan berseorangan maka beliau pun mengikut sahaja ajakan Jamal Pak Tongko untuk menaiki sampan bersama-sama.

Tapi yang tak bestnya, Jamal Pak Tongko sekarang outstation ke Sabah (offshore selama 2bulan) dan meninggalkan Puteri Maya Karin di dalam keadaan siang terbayang malam merindu. Sungguh tragis cerita sepasang merpati baka baik ini, kan? Sekian...

6 comments:

Unknown said...

mende ngko ngarut ni ifa????

Syifa' said...

ipen: aku macam da tersuka kat sorang jejaka berpangkat hero ni, tapi aku tak tahu la dia tu suka kat aku ke tidak..jadik, aku tulis la kat sini..tu pun nak jeles ke pen?

Unknown said...

buang my precious time saja nak jeles... kalu ko iras2 kangna ranaut mungkin la aku akan jeles sebanyak 0.08%...

Syifa' said...

yang kat bakang tu tuaran, yang hat depan tu aku macam tak reti nak sebut...kekasih kelabu asap ko ke pen? :p

Unknown said...

apa yang depan??? apa yang belakang??? ifa weiiii...

http://buzzytimes.com/wp-content/uploads/2010/09/Kangana-Ranaut.jpg

Syifa' said...

yang belakang itu la jantan dan yang depan itu la betina. begitu ahli nujum? hahah~
pen, add aku kat ym laa..aku tau ko rindu aku..cepat je ko balas comment kat blog ni kan.. lu memang best la pen..walaupun kurang kacak..keh..keh..keh..

Post a Comment

 

©2009 -Kerana itu Aku- | by TNB