Monday, November 8, 2010

Nota Satu: Di Bulan November

Jam sudah menunjukkan pukul 3.06pm, mata berpinar2 memandang skrin laptop kecit, kad nama masih belum siap saya kemaskini, iyalah, MJ balik dari KLCC hari tu, ceria sungguh dia bertukar2 kad perniagaan tanpa mengambil kira siapa yang perlu memasukkan data2 itu ke dalam sistem. Itupun bilik dia macam tongkang pecah, saya belum sempat kemas lagi. Cenderahati Royal Selangor dah hampir penuh satu almari. Lain kali cubalah bagi cenderahati berupa kain pasang ka, voucher CD ka,tiket wayang ka.. takde lah penuh almari dia kerana boleh diberikan kepada saya..keh..keh..keh..

Terpandang kad nama kepunyaan Billy Lee, ingatan mula singgah kepada Billy Lee, ejen hartanah sewaktu saya bekerja dengan HBRE dahulu. Teringat kepada MrTCM, kepada CKLeong, kepada Victor Thean, kepada Rachel Wong...kepada teman2 bekerja 3tahun dahulu. Terus terang, saya lebih suka bekerja dengan bangsa Cina, bukan kerana saya ini tidak sedar diri kulit berkarat, mata bulat tapi kerana bangsa Cina ini sangat tekun bekerja, tidak suka jaga hal orang, mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi, dan sungguh, saya kagum dengan bangsa Cina di mana jarang saya temui semangat mereka dalam diri orang Melayu. Saya bukan anti-Melayu, cumanya, saya tidak dapat bekerja dengan baik bila dengan orang Melayu, yang lemah lembut, sopan santun, biar lambat asal selamat dan sebagainya. Kerana jelasnya, saya ini tidak ada ciri2 orang Melayu, kecualinya bab pemalu...keh..keh..keh..

Saya mendapat beberapa ajakan mencuba bidang modelling, tapi saya masih belum mahu lagi. Saya malulah hendak bergaya2 depan camera, hendak pula kalau jurukamera itu seorang lelaki, jadi model tiang letrik boleh la.. Memang ada minat juga untuk mencuba, tapi saya malu. Sebab, saya perhatikan, gadis2 sekarang nama sahaja model muslimah, tapi pakaian tidak muslimah langsung. Apakah bertudung kecit dan menampakkan dada itu dikatakan Model muslimah? Bila tengok Rancangan Gadis Melayu di tv9 itu, saya tepuk dahi dan garu kepala, menggayakan pakaian dalam itu juga dikira sebagai ciri2 gadis melayukah? Nasib baik saya orang jawa.“Hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (24:31)


Bukan niat saya hendak menghina, jauh sekali mengutuk gadis2 itu, tapi saya kasihan dan simpati pada mereka, kerana dikaburi glamour dan wang ringgit, sanggup memperdagangkan maruah sendiri. Nantilah, kalau saya benar2 dapat tawaran pakaian yang mencerminkan wanita Islam yang sebenar, mungkin saya akan bergelar model sambilan pula. Sebab, secara jujurnya, saya sukakan sesuatu yang cantik. :)

Saya bukanlah sempurna, saya tidak menolak kadang2 saya melakukan kesilapan, tapi saya sentiasa berazam tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama lagi. Hairi, sahabat baru saya menasihati saya supaya perlahan2 mengubah diri dan lupakan kenangan silam yang menyakitkan, inshaAllah segalanya akan kembali pulih. Allah menguji kerana mahu menduga keimanan dan mengangkat martabat hambaNya yang terpilih. Jadi kalau saya/kamu diuji, itu tandanya Allah sayangkan kita, kan?

2 comments:

Jo Qusary said...

saya juga bukan gadis melayu... tetapi minangkabau-rawa celup creole perancis... last2 jadi gadis oreo... hehehe

Syifa' said...

Jo: hahah~ saya tidak pandai sebut perkataan yang kamu tulis sebelum perkataan perancis tu...macam mana sebutnya? :p.. kamu memang kawan saya yang unik..

Post a Comment

 

©2009 -Kerana itu Aku- | by TNB