tag:blogger.com,1999:blog-29681240669954450802024-02-07T13:36:29.732+08:00-Kerana itu Aku-..berlari ke sana ke mari, hingga kini masih mencari seorang aku yang pasti..Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.comBlogger80125tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-84614396933927658882011-11-17T16:42:00.000+08:002011-11-17T16:42:47.080+08:00...I Am Single...Semalam, 16 November 2011 menjadi tarikh keramat kerana aku telah 'bercerai' dengan Panglima pujaan hatiku. Masalahnya adalah kerana aku tahu, perhubungan ini tidak punya arah. Aku dengan cara aku, dia dengan caranya, kami masing2 menegakkan kebenaran di pihak kami, walau dia memujuk aku agar bersabar, agar faham keadaan dia, tapi aku tak mahu. Kenangan terlalu sakit dan perit, dan aku terlalu lemah untuk melalui semua itu sekali lagi. Cincin pemberiannya juga masih kusarung ke jari manisku, tapi ertinya sudah tidak ada lagi. Aku telah melepaskan Raja Hatiku yang bertaut dengan semangat perjuangan agamaku dek kerana keadaan yang terlalu memaksa. Aku single sekarang, tapi aku tetap merasakan aku masih mencintainya.

Dia masih tetap berlagak seperti tidak ada apa2, bila aku suarakan mahu jual cincin pemberiannya untuk disedekahkan pun, beliau okeh saja. Hmmm...nampak sangat aku yang terlalu bermain dengan perasaan. Aku yang sedih separuh nyawa, tapi dia biasa2 aja. hmmm...hmmm...hmm...

Dia baru saja called, aku masih belum delete nombor telefonnya, masih tertera 'My Baby' bila nombornya cuba menghubungi talianku. Kutanya, okeh ke? dia jawab Okeh je. Kucuba lagi, siyes ke okeh? dia jawab, ya, okeh. Hey, aku mahu kau jawab kau tak okeh dan berharap kita boleh bersama semula, takkan itu pun kau tak tahu???

Kumasih ingat lagi tangisannya syahdu kami semalam, dan nasihat2 yang mencarik2 hatiku, dan makanan kegemarannya, dan baju yang selalu dipakainya bila menemui aku. Aku ingat semuanya, aku ingat matanya, aku ingat putih kulitnya, aku ingat hidung mancungnya, dan kumasih ingat bibir nipisnya. Aku rindu semua itu, aku rindu matanya yang merenung aku, aku rindu suaranya yang selalu meninggi bila aku mula berperangai pelik. Aku rindu semuanya.

Aku ingat semuanya, aku ingat ketinggiannya, aku ingat size kasutnya, aku ingat size baju dan seluarnya, aku ingat senyum bibirnya bila terhibur dengan gelagatku. Aku ingat semuanya...

Arrrghhhh....~ aku sasau. Memang benar aku sasau, tapi sudah tertulis begitu, apa lagi yang mampu? Apa? Mahu melutut meminta maaf kepadanya? Mahu merendahkan ego dan merayu diterima semula?? Maaflah, aku tidak akan berbuat begitu, kerana inilah aku, dulu kini dan selamanya!

Hey! Kamu balik sini boleh tak???? Jangan tinggalkan aku...!!!!Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-63452882184752730682011-10-13T22:50:00.001+08:002011-10-13T23:18:40.549+08:00...Post Ini Untuk Sahabat-Sahabat Sukaki/YSAku tiba-tiba rasa macam nak menggunakan perkataan 'aku', sebab kali ni aku nak menulis tentang Sukaki/YS. Sebenarnya, nick 'marszsyifa' ni aku create sewaktu aku join satu web yang diberi nama YouthSays pada tahun 2008. Tapi time tu aku tak minat langsung nak bukak web ini sebab asyik kena tipu je, kata nak bagik aku duet kalau jawab soalan, jawab punya jawab, aku dapat RM2.50 je sampai sekarang ni. Nak aje aku pulangkan RM2.50 tu dan tambah lagi RM2.50 dan baling kat muka orang yang heret aku join web tu. Tah hapa2. Tapi yang manis tentang YouthSays adalah aku mengenali orang2 yang cukup aku ingati dan aku sayangi sehingga ke hari ini. Aku mulakan dengan memperkenalkan seorang demi seorang, bermula dengan yang paling aku sayang... :):-

1) The Jackal: nama sebenar beliau adalah Mohd. Azar bin Azami, berketinggian 185cm dengan berat badan yang berubah mengikut suhu keadaan cuaca. Mula2 aku jumpa Jackal adalah pada first gathering YS yang berlangsung di Damansara. The Jackal neh, agak pelik sedikit perangainya, kerana di samping tak suka campur orang, dia juga suka carik pasal dengan orang. dia suka makan tempe goreng rempah dan sambal kicap yang dimasak oleh aku, dan dia juga suka makan kuah lodeh tak kira siapa yang memasaknya. Beliau dilahirkan pada 5 Mac 1983, dan 7 hari kemudian aku pula dilahirkan. Eleh sebenarnya beliau tu saja je nak lahir2 sama bulan dengan aku.

2) AbbyNita: Nama sebenar beliau adalah Noranita binti Zainal Abidin, lahir pada 3 April 1983, mempunyai dua orang anak dan nama suami beliau adalah berubah mengikut keadaan, ini kerana suami beliau agak glamer orangnya. Aku rapat dengan Abby sebab sewaktu aku buat kuiz meneka umur aku, dia laa yang berjaya meneka dengan tepat sekali teka je. Abby ni dia macam ada persamaan dengan aku, iaitu boleh membaca karekter orang. Abby orang Perak, dan aku sangat sayang Abby kerana dengan dia, aku belajar tentang hakikat kehidupan dan jugak belajar membuat kueh.

3) Afsarudy: Nama beliau adalah Mohd. Afsarudy, tapi aku punyalah nakal, dok panggil dia Saru, sampai marah kawan tu. Beliau pun lahir sama tahun dengan aku, abby dan Jackal, tapi aku tak tahu exact birth date dia. Saru orang Terengganu, sangat pandai melukis dan kelihatan agak kacak dari jauh, dari jauh je laa ya...Saru neh tegas dan pelik sikit orangnya, tak silap aku dia neh anak bongsu dari lima beradik. Persamaan beliau dengan The Jackal adalah selain daripada kedua2 makhluk ini adalah lelaki, keduanya juga telah mengisytiharkan bercinta maut dengan Gundam.

4) Jo Qusary: Puteri Nur Josephine Rusaimah Jaseer, betul ke nama penuh beliau yang ini? Entahlah, aku harap betul laa kerana aku tak sanggup dipijak oleh kasut beliau yang bersize 10 itu. Hmmm...dulu aku ingat Jo Qusary ni sombong, sebab dia golongan educated yang exclusive, tapi bila aku kenal dia melalui penulisan dan hasil seni dia, dapat aku rasakan keunikan manusia asperger ini. Aku sangat respect beliau di atas ilmu yang beliau ada, dan aku juga suka baca tulisan beliau tatkala beliau mengamuk. Memang syok!

5) Kaze: Tak silap aku nama dia Norhasikin, tapi nama penuh aku tatau. Dia ni antara pioneer Ys time gila2 dulu, mungkin kerana beliau benar2 gila.hahahha~ sorry, gurau je. orang Johor, Parit Raja, aku tak tahu kat mana silapnya perhubungan aku dengan dia, tapi kami dah lost contact hampir 2tahun. cuma baru2 aku jumpa dia kat umah Abby time bukak puasa. Aku takde laa rapat dengan dia, cuma aku ingat dia neh antara pioneer yang menceriakan dunia YS dulu.

6) sulie: Norsuliza Samsudin, sebaya dengan aku, sekurus dengan aku, tapi dia ngelat sebab tinggi sikit dari aku. Lawan tokey betol la. Dulu masa mula tu aku ingat Sulie neh lelaki, bigor kan aku neh..? Mula tu aku ingat Sulie nak usha aku jadi awek dia sebab dia rajin benor menghubungi aku. Rupanya air yang tenang jangan disangka takde sirap, sulie yang berasal dari Terengganu ini perempuan rupanya. Caitt~

7) Asrey: hhahhah...aku tak tahan laa nak bercerita pasal asrey yang kupanggil serey ini. Beliau neh selain dari bermuka seposen, kadang kala bermuka tembok juga. Serey neh agak kelakar orangnya, tapi entahlah apa yang terjadi, aku macam jadi jauh sangat dengan dia. Dia suka panggil aku cipa. palaotak tol...hahahah~

8) Ipen: Malas aku nak cakap pasal ko Pen, tapi aku tau, kalau ko takde, tak berseri dunia YS dulu. Ipen neh sangat ekstrem lawaknya, kadang2 tu aku rasa beliau neh ada genetic Aziz Sattar. Tapi mungkin beliau tak hensem macam Aziz Sattar kot..hahahh~

9) Raden: budak pompuan neh dulu time mula2 masuk forum habeh semua orang diajak bertomoi lidah. dengan aku2 sekali kena. Mula tu aku ingat beliau kekurangan kasih sayang, tapi rupanya cenggitu cara beliau nak carik kawan. Unik, bukan?

10) Ana: Rezana Rumyanis, manis dan lemah lembut budaknya, tapi kadang2 tu kena cakap seratus kali dengan beliau baru beliau paham. Ana orang Perak, dia baik budaknya, kalau dia tak blur, dah lama aku offer jadik bini sepupu aku yang ada kat overseas tu. hmmm..

11) Art-min: aku tak rapat sangat dengan art-min neh, sebab tah napa tah. Tapi art-min neh baik, dan sopan santun orangnya.

Vale Oc, Jebat, AppleDrop, and the rest, aku bukan taknak tulis tentang korang, tapi kalau aku tulis pun bukan korang baca, kan? Aku cuma nak cakap kat sini, tak kira apa pun yang berlaku, aku bersyukur dianugerahkan sahabat2 seperti korang semua, yang walaupun ada macam2 kepala tapi bila bab merapik semua jadi satu kepala. Aku sangat rindukan kenangan waktu dulu2. Aku tertanya2, kalau kita buat gathering hujung tahun 2011 neh, ada harapan tak perhubungan yang terputus ini terjalin semula..? aku ingin tahu....Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-20271736464827083832011-10-10T13:19:00.000+08:002011-10-10T13:19:45.457+08:00..hari baru, azam baru...Sukahati Syifa laa nak berazam pada 10 Oktober 2011 @ 1pm ini, Syifa tau nanti ada je yang kata "pehal bigor benor dak Syifa neh berazam dekat2 nak hujung tahun pulak dia". Suka Syifa ingatkan di sini ya, Syifa berazam neh tak mintak pun pemadam getah sesiapa, apa lagi pinjam beskal orang lain, jadi jangan pertikaikan kenapa Syifa berazam pada tarikh dan waktu seperti yang dinyatakan di atas. Harap maklum!

Syifa asyik tersenyum2 je dua tiga hari ni, semakin comel pula rasanya diri ini bila dicintai oleh orang yang mencintai diri ini, walau dugaannya masyaAllah, tak dapat nak dituliskan di sini, tapi Syifa rasa sangat bersyukur kerana dianugerahkan rasa kasih dan sayang yang suci dan inshaAllah abadi ini. Syifa nak cakap kat sini "Syifa sangat2 sayang dan cintakan makhluk yang bernama lelaki itu...". Alahai, malu2 tenuk pula Syifa dibuatnya, Syifa tak dapat nak sebut nama orangnya, sebab sebagai gadis yang pemalu, sopan santun dan jalan tunduk di hadapan orang tua, Syifa rasa tak manis kalau Syifa yang beriya2, karang tak jadi, nak sembunyi muka di mana..? Dalam guni bawang ke..?

Semalam Syifa jumpa dia, Syifa makan dengan dia, Syifa bertinju dengan dia(sebenarnya, galok je lebih, tinjunya sikit aje..), Syifa tenok matanya, dia pun sama. Ish, tak dapat nak digambarkan bagaimana perasaan ketika itu, kalau tak diingat Syifa ini wanita Islam, mahu rasanya Syifa sekeh dia di situ juga. hahahaha~

Syifa minta maaf ya, Syifa tahu, ramai rakan2 di FB yang menaruh hati pada Syifa, pernah offer itu ini kat Syifa, tapi Syifa memang tak terbuka hati pada yang meng-offer tuh. Bukan sebab Syifa ni berlagak ke apa, tapi mungkin kerana tulang rusuk kita tak sama... Mungkin saja...Syifa pun dah berfikir panjang, sampai bila Syifa nak fobia dengan lelaki, arwah bapak, abgLong dan AbgNgah lelaki, habis takkan dengan mereka pun Syifa nak fobia juga..?

Syifa rasa nak kawen laa..Syifa tahu, si dia yang dimaksudkan membaca catatan ini, kerana sungguh Syifa terkejut, dia ikuti perkembangan Syifa juga rupanya. Macam manalah Syifa tak rasa macam budak perempuan 17tahun baru nak dapat boipren, dia itu nampak saja kayu, tapi boleh tahan romantik juga. Agaknya, kalau Syifa buat kopi campur garam pun dia minum saja tanpa banyak cekadak, kot..?

Tahun ini Syifa sudah 28tahun (tapi, dengan penuh ego dan takbur Syifa nak bagitau, ada saja yang selalu teka umur Syifa ini 23tahun), tahun hadapan sudah 29tahun. Cantik angka 29 tu, kan? :). Mak, kawenkan Syifaaa..~

Tak tahulah bila lagi dapat bersua dengannya, kerana Syifa merancang, Allah juga merancang, dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Syifa tahu, Syifa sayangkan dia, tapi Syifa tak tahu sedalam mana sayangnya dia pada Syifa.

Syifa harap, Jo Qusary juga akan lekas2 bertemu jodohnya, kerana manusia perempuan itu selalu saja lari dari perasaannya, sedang Syifa tahu, hatinya sudah di curi jejaka ituuuuu... ;)

Syifa pernah menangis berhari-hari kerananya, Syifa pernah sakit berminggu-minggu kerananya, Syifa pernah minta Allah bunuh dia dari ingatan Syifa, tapi bila dia datang lagi, Syifa tak tahu apa yang Syifa patut buat, selain dari berserah kepada Allah...KakSyu, I Love You.... ;)Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-44554133651236695502011-07-26T12:49:00.000+08:002011-07-26T12:49:25.430+08:00...Syifa Tahu...Syifa tahu,

Syifa tak pandai, Syifa belajar sampai takat Diploma je, lulusan UiTM, course yang Syifa attended pun bukan killer course, Syifa bukan anak orang kaya, Syifa baru dua kali naik kapalterbang (dan Syifa masih ingat, Syifa tak reti pakai seat belt kapal terbang tuh). Dan Syifa juga orang kampung, keluarga Syifa biasa2 sahaja, Bapak pun dah tak ada, tinggal Mak dan adik-beradik je.

Syifa faham, Syifa ni bagai beskot meri je, ada ke tak ada ke sama aje, Syifa bukan cantik pun, Syifa cuma anak Jawa kelahiran Muar, kulit berkarat dengan lumpur dan tanah gambut, Syifa sedar semua tu. Bukan Syifa mengada-ngada nak demand itu ini, tapi kadang-kadang Syifa ni memberontak juga.

Tapi, patut ke Syifa dilayan sebegini? Jahat sangat ke Syifa ni? Syifa tahu, Syifa tak sempurna, Syifa bukan lahir2 je terus jadi Syifa yang hari ini. Syifa dulu lost juga, Syifa dulu ganas juga (sekarang pun ada sisa2 ganas juga, tapi dah tak banyak dah), kenapa tak boleh terima keadaan Syifa ni dan terus nak ubah Syifa ikut acuan yang memeningkan kepala?

Syifa memang ada niat nak jadi baik, solehah, sopan santun dan lemah lembut, tapi faham tak benda tu bukan mudah nak buat? Bukan Syifa tak cuba, tapi beribu kali mencuba pun masih tetap gagal juga. Kadang-kadang Syifa penat juga tau..Syifa bukan robot, tapi kereta Syifa nama Optimus Prime.

Syifa cuma mampu minta maaf je, dan perbaiki lagi apa2 yang kurang. Kalau nak tinggal Syifa, tinggal laa..selama 28tahun ni, Syifa hidup seorang diri juga....Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-60790130503271586512011-06-20T19:22:00.000+08:002011-06-20T19:22:51.671+08:00...Aku Sombong..Hari ini, aku telah dituduh dengan tanpa segan silu dan tanpa prejudisnya sebagai seorang yang sombong. SOMBONG tahu tak?? Sombong, bukan serombong, bukan lombong!! Sungguh tidak adil, kerana aku tak faham apa definisi sombong kepada makhluk yang menuduh aku tuh. Aku bukan sombong, cuma kalau perkara tu tak berkaitan dengan aku, orang tu aku tak kenal, aku malas nak bertegur sapa. Macam mana aku nak cakap ya? Kiranya, aku jenis yang tak suka campur hal orang. Itu pun masuk kategori sombong ke? Aku hanget betul. Nak aku ramah macam mana lagi? Kalau beramah-tamah dengan perempuan, karang dikatanya aku gedik, kalau beramah-tamah dengan lelaki nanti dikatanya aku gatal. Abeh, reaksi bagaimanakah aku harus lakonkan? Binawe betul laa..Rasa nak sumpah je orang tu jadi batu giling, pastu aku buat baling anjing.

Aku memang laa tak berapa nak penyabar, tapi sombong, tidak sama sekali. Aku boleh bertepuk tampar lak dengan kakak-kakak cleaner tu, tak jadi apa pun. Itu namanya apa? Sombong ke tombong?

Brader tu pulak cakap, aku tak reti nak sorokkan riak wajah kalau aku tak suka orang tu. Ni lagi satu bahalol! Abeh aku dah tak suka, nak suruh aku suka ke hapa? Aku tak buat apa-apa pun, aku cuma diam dan buat hal aku itu pun jadik isu ke? Pagi ni pulak, tah macam mana aku tersedar dah pukul 7.40am. Penangan ubat batuk yang macam tahapatah tu la, minum sikit je, dia punya mengantuk sampai terbabas aku dibuatnya. Aku touch-in pukul 8.57am, aku ingat before 9 kira okeh laa kan? sebab polisi kata aku touch in kul 9am, aku balik kul 6pm. Pastu aku kuar balik gi mekap kat toilet. Mana laa aku tau, aku kena masuk dulu tunjuk muka penyet kat office mate yang 'baik-baik' belaka tuh dulu before gi mekap. Sumpah, aku tak tahu. Kena sound lagik. Addoii..mau terkopak telinga aku neh kalau asyik kena balun je macam neh.

Aku rasa macam nak menangis je. Apa laa dosa aku kat derang semua-semua neh..? Pelik aku, takkan sebab takleh pakai 3inches high heels sambil catwalk macam aku membuatkan derang jadi bingai sebegitu?

HARAP-HARAP AKU DAPAT LAA KERJA BARU CEPAT-CEPAT..AKU NAK TINGGALKAN TEMPAT NI SECEPAT MUNGKIN..!

Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-35197608856258368192011-06-13T15:58:00.002+08:002011-06-13T15:58:46.091+08:00...Ini Bukan Salah Aku...Benda dah pun terjadi, kenapa kau nak salahkan aku?? Kau stressed, abeh aku?? Kau sakit, abeh aku?? Kau tersepit, abeh aku??? Kenapa kau tak fikir semua ini sebelum kau patrikan janji yang satu?? Sekarang, bila kita sama-sama tersengkak dalam keadaan, kau nak blah semudah itu?? Apa hak kau nak buat aku macam tu??

Aku tahu, tiap saat kau rindukan aku, aku tahu tiap detik kau berharap dapat membawa aku dalam genggaman asmaramu, tapi kau tak tahu, semua itu hampir mustahil bila situasi semakin menjerat! Kau tak boleh lepas macam tu aje, paling kurang, kau kena berhadapan dengan aku dan itu yang pasti tersurat!

Memang, aku tak sangka semua ni akan jadi begini, aku datang dengan tujuan yang satu, tapi kau dengan tanpa rasa bersalah telah melontar kita ke dalam ruang yang sama! Kau tak adil! Kau hanya mahu aku pergi, kau hanya mahu aku lari, dan kau masih mahu berdiri sendiri. Sungguh tidak adil!

Bagaimana kau mampu lontarkan renungan itu? Bagaimana kau sanggup melempar aku sendiri?? Kau kejam!

Nasib baik aku sayang kau, nasib baik, sedikit cinta aku sudah kuberikan kepada kau, maka aku tidak mampu melihat kau terseksa lagi. Tapi kita sudah bermula, mana mungkin kita mengganggap semua ini bagai tidak pernah ada apa-apa??

Kalau ikutkan, mahu sahaja aku lari, mahu sahaja aku tinggalkan semua ini, tapi itu tandanya aku kalah, itu tandanya aku akan terus menanggung kesedihan! Tidak, kau yang pernah bermula, jadi kau yang harus menamatkannya. Maaf, mungkin aku terlalu mencintaimu makanya aku tidak upaya melepaskan kau pergi, tapi untuk berundur dari segalanya yang aku ada, itu MUSTAHIL namanya!!

Aku mampu berlakon sepanjang hari, aku mampu mengoyak tiap degup jantungmu,ya, aku mampu tapi mampukah kau bersaing dengan aku?? Memang aku sayangkan dirimu, memang sudah ada namamu di hatiku, tapi aku bukan lemah seperti dulu, kau yang bersalah, kau yang memulai segalanya, dengan terhormat, silakanlah engkau menamatkannya!!Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-54163182981536057272011-06-06T16:58:00.000+08:002011-06-06T16:58:33.188+08:00...Ini Untuk Jo Qusary...Sudah hampir lapan bulan saya langsung tidak meletakkan apa-apa update dalam blog ini, saya kesibukan dan kesempitan waktu. Segalanya terasa menyempit dan menyemak, lantas menggeronjos setiap ruang yang ada, saat itu meraung pun tidak ada gunanya.

Saya mencuri masa 10minit dari waktu bekerja saya hari ni, kerana saya terasa mahu menjadi stylo, walau saya tahu, stylo itu ibarat makan nasi impit kuah kacang di tengah hari, sangat jarang-jarang saya lakukan. Ini semua sedari Jo Qusary si gadis misteri itulah. Ada ke patut diletakkanya eye-color in2it yang sangat shekshi pada pandangan mata saya dalam acara kuiznya. Soalannya mudah: kenapa saya membaca blog Jo Qusary?

Jawapan: kerana kamu Jo.. saya membaca blog kamu hanyalah kerana kamu..tidak ada jawapan lain, kerana keunikan kamu yang ada, walau kita tidak pernah berjumpa.

Ya, saya tahu jawapan saya tidak stylo, tapi saya tidak pandai merapu yang tidak-tidak, dan saya juga bukan hantu kopi, kasut saya juga bukan size 10, saya tidak ada syndrome asperger, saya hanya menjadi saya seperti Jo Qusary menjadi dirinya sendiri...(ya, kadang-kadang dia menyamar menjadi kulapuk roti, tapi tidak apa-apa, ada kala saya juga menyamar menjadi klip rambut berbentuk rama-rama)

Okeh, waktu 10minit yang saya curi sudah tamat, saya mahu sambung buat kerja. Ya Allah, cepatnya masa berlalu dan kerja saya masih berada di takuk lama, beranjak jugalah setapak dua...hmmm~Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com1tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-27167236397087678612010-11-29T11:25:00.000+08:002010-11-29T11:25:34.450+08:00..Kaya tidak datang bergolek, tapi kayap mudah berjangkit...okeh..it's almost end of November, and I'm gonna miss my November 2010 badly. Maafkan saya, terskipping london pulak ya. Nak buat macam mana, I feel stupid if i speak in malay and i'm from texas. Hahahah~

Tergerak hendak menulis entri kali ini berkenaan sikap badigol seorang kenalan saya. Mulanya, saya sangat menghormati kenalan saya ini, kerana dilihat dari titik perjalanan karier, dia kira bermula dari sangat bawah, lebih bawah dari bawah jambatan merah sudah roboh. Tapi, bila mula tahu pakai barangan branded, bergaul dengan anak orang kaya (walhal dia itu anak seorang kakitangan kerajaan berkelas 'biasa' sahaja), mula terikut2 dengan gaya hidup mewah sedangkan diri tidak berkemampuan. Paling mudah, untuk mendapatkan kesenangan dengan menjadi bela-belaan, bukan macam kita bela itik atau ikan, tapi bela yang menggadaikan maruah dan kesopanan.

Saya tidak kisah kalau dia itu jiran Barrack Obama, caddy Tiger Woods atau siapa2 sahajalah, yang tidak ada kaitan dengan saya, tapi kerana dia itu saya kenal, maka menjadi tanggungjawab saya untuk menegur perangai dia itu. Tetapi, jangankan hendak insaf, makin saya pula menjadi mangsa sumpah seranahnya. Ingat saya ni sumpah2 ke apa?? Hmmm..Saya sedih, tahu? Kamu itu sahabat saya, dan saya sayang kamu...

Kalau kerana wang dan harta akan hanya melemparkan saya ke lembah maksiat, kesombongan, keangkuhan, ketidakperikemanusiaan, maka saya bersyukur Allah kurniakan rezeki yang cukup2 untuk menampung hidup saya dan saya selesa dengan apa yang saya ada sekarang. Saya harap, kita semua terlepas dari terleka dengan dunia yang cuma sementara ini. Walaupun semua maklum harta itu perlu, namun ingatlah harta itu bukanlah segala2nya.

Mengapa tidak, kita berusaha dengan daya upaya kita sendiri untuk mengumpul kesenangan dan bukan menumpang kemewahan orang lain..? Mengapa tidak mahu bersyukur dengan kurniaan Tuhan..?

Sekeh kang baru tau!Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-12153632734884620692010-11-26T12:15:00.000+08:002010-11-26T12:15:41.806+08:00Dia Bukan Untukku...Dua jam mengamuk di talian ke telinga Hairi malam kelmarin. Hmmm...boleh tahan juga skill membebel saya ni ya? Entahlah, kadang2 saya kasihan juga pada Hairi (entah siapa nama penuhnya, nama bapanya juga saya tidak tahu), dia itu selalu jadi mangsa keganasan saya. Akhir2 ini, banyak pula cengkadak saya. Nasib baik laa dia itu sudi juga mendengar sebab saya sekarang bagai padang jarak padang terkukur sejak KakSyu menjadi terlalu sibuk dengan jadual hariannya. Terpisah dari KakSyu benar2 membuat saya buntu, hilang arah ada kalanya. Tapi, hakikat ini harus saya terima, Kaksyu bukan milik saya seorang.

Bila Allah kirimkan seseorang yang mencintai saya dahulu, saya tidak pernah hargai, dan bila Allah ambil dia semula, saya mula rasa sunyi. Tapi, elok juga Allah ambil mereka semua, sebab mereka semua itu tidak sesuai untuk saya, sayang dan cinta saja tidak cukup, perlu ada 'chemistry' untuk mengikat, sesuatu yang tidak pernah saya temui dalam mana2 lelaki yang hadir dalam hidup saya sebelum ini. Baiknya, saya juga menjadi rapat dengan keluarga dan kawan2, saya jadi favourite partner bila mahu hang out, sebab tidak terikat dengan teman lelaki yang 24jam mahu saya ada di matanya. Gila! Saya pun gila juga dahulu, sebab terikut2 kegilaan cinta gila mereka..Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-28421258052550819782010-11-18T11:22:00.000+08:002010-11-18T11:22:30.738+08:00Berkorban Apa Sajaaa.....Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Menyambut Hari Raya Aidiladha di bandaraya KL bukanlah sesuatu yang patut saya banggakan, lebih2 lagi saya tidak dapat bersolat sunat aidiladha kerana malu punya pasal. Malu kerana saya rasa sebagai seorang wanita Islam, tanpa ditemani muhrimnya, maka tidak patut saya melangkah ke surau berhampiran rumah saya itu, kalau solat tarawikh itu lainlah, kerana saya uprak2 budak2 rumah saya untuk berjemaah sekali, berbeza dengan Hari Raya Aidiladha ini, seorang osmet dah pulang ke kampung, seorang lagi sudah punya perancangan sendiri, maka saya hanya menangis sahajalah di dalam bilik sambil menghayati laungan takbir yang jelas kedengaran. Teringat ibu di kampung, teringat arwah bapak, dan teringat arwah Jackal yang menipu saya pada hari raya haji tahun lepas juga..cheh! kasi putus gambar sahaja... Hari Raya saya sambut dengan acara mencuci bilik air, dan mencuci pakaian yang berkilo2 banyaknya di dalam baldi. Nasib baik saya ini memang jenis yang tak suka merendam pakaian, kalau tidak arwah la agaknya baju2 saya tu.

Sedang leka mengemas, baru teringat hendak memasak samting spesel, ya, ada ikan Talapia saiz L di dalam peti sejut, mula tu ingat hendak masak daging blackpaper, tapi sebab kebulur tahap naga berapi, maka saya batalkan niat murni itu, alah, makan ikan goreng cicah kicap berlada pun alright juga pagi2 raya neh, kan? Sedang leka mencuci pinggan mangkuk yang berbaki sedikit di dalam sinki, saya tiba2 terperasan suatu kejadian aneh terhadap ikan goreng yang manja di dalam kuali itu...Minyak agak malas hendak mendidih, nasik yang cuma segenggam beras itu juga agak kurang rajin mendidihnya. Ya ampunnn!! Gas abes rupanya..!! halamak...ini sudah kira emergency, teringat petua emak, kalau gas ala2 nak habis tu, kasi baringkan tong gas, sebab dengan cara itu api akan kembali menyala dengan berbekalkan sisa2 gas yang ada. Entah engineer mana yang ajar emak, saya ikut sahaja....nasib baik berkesan, walaupun hanya nasik yang sempat masak, ikan pula terpaksa saya pindahkan ke dalam oven, maka jadik laa ikan separuh goreng, separuh grill. Tadaaaa!!

Lepas makan, saya tido. Bangun tidur, solat, sidai pakaian dan masukkan basuhan kali kedua dan tido lagi..bangun solat fardhu asar dan mula ingat nak tidur, haishhhhhhhhhhh....tak boleh jadi...harus lakukan sesuatu aktiviti...apa ya..?? owwh....saya boleh main mekap2...eheheh...terlupa pula saya memang suka menconteng mekap ke wajah yang tak sepertinya ini..main mekap2, dan sambung mengemas dapur yang sudah macam kawasan hutan simpan itu...dan terfikir, apa ke pelik cara saya menyambut hari raya neh, mengemas dapur dengan mekap yang layak ke acara annual dinner lagaknya...keh..keh....keh....

Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya beraya di perantauan, seingat sayalah. Sedih tak usah cerita, bayangkanlah tengok cerita Spongebob pun saya rasa hendak mengalir airmata. Lain kali tobat, tak mahu lagi cuba2 tidak pulang beraya di kampung, kerana beraya seorang diri di perantauan umpama makan nasik dengan cuka..walaupun kenyang tapi rasanya tak sedap...kan? kan? kan?Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-7281242129835072892010-11-08T16:08:00.000+08:002010-11-08T16:08:09.230+08:00Nota Satu: Di Bulan NovemberJam sudah menunjukkan pukul 3.06pm, mata berpinar2 memandang skrin laptop kecit, kad nama masih belum siap saya kemaskini, iyalah, MJ balik dari KLCC hari tu, ceria sungguh dia bertukar2 kad perniagaan tanpa mengambil kira siapa yang perlu memasukkan data2 itu ke dalam sistem. Itupun bilik dia macam tongkang pecah, saya belum sempat kemas lagi. Cenderahati Royal Selangor dah hampir penuh satu almari. Lain kali cubalah bagi cenderahati berupa kain pasang ka, voucher CD ka,tiket wayang ka.. takde lah penuh almari dia kerana boleh diberikan kepada saya..keh..keh..keh..

Terpandang kad nama kepunyaan Billy Lee, ingatan mula singgah kepada Billy Lee, ejen hartanah sewaktu saya bekerja dengan HBRE dahulu. Teringat kepada MrTCM, kepada CKLeong, kepada Victor Thean, kepada Rachel Wong...kepada teman2 bekerja 3tahun dahulu. Terus terang, saya lebih suka bekerja dengan bangsa Cina, bukan kerana saya ini tidak sedar diri kulit berkarat, mata bulat tapi kerana bangsa Cina ini sangat tekun bekerja, tidak suka jaga hal orang, mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi, dan sungguh, saya kagum dengan bangsa Cina di mana jarang saya temui semangat mereka dalam diri orang Melayu. Saya bukan anti-Melayu, cumanya, saya tidak dapat bekerja dengan baik bila dengan orang Melayu, yang lemah lembut, sopan santun, biar lambat asal selamat dan sebagainya. Kerana jelasnya, saya ini tidak ada ciri2 orang Melayu, kecualinya bab pemalu...keh..keh..keh..

Saya mendapat beberapa ajakan mencuba bidang modelling, tapi saya masih belum mahu lagi. Saya malulah hendak bergaya2 depan camera, hendak pula kalau jurukamera itu seorang lelaki, jadi model tiang letrik boleh la.. Memang ada minat juga untuk mencuba, tapi saya malu. Sebab, saya perhatikan, gadis2 sekarang nama sahaja model muslimah, tapi pakaian tidak muslimah langsung. Apakah bertudung kecit dan menampakkan dada itu dikatakan Model muslimah? Bila tengok Rancangan Gadis Melayu di tv9 itu, saya tepuk dahi dan garu kepala, menggayakan pakaian dalam itu juga dikira sebagai ciri2 gadis melayukah? Nasib baik saya orang jawa.“Hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (24:31)

Bukan niat saya hendak menghina, jauh sekali mengutuk gadis2 itu, tapi saya kasihan dan simpati pada mereka, kerana dikaburi glamour dan wang ringgit, sanggup memperdagangkan maruah sendiri. Nantilah, kalau saya benar2 dapat tawaran pakaian yang mencerminkan wanita Islam yang sebenar, mungkin saya akan bergelar model sambilan pula. Sebab, secara jujurnya, saya sukakan sesuatu yang cantik. :)

Saya bukanlah sempurna, saya tidak menolak kadang2 saya melakukan kesilapan, tapi saya sentiasa berazam tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama lagi. Hairi, sahabat baru saya menasihati saya supaya perlahan2 mengubah diri dan lupakan kenangan silam yang menyakitkan, inshaAllah segalanya akan kembali pulih. Allah menguji kerana mahu menduga keimanan dan mengangkat martabat hambaNya yang terpilih. Jadi kalau saya/kamu diuji, itu tandanya Allah sayangkan kita, kan?Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-36006345347184216622010-11-01T11:34:00.000+08:002010-11-01T11:34:35.647+08:00..Entah...!...Menerima beberapa email dari rakan2 fb bertanyakan kemanakah hilangnya blog comot saya, dan saya jadi pelik kerana jembalang mana pula yang mencurinya, takde benda lain ke nak curi? Entah, gasak tak kesah! Saya menulis juga bukan untuk orang lain, kalau ada yang sudi membaca okeh, kalau tak ada juga tidak apa2.

Seminggu yang berlalu, sungguh panjang dan memenatkan. ACE event berlalu jua, setelah menumpahkan keringat dan airmata bergelen2 banyaknya. KLCC umpama rumah puaka untuk seminggu yang sudah, rasa tak mahu lagi memijak lantainya. Sempat pula mengumpul peminat2 cilik, adik2 dari beberapa sekolah di sekitar lembah kelang, pelajar2 kolej boleh tahan beraninya, mengurat saya yang sudah sama usia dengan makcik2 mereka..hahahha~ Kini, kembali ke pejabat, kerusi oren dan skrin VAIO ini menjadi teman kembali. Esok, delegasi dari US dan Singapore akan tiba untuk EO event pula. Terfikir, saya ini kerja dengan kampeni event ke hapa?

Saya perlukan rehat. Tahun ini, saya belum ke mana2 lagi, tahun lepas berjalan sakan, tahun ini berkurung sahaja di rumah. Terpandang kalendar di atas meja, rupanya Jumaat ini hari cuti umum, ada 3hari cuti, hendak ke mana yaaa...?? Bukit Tinggi? Kuala Gandah? Zoo Negara? hahahah...~

Dua tiga hari ini mata kanan saya asyik gatal2 sahaja, terkedip2. Orang kata, orang yang saya nak sangat jumpa sedang tercari2 saya, saat ini, saya hanya mahu berjumpa Jamal Pak Tongko sahaja, kalau benar dia tercari2 saya, memang saya hendak lempang siku dia kerana lembap sangat. Kan dia ada no handphone saya, telefon sajalah! Saya geram juga dengan Jamal Pak Tongko ni, hari itu saya hantar meses kat kat dia, saya tulis: Nenongg! Nenongg! Nenongg! dan dia balas: ada apa? dewasa sikit boleh tak??..perghhhh!! Jual mahal ya? Sajalah saya hantar meses itu nak tengok reaksi dia, kalau dia pun balas nenong! nenong! jugak, maknanya peluang cerah, kalau dia tak balas, maknanya dia masih marah, ini, kalau dia balas ayat kurang asam gelugor macam di atas itu, memang nak minta pelempang agaknya! Takpe..Takpe..ada ubi, ada batas, boleh tanam keledek, kentang dan sayur gagan jugak!

Saya sebenarnya tidak tahu mahu menulis apa, kerana terlalu banyak yang mahu dicoret, tapi tidak tahu mahu bermula di mana. Petang sikitlah, mungkin idea datang hendak bermadu asmara, bolehlah saya tulis lagi.Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-34519790806881544562010-10-19T11:45:00.000+08:002010-10-19T11:45:51.618+08:00Tentang KentangSaya hendak merapik. Kepada yang tidak berminat membaca rapikan saya, sila buka siaran radio tamil atau bukalah mana2 channel yang kamu suka, saya tidak akan marah atau menangis berguling2 tanpa arah tuju.

Saya masuk ke upis pada jam 8.40am hari ini, berkejaran dengan berkebaya hijau kuning, dengan mekap se-layer yang tak habis draw lagi. Saya tidak mahu lambat hari ini kerana semalam saya telah bercuti. Sajalah hendak ambil hati MJ, kemas2 meja dia, dan on laptop dia dan siapkan sweets atas meja dia, tapi ada ka patut dia berada di Traders Hotel hari ini dan tidak membagitahu saya, sekiterinya yang sopan dan lemah lembut ini?? Kecewa kerana terasa perasaan saya dipermainkan, saya ambil make-up bag dan menuju ke restroom, di situ hentam bermekap bersama Hazwa, sambil bergossip tentang sekiteri kuaran Taylor's College yang seksi dan tidak tahu skipping london itu. Hmmm, bukan hendak sangat mengumpat, asalkan tidak sebut nama, dan dalam hati berdoa agar tidak berkelakuan skirt pendet seperti mereka, kira okeh la kan? Borak2 tentang make-up dan skin care, geram tak bila kita berhabis ratusan ringgit untuk merawat wajah, sedangkan kawan kita cuma pakai safi aloe vera sahaja?? Bertuahnya Hazwa. Kulitnya cantik kemerahan, tanpa sebarang cela dan noda. Rasa nak ambil permanent marker dan tolong dia buat fake pimples je kat muka dia. Heh?

Berurusan dengan kaunter kepunyaan Kerajaan Malaysia sangat menduga kesabaran saya yang tidak sepertinya ini. Dari Putrajaya, saya dan GI Joe berexplorace ke mahkamah di kuala selangor. Sudahlah bertolak dari Muar darulhensem pada jam seawal 6.45am, belum dapat berehat sepicing pun, terpaksa pula berhadapan dengan petugas kaunter yang hidup segan mati tak mahu. Pernah ka anda dimarahi kerana bertanyakan tentang prosedur mahkamah? Saya pernah, baru je semalam saya kena. Dan saya pelik kenapa petugas kaunter itu gatal semacam sahaja.

Lepak di rumah Uda, sambil menunggu CikManan balik keje. Lama sungguh tak bertinju dengan abang ipar pujaan hati itu. Borak2 dengan Uda dan GI Joe, sambil sama2 meluahkan perasaan tentang budget lari bulan ini dan elaun uniform yang habis dibelanja entah beli apa. Halah, rm300, bukan rm3juta ye tak? CikManan balik keje sesudah azan maghrib, lepas itu dia tanya kenapa saya nampak kurus sahaja macamlah dia itu bulldozer! cheh!

Tiba di rumah jam 10pm. Osmet kesayangan hamba sedang bergaduh dengan tv, kerana siaran tidak jelas, itulah, disuruh pasang Astro tak mahu, sekarang bergaduhlah ko sampai pagi raya haji pun, memang macam itulah siaran tv kita, tahu? Jam 11pm saya sudah landing mahu tidur. Perghhh..!! Hari yang panjang dan memenatkan. Esok mahu pergi kerja pula. Ada banana split, ada highway, ada kuih ketayap main tembak2 jaoighhggjkhd8u2ou9ui8q778jo zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........

Dan pagi ini, disinilah saya. Sedang membaca puluhan email syarikat. MJ di Traders Hotel, kerana ada pc di sana. Owh, minggu hadapan saya di KLCC. 30hb akan berada di Cameron Highlands pula. Wah? Terasa diri seperti agen MLM pula kejap di sana, kejap di sini.

Ada orang kata dia rindukan saya, ada orang kata mahu bersama saya, tapi maaflah, saya selesa hidup tidak merindui sesiapa dan seorang diri bebas ke mana2. Cuba lagi tahun hadapan, mungkin saya sudah bersedia untuk hubungan yang baru, mana tahu?Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com5tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-31533331021678401072010-10-15T09:14:00.000+08:002010-10-15T09:14:11.410+08:00Teh Susu + Milo = TehLo.....manusia boleh jadi sesiapa sahaja di alam siber ini, dia boleh jadi Mel Gibson, kamu boleh jadi Sarukhan, saya boleh jadi Maya Karin...yang penting kita tidak saling memburuk2kan itu sudah cukup. Kalau setakat hendak buka pekung orang lain, pekung di dada sendiri, pekung jiran2 di Sweden ataupun tok pekong siam, saya cadangkan berhentilah. Kamu tahu? Membuka keaiban orang itu HARAM. Kalau masih mahu teruskan, silakanlah...

BraderAmySearch pernah mengatakan, dia tidak malu berkongsi sejarah hitam dalam hidupnya kerana ianya mampu dijadikan iktibar kepada orang lain. Begitu juga BraderUjang, BraderSlash (sekadar menyebut beberapa nama). Sungguh, saya hormati pendirian mereka. Tidak malu mengaku kesilapan, apa yang penting, sebanyak mana mereka (dan saya) berubah ke arah kebaikan.

Malam tadi, sewaktu menonton filem The Big Boss lakonan PakcikBruceLee, saya terfikir tentang Syifa' tiruan di dalam blog saya ini. Apa mahunya dia? Saya kacau gelpren dia ka? Saya tumpang sudut basikal dia untuk pergi ke tempat kerja ka? Rasa2 macam tak ada. Tapi apa yang dia dengki sangat dengan kecomelan saya ni? Saya ingatkan dia itu memang benar2 ikhlas mahu bersahabat dengan saya, tapi, kini saya tidak rasa begitu. Silap saya juga, sentiasa bersangka baik. Nak buat macam mana, Rasulullah yang suruh bersangka baik ni. Takkan pula saya mahu melawan sunnah Rasul kita ya..?

Saya cuba menghubungi Jamal Pak Tongko, saja la sebab rasa nak mengaruk, tapi tak jadi. Sebab saya masih marah dengan kejadian sebulan yang lalu. Dia pun diam sahaja sejak saya tak balas meses dia hari itu. Siapa mangsa seterusnya. KakSue? Tak boleh kacau KakSue pada malam Jumaat, kerana dia ke Pusat Rawatan merawat pesakit2nya. Tiba2 Megatron bersuara bismillah..owh! ada meses masuk. Ustaz Hanif bertanyakan khabar, pasti dia di Darus Syifa', sudah lama tidak berkunjung ke rumah Ustaz Hanif sekeluarga. Ustaz Hanif sempat pula ehem2kan saya Mr.R. Hahahah..semua nak tolong carikan pasangan untuk saya, nampak sangat saya ini tidak laku.. keh...keh...keh..

Oktober hampir tiba ke minggu ke tiga. Minggu keempat saya akan sibuk kerana ada event ACE di KLCC. Saya pasti akan ditugaskan ke bahagian registration. Sungguh saya menyampah tugasan itu, nanti kena berlemah lembut macam barangan tembikar yang mudah pecah. Lebih baik letakkan saya di bahagian runner, tak perlu mekap2, pakai jeans pun sudah cukup hensem. Cheh! kalau di bahagian registration, terasa gedik pula. Sudahlah saya ini susah hendak senyum, ini terpaksa menjadi wajah hadapan event, haruslah berlatih senyum setiap hari...menyampeh! (menyampah + hampeh)

Saya gembira kerana BraderUjang sudah ada fan page di fb. Selain dari BraderAmy, saya juga teramat la sangat minat sama BraderUjang. Banyak gaya penulisan saya, lawak2 spastik saya yang saya clone dari BraderUjang ini. Kerana beliau itu seorang lelaki yang mengharungi kehidupan yang hampir sama dengan saya. Sungguh, dulu salah seorang ex boipren saya jatuh cinta kerana saya ini kelakar macam Majalah Ujang, katanya. Hampress (hampeh + stress) punya pakwe..!

Hari ini saya akan pulang ke kampung halaman. Bertemu ibunda tercinta dan Latiffa Humaira yang mencuri hati dan perhatian saya sejak 5bulan yang lalu. Apa khabar dua orang wanita besi ini agaknya? Minggu lepas mak baru baik demam, saya ajak mak pegi karaoike (binatang ni ejanya macam mana?) tapi mak kasi lasan demam. Ni dah baik demam lasan apa pulak mak nak beri ya? keh..keh..keh..

Selamat berhujung minggu kepada yang mengikuti kisah kehidupan saya ini. Tidak kiralah siapa anda, doa saya sentiasa mengiringi agar kehidupan kalian diberkati Allah s.w.t. InshaAllah..Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com3tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-7472002884466425102010-10-14T09:47:00.000+08:002010-10-14T09:47:56.047+08:00Khas Untuk Jackal Si Penipu @ Syifa'...saya sedang tersenyum dengan comel sekali sewaktu memikirkan tajuk entry kali ini. Para pembaca misteri sekalian, maafkan saya, tetapi saya sedang berhadapan dengan makluk jelmaan yang masih sibuk hendak tahu fasal saya dan dirinya. Konon2 menyamar hensem walaupun sebenarnya dia itu kira boleh aje..okeh..okeh..memang hensem..tapi tak sehensem AbgJehan..okeh laa..okeh la..hensem la jugak...Namun, maaf, penyamaran itu tidak berjaya, kerana saya bukanlah sebodoh yang disangka..keh...keh..keh...

Jam di VAIO screen kecit ini menunjukkan pukul 8.53am, dan tiba2 saya merasa lapar pula. Ohhh...saya ada beli nasi goreng plus bihun goreng plus telur mata di bistro tadi. Hmmm..izinkan saya makan dahulu...dimulakan dengan Bismillah...

9.13am, chit! Air tumpah pula. Dah satu kerja pula hendak mengelap meja. MJ ini macam budak2 la.. Minum air tu kasi habis la..tengok sudah tumpah neh..Bihun goreng plus nasik goreng tu memang berperisa A4 paper ke apa? Yang sedap cuma telur goreng tu aje..Kecewa betul dengan Makcik bistro ni. Aiihhh..bila dah rasa nak mengaruk ni, abes mamak mee la, tok pekong siam la semua jadi mangsa. Duhai diri, sabarlah...jangan jadi hamba syaitan.

Tajuk di atas itu hanyalah pencetus kontroversi kepada diri sendiri. Entahlah, saya sebenarnya rasa agak jengkel dengan seorang hamba Allah ber'nick 'Syifa' di blog saya ini. Instinct saya kuat mengatakan dia itu Jackal si Penipu, iaitu seorang ahli YS/Sukaki yang tidak pernah saya sedari kewujudannya sehinggalah dia mengusha diri saya ini untuk dijadikan bakal isterinya. Sebab apa? sebab dari gaya penulisannya, perkataan 'malu2 tenuk', dan simbol '~' yang sering digunakan oleh Jackal si Penipu dan saya, Syifa si gadis ayu. Kenapa saya gelar dirinya Jackal si Penipu? Kerana dia sendiri yang menggelarkan dirinya begitu!

Sebenarnya, saya hampir2 mengolah entry berkenaan apa yang berlaku antara saya dan Jackal si Penipu (maaf, dalam diri saya hanya ada Senan Kambeng sahaja dan bukan si penipu itu), tapi apa gunanya? Bukankah itu hanya membuka aib diri sendiri? Berdosa, tahu? Entahlah, kalau benar 'Syifa' itu adalah Jackal si Penipu, saya tidak boleh berbuat apa2. Dan kalau benar mereka itu dua individu yang tidak sama, juga saya tidak boleh berbuat apa2.

Tapi 'Syifa', ini khas untuk kamu dan sahabat baik kamu Jackal si Penipu itu. Kamu boleh berfikir apa sahaja yang kamu suka, kamu boleh anggap apa sahaja yang kamu mahu, tetapi hanya dia, saya dan Allah sahaja yang lebih tahu. Kalau kamu seorang perempuan, saya faham, sifat penyayang dan pengasih seorang perempuan itu memang ada dalam diri kamu, jadi saya tidak salahkan kamu. Tetapi andai kamu ini LELAKI, jadilah seorang lelaki dan jangan jadi PENGECUT! Maaf, saya fikir kamu ini mahu bersahabat dengan saya, tapi entah kenapa, kini saya rasa kamu ini mempunyai agenda kamu sendiri yang saya tidak pasti apa.

Dalam hati saya kini, cuma ada Senan Kambeng yang pernah membuatkan saya jatuh cinta dengan kesabaran dan ketulusan hatinya, yang bercita2 tinggi, yang mahu kembali ke fitrah Ilahi. Yang sopan tutur katanya, yang pemalu orangnya, yang dahagakan ilmu di dadanya. Yang menyanyikan untuk saya walaupun suaranya macam radio siam yang abes bateri, yang memainkan gitar lagu raya kegemaran saya hingga kini.. Kali pertama saya benar2 jatuh cinta padanya adalah apabila dia menuturkan ayat keramat yang saya pasti akan ingat sampai bila2, biarlah menjadi rahsia seorang pencinta bernama saya!

Dan kamu 'Syifa', kamu ini kalau sakit, memang selayaknya kamu menggunakan nick 'syifa' itu, sebagai penawar moga kamu cepat sembuh!Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com14tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-5372983472337596522010-10-13T11:50:00.000+08:002010-10-13T12:36:05.752+08:00Gunung dan Lautan...dulu, saya selalu terfikir (lebih banyak berangan sebenarnya) untuk bekerja dan tinggal di kawasan pergunungan, masa itu saya terpengaruh dengan cerita 'Cliffhanger' lakonan mantap BraderStallone yang berbibir tajam itu. Dalam cerita mengarut orang putih berkenaan, digambarkan kehidupan seorang pendaki gunung yang brutal tetapi hensem dan sungguh, saya kagum pada kesetiaan dan kejujuran AbgStallone dalam cerita itu.

Gunung itu menyimpan seribu misteri yang tidak terungkai. Tiap kali saya memandang gunung, saya teringat ayat dalam surah al-Hasyr iaitu: Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (28:21)

Misteri gunung tidak berakhir di situ. Warnanya yang sayup2 hijau kebiruan dari jauh, sebenarnya mempunyai banyak bukti kebesaran dan keagungan Tuhan. Kadang2 rasa sedih bila tengok gunung, dan laut juga. Sedih sebab umur dah tua bangka begini masih belum mampu menakluk puncak gunung (kecuali gunung Senyum di Pahang dan Gunung Tahapatahnamanyatakingat di Melaka time study dulu. Eleh, bukan mendaki sangat pun, sebab time tu pegi ramai2, saya dok selit2 kat celah2 tu je..)

Lepas itu saya ini harap saja berkaki size 7, tapi haram tak reti berenang. Ini satu lagi aktiviti yang menyehatkan. Tapi tidak ada sesiapa mahu ajarkan, harapkan Ipen Bertanduk itu sampai saya pun sama keluar tanduk dia tak ajar2 juga. Sungguh kurang ajar neh.. keh..keh.. keh..

Berbalik kepada tajuk bekerja di kawasan pergunungan/peranginan, dulu sahabat baik saya Siti Aisah binti Kamali yang gedik itu juga pernah bekerja di Pulau Tioman kalau tak silap. Dari cerita beliau, tang seronot bekerja di kawasan itu hanyalah tang acara makan2nya sahaja. Lebih dari itu, dia bosan. Halah, dia itu kalau dicampak ke mana pun pasti akan bosan juga, kalau diberi seorang suami baru tak bosan agaknya..keh..keh..keh..tapi mungkin juga, saya pernah ke Tioman, ke Langkawi dan ke Pulau Besar selama 2-3 hari, tang itu memang la seronot, tapi bila saya pikir lama2 aishhh! mau koma jiwa kalau terpisah dengan lautan dari keluarga tercinta. Boleh jadi nanti saya berenang kaki itik ke Sungai Balang sana. Haru!

Tapi, saya rasa saya sudah bosan dengan bumi Kuala Lumpur ini walaupun saya tidak gedik seperti sahabat saya tadi.. Saya mahu berpindah ke tempat yang jauh dari kesibukan. Terfikir, kalaulah saya menerima tawaran dari Berjaya Resort di Bukit Tinggi dahulu.... :)

Bila pandang ke langit, saya merasakan diri saya kerdil sahaja. Apa yang saya mahu dalam kehidupan ini? Saya mahu hidup simple sahaja, tidak mahu berat2kan fikiran, cukuplah selama ini saya sesat dalam terang, lalai dalam kehidupan yang melalaikan. Saya mahu kembali kepada fitrah Allah tapi alangkah susahnya...! Dugaan datang bertimba2, orang2 disekeliling cuma tahu menyakiti saya sahaja. Kadang2 saya bungkam! Kadang2 saya hampir putus asa, dan kadang2 saya minta agar Allah lekas2 menjemput saya menghadapNya. Alangkah..?Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-85779514818226741092010-10-12T11:30:00.000+08:002010-10-12T11:30:33.003+08:00Jamal Pak Tongko vs Senan KambengJamal Pak Tongko tiba2 menghantar meses kepada Maya Karin. Baru pukul 9.30am tadi meses itu sampai ke tangan Maya, ini semua Megatron punya angkara. Entah apa cekadaknya, dia takleh nak 'on' pula. Maya dah bengang pagi tadi, hampir2 Maya masukkan Megatron ke dalam microwave dan pulas suhu paling tinggi! Geram sungguh Maya..!!

Jamal Pak Tongko kata dia baru sampai KLIA dan terus hantar meses kat Maya. Dia ingat Maya ini budak belasan tahun yang baru nak dapat balak, ke? Maya tak boleh nak ingat sebulan lepas, sebelum dia berangkat ke Sabah, bagaimana corak layanan dia terhadap Maya, dan sesudah itu senyap sunyi bagai garuda dilanggar todak. Geram! Memang Maya geram sangat. Dia buat Maya macam Maya ini kotak pensel sahaja layaknya. Maya tidak balas meses dia, Maya biarkan sahaja. Dia pun diam juga, entah2 sudah koma!

Maya geram bukan apa, Maya rasa Jamal Pak Tongko itu sedang mempermainkan jiwa dan raga serta bakul durian Maya. Iyalah, hari itu bukan main romantik lagi, caring (Maya demam hari tu di bulan puasa, dia nak tolong belikan lemon dan honey, tau...), lepas itu dia hilang begitu sahaja. Kalau cakap dia kerja, apa dia ingat Maya ini suri rumah sepenuh masa ke? Kalau dia nak kata dia busy, apa dia fikir Maya ini kerjanya hanya mengadap simplisiti sahaja, ya? Maya rasa, Maya perlu ajar sama Jamal Pak Tongko ini. Ala, iya lah kan..kalau betul dia rasa diri Maya ni begitu berharga, takat torture tak jawab meses ni apa laa sangat, kan? kan? kan?

Jamal Pak Tongko itu bukanlah hensem sangat, kalau nak dibandingkan dengan AbgJehan, memang Jamal Pak Tongko itu payah nak menang. Tapi entahlah, Maya ini pun kadang2 samdol juga, entah apa yang Maya suka sangat pada Jamal Pak Tongko itu pun tak tahulah. Alah, kalau jodoh tidak ke mana, tak dapat jadi suami, jadi adik ipar pun okeh juga..hahaha..!!

Sebenarnya Maya bukan nak bercerita pasal Jamal Pak Tongko, tapi Maya nak bercerita tentang Senan Kambeng. Entah kenapa, Maya rasa Senan Kambeng sedang memerhatikan Maya dari jauh. Maya bukan perasan, tapi perasaan ini bagitahu begitu. Bukan Maya yang salah, kan? Tapi, kalau Senan Kambeng nak bayar balik duit Maya yang dia pinjam itu okeh la juga, kalau setakat nak jengah2 minta penyepak siam, baik tak payah la kan... sebab Maya sekarang sedang berusaha menjadi wanita sejati yang mengait alas meja dan alas kaki..hahahha..

Tapi entahlah, Maya sudah lama tidak berbicara dengan Senan Kambeng itu, Maya hantar meses kat fb minta hutang tu pun dia buat buta huruf je. Lepas itu rambut Senan Kambeng sekarang ni dah macam Sonic the Hedgehoc, buruk dan huduh sekali. Takde orang pernah tegur ke imej dia sekarang ni macam watak wayang kulit siam? Nasib baik Jamal Pak Tongko tidak begitu, walaupun kurang hensem seperti Senan Kambeng, tapi Jamal Pak Tongko berambut kemas dan tidak merokok orangnya. Macam mana Maya tahu? Entah! Maya hentam sahaja..hahaha~

Maya sebenarnya tak sabar nak tunggu hujung bulan October 2010, kerana Maya hendak ke Cameron Highlands. Dah lama Maya hendak ke sana, bila Maya ajak Senan Kambeng, dia buat muka seposen je. Elek! Maya tahu, dia tak berkemampuan dan masa kerja dia juga tidak mengizinkan. Maya pun takde la memaksa, sebab Maya kan gadis ayu yang baik hati dan memahami kekasihnya..keh...keh..keh..Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com4tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-37592594200721208522010-10-11T11:57:00.000+08:002010-10-11T12:12:02.984+08:00...terlajak ferrari boleh gostan.....perjalanan dari Muar ke Puncak Alam semalam memang cukup memenatkan. Masih terasa lagi keletihan memandu berjam2 dari kampung ke hutan batu ini. Cheh, lebih senang menjadi tarzan, bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dan tadaaaa! sudah sampai..tidak perlu isi minyak, tidak perlu bergaduh sama pemandu yang perasan jalanraya itu milik rasmi abah mereka.

Masalah itu bukan apa2 pun, katakan sahaja pada masalah itu, "aku ada Allah Yang Maha Besar untuk menyelesaikan engkau", saya meminjam kata2 Ustazah Masnah Abdul yang kedengaran di radio malam tadi. Ya, setiap manusia pasti ada masalah mereka yang tersendiri. Nampak bahagia, rambut sikat belah tepi, berbaju kemeja kotak2, tapi hatinya menangis siapa yang tahu? Jangan anggap dugaan itu sebagai kemarahan Allah kepada kita tapi anggaplah ianya sebagai tanda kasih sayang dan ujian keimanan terhadapNya.

Dugaan kali ini amat berat, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sekurang2nya, saya tidak mengalami kesusahan itu secara total, hanya merasai sebahagiannya sahaja. Tapi, bagi yang menanggung? Tidak mengapalah, kita ada Allah Yang Maha Besar untuk menyelesaikan segala permasalahan kita ini. Saya rasa airmata saya kalau ditadah sudah penuh dua tempayan, lagi lima tempayan cukup untuk buat hantaran Puteri Gunung Ledang. Malam, lekaslah pergi, siang, lekaslah ke mari..

Saya sentiasa berdialog dengan Allah, supaya tenang hati ini, supaya segala keresahan dan kesedihan ini dapat saya tewaskan. Saya tahu, bukan mudah untuk mendaki gunung yang tinggi, jadi saya pohon kekuatan dari Yang Maha Esa. Bukan kehidupan yang mudah yang saya pinta, tapi saya mendambakan hati yang tabah.

Dalam hati saya, dalam kesedihan dan kegembiraan saya, hanya ada ruang untuk 3orang wanita buat masa ini. Saya sanggup buat apa sahaja untuk membantu mereka bertiga. Yang teramat saya sayangi, mereka itu darah daging saya. Allah jualah yang maha menghukum, maha membalas. Tapi, kalau ada kudrat dan kemampuan saya, akan saya pertaruhkan nyawa sekalipun.

Kepada dia yang menghancurkan, dia yang menyeksa, dia yang menghina, Allah titu tidak tidur, tidak leka dan tidak lupa. Kamu pasti dapat balasannya. Sesungguhnya, kamu sedang menggali lubang kubur kamu sendiri. Kalau kamu rasa kamu bahagia dengan memisahkan seorang anak kecil dari ibunya, saya juga bahagia bila kamu tercekik dan tersepit dengan kerosakan yang kamu lakukan ini..Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-60182944317354672102010-10-08T15:54:00.000+08:002010-10-08T15:54:30.072+08:00Pergi Jauh-Jauh!!!!!...Ya, memang aku geram sangat pada ko. Aku rasa ko memang manusia jenis tak tahu malu dan siang malam aku berdoa agar ko mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan durjana ko tu. Dan aku berharap aku tak jumpa ko dalam keadaan aku yang tengah marah dan benci pada kau ni kerana aku rasa, mati pun aku sanggup asalkan aku dapat belasah kko sepuas hati aku!!

...Kurang ajar!! Kolah manusia paling kurang ajar pernah aku kenal. Aku malu nak mengaku aku kenal ko. Aku benci nak mengingat aku pernah tolong ko dahulu. Aku rasa nak termuntah bila aku mengimbas aku pernah makan satu meja dengan muka barua ko tu!! Mulut macam longkang! Bahasa macam orang tak pernah pergi sekolah!! Cakap2 kau macam cakap2 orang tak kenal siapa itu Allah! Ko ingat ko kuat? Heyyy!! Nanti dulu, ada lagi yang lebih kuat dari ko, ko tahu?? Ko ingat ko hebat?? Jangan nak perasan la weh!!

...Muka tembok! Tak tahu malu!! Bayar la hutang tu wehhh...!! Lepas bayar hutang tu baru berkokok balik! Ayam!! Memang ayam la lelaki macam ko ni..! Aku betul2 berharap nyawa ko tak panjang, dan kalau Allah masih nak panjangkan nyawa ko, aku harap Dia balas segala perbuatan ko di dunia ini walaupun aku tahu, balasan akhirat tetap ada!! Dayus punya manusia!

...Mulai detik ko declare war dengan aku ni, aku anggap ko dah mati!! Walaupun ko takde kubur, tapi bangkai ko tetap berbau lantung!! Ko ingat ni baik2, yang ko aniaya ni anak yatim, yang ko cekik harta bendanya, juga anak yatim, semoga laknat Allah akan menimpa ko jugak...!!

AKU BENCI KO, MENGERTI???Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com9tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-69297534922508509442010-10-06T15:31:00.000+08:002010-10-06T15:33:23.977+08:00KICKBOXINGAda yang memandang sinis dan senyum mengejek bila saya suarakan hajat hendak berguru dengan sifu kickboxing, walau saya belum lagi ketemu sifu berkenaan. Hmm...apa masalah orang melayu ni? (Nasib baik saya orang jawa)Baru je berura2, belum confirm lagi, dah mengata saya yang bukan2. Cakap saya nak publisiti murahan la, nak promote diri la, nak cari glamer la..entah apa2.. yang memperkecilkan kemampuan saya pun tak kurang hebatnya. "ala, ko ni kurus kering larat ke nak ber-boxing?", "ala, awak dah kurus dah slim, nak kurus macam mana lagi?", "biar betul nak kickboxing ni? nak jaga badan ke?" dan entah apa2 lagi laa...kickboxing tu untuk orang gemok nak kurus aje ke? kickboxing tu untuk jaga badan biar cantik macam Nasha Aziz saja ke??

Penat! Kalau melayan orang memperkecilkan kita ni memang boleh mendatangkan kecederaan emosi, jadi malas saya nak layan suara2 lari pitching itu. Saya minat kickboxing sejak saya berumur 14tahun, saya tidak tahu mengapa saya meminati kickboxing sedangkan ianya tidak meminati saya. Saya cuma mahu menjaga stamina, maklumlah bila diri dipanjat usia, veteran semakin dalam genggaman, kadang2 semput juga kalau berlari2 dengan anak2 saudara. Baru lari2 dengan anak saudara sudah semput, kalau suami ajak lumba lari nanti bagaimana? (Rasulullah pernah mengajak Aisyah berlumba lari dengan baginda)..Eleh, gedik pulak saya berangan suami ajak lumba lari ya? Boipren ada? TAKDE!! Silap2 kalau lumba jalan kaki dengan Wak Endon pun saya kalah teruk dibuatnya.

Mengapa sekarang? Entah, baru2 ini semangat dan keinginan saya untuk berkickboxing semakin ketara. Rajin ke gym di office bukan hendak aerobic sangat pun, tapi kerana mahu tumbuk2 punch bag di sana. Best gila! Dapat tumbuk lima namblas kali pun jadi laaa...Tapi saya malu, sebab gym itu campur adam dan hawa. Tiap kali mahu beraksi, terasa ada sahaja mata2 gatal yang memerhati, bukan la sebab saya ni cantik mahupun seksi, tapi mungkin kerana mereka mahu pastikan makhluk kecil yang beriya menumbuk2 punch bag bagai nak rak itu adalah seorang manusia sejati dan bukan manusia lidi,kot...?

Mengapa kickboxing? Eh? Sukahati saya la.. yang kamu minat tomoi siam tu tidak pula saya bising2? Saya tidak ada jawapan mengapa kickboxing yang jadi pilihan, bukan silat, capoeira, atau taekwan-do. Saya hanya tahu kickboxing sudah mencuri perhatian saya bertahun lamanya. Cuma masa dan kemampuan belum ada. Sekarang sudah hampir penghujung 2010, saya mahu ada azam baru. Saya mahu menjadi kuat dan sehat dan peduli apa kalau orang berazam di awal tahun, saya tetap mahu berazam di hujung tahun..!

Sudah! Saya tidak mahu menjawab soalan yang bermula dengan perkataan 'mengapa', 'kenapa', atau yang sama kategori sepertinya, saya cuma mahu berboxing, mahu keluarkan peluh, mahu badan sihat dan ringan untuk melakukan aktiviti harian. Ini baru dikerah cuci pinggan pun sudah mengeluh lenguh kaki apa kes? Mengada2!

Majulah sukan untuk negara!Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com2tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-28320011125532534172010-10-05T11:17:00.000+08:002010-10-05T11:17:49.068+08:00...Adik-Kakak-Kakak-Adik.....entah pukul berapa, tapi kepala saya mula diterjah gangguan2 berupa tiket penerbangan ke Los Angeles/San Diego untuk MJ yang masih belum setel. Saya telah berusaha untuk menyetelkan masalah ini sejak pagi lagi namun masih 'hanged' di sana sini. Ini semua gara2 saya belum cukup expert menggunkan kaedah cybernet yang dikhaskan untuk urusan tempahan tiket penerbangan di syarikat saya bekerja ini. Lain kali, saya harap MJ sudi naik bas atau basikal sahaja, lebih mudah begitu!

Secara tiba2 juga halaman chatting yang saya selalu gunakan diterjah dengan perkataan 'buzz' dan diikuti 'assalamualaikum' dari Mengkudu. Agak terkejut juga, bukan kerana deringan 'buzz' itu tetapi kerana Mengkudu yang menyapa.. Saya ingatkan AbgJehan tadi. Perasan la pulak kan..?

Lantaran bosan tahap lembu matador yang menyerang rongga otak, maka saya pun menjawab sapaan Mengkudu, seorang gadis yang saya kira sudah lama hilang dari kotak kenangan saya. Mengkudu inginkan hubungan kami kembali seperti dahulu. Mengkudu mengatakan dia tidak faham apa yang berlaku antara kami. Saya menyakinkan Mengkudu, saya yang lama dulu sudah tidak ada, yang ada hanyalah serpihannya sahaja. Kenangan bersama Mengkudu sudah lama saya kuburkan, dan hubungan kakak-adik antara kami sudah sekian lama terputus kerana kepercayaan itu tidak wujud lagi.

Mengkudu, kalau kamu baca nota ini, saya harap kamu baca perlahan2 agar kamu faham dan mengerti hati ini telah kamu sakiti berulang2 kali.

Mengkudu, bukan sebab Senan Kambeng kita jadi begini, tapi kerana sikap selfish kamu yang buat saya lebih rela kehilangan kamu. Saya menangis bila kamu menangis, saya gembira bila kamu gembira. Saya berkongsi tiap detik genting kamu tanpa ada sesiapa yang memaksa. Nama kamu saya sebut dalam doa selepas solat fardhu saya, dan bila2 masa saya teringat kamu, saya mohon pada Allah agar kamu bahagia di dunia dan di akhirat. Tapi itu dulu, dan bila kamu mula meminggirkan saya, kamu sembunyikan hubungan kamu dengan Senan Kambeng, kamu katakan ada kerosakan dalam diri saya , (pada waktu itu, kamu mengatakan seolah2 itu adalah kerosakan mental), saya anggapkan kamu sudah membuang saya. Saat saya jatuh, saya tidak punya siapa2, di mana kamu ketika itu? Kamu sombong, kamu lupa siapa kamu waktu kamu susah dahulu. Ingatkah kamu siapa marszsyifa (ys) yang kamu hubungi saat jiwa kamu gelora? saat tiada siapa mahu berbicara, saat kamu menangis2 teresak sedih dan pilu tanpa ada penawarnya?? Saya luangkan masa untuk kamu meski kamu tahu waktu bekerja dengan DannyBoy bukanlah waktu senggang, saya sanggup bersama kamu, kerana saya dapat merasakan kesakitan itu. Kamu pernah memiliki hampir separuh perhatian saya, perhatian yang tidak pernah saya berikan hatta kepada adik2 kandung saya sekalipun!

Mengkudu, saya tidak bencikan kamu. Saya cuma sedih dan kecewa dengan balasan yang kamu berikan di atas kasih sayang seorang kakak kepada adiknya. Saya marah pada diri saya juga, kerana saya gagal meraih kasih sayang kamu sebagaimana kamu meraih kasih sayang saya. Terfikir di benak fikiran, di mana silap saya? Puas saya berfikir, jawapan cuma satu, dan saya ingat kata2 kamu ini : "i am having a wonderful life and nothing is bothering me. it's just u, marsz"..sumpah, demi Allah saya takkan lupa ini. Saya takkan lupa di saat kejatuhan saya, kamu menambah kesakitan dengan perilaku dan kata2 kamu. Tak kisahlah bab Senan Kambeng itu, memang dia mengaku sayangkan kamu, tapi itu bukan masalahnya, masalahnya adalah kamu!

Mengkudu, saya harap kamu yakin dan pasti bahawa kamu tidak bersalah apa2, cuma saya seorang yang gagal! Kamu tahu, kawan2 saya sesudah kamu semuanya sayangkan saya, semuanya ingin berkakakkan saya, tapi maaf, apa yang kamu dan Rondo buat sudah cukup mengajar saya agar membatasi hubungan sesama insan. Allah jua Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Saya ini manusia biasa sahaja, saya masih ada perasaan kecil hati, sedih dan kecewa. Tapi marah, tidak sama sekali. Saya rasa saya tidak layak untuk kamu panggil kakak lagi. Kamu sudah punyah hidup kamu, kamu miliki apa yang layak kamu miliki. Bersabarlah dengan kesabaran yang baik.

Mengkudu, andai kamu ingin mengakhiri zaman bujang kamu tidak lama lagi, berjanjilah pada Allah yang kamu akan menjadi isteri yang baik. Kamu akan bahagia andainya kamu taat pada Allah, Rasul dan suamimu. Saya tetap mendoakan yang terbaik untuk kamu. Janganlah kamu risau apa2, kamu tidak bersalah, yang salah hanyalah saya. Dan, andai kamu menjemput saya ke hari bahagia kamu, inshaAllah saya akan hadir, tapi saya tidak berani berjanji apa2, kerana saya ini selain dari Ratu Hati, saya juga Ratu Sesat, tidak pandai memandu ke kawasan2 yang jarang saya pergi.

Berbahagialah Mengkudu. Harungilah hidupmu dengan penuh keimanan. Buangkan kenangan2 yang menyakitkan. Binalah hidupmu selayaknya kamu membina syurga cinta bersama suamimu tersayang. Cintailah lelaki terbaik untuk dirimu, dan jadilah isteri terbaik untuknya. Saya tidak membenci ataupun berdendam dengan kamu, kerana di atas perintah Allah Yang Maha Kuasa, saya sudahpun memaafkan kamu.Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-3413703058437062462010-10-04T15:02:00.000+08:002010-10-04T15:02:41.727+08:00Legend Of The Fist: The Return of Chen ZhenSaya seorang peminat filem aksi, dari kecit saya minat Jet Li dan Jackie Chan, Sylvester Stallone, Chuck Norris dll. Terbaru, saya juga turut meminati AbgJehan Miskin, masalahnya, action movie ka beliau? Ah! Itu tak penting, okeh..?!

Filem terakhir yang saya tonton di pawagam adalah The Gamers, tapi siyes, cerita itu hanya buang karan sahaja. Saya tak suka jalan cerita dan aksi yang dilakukan lebih kepada computer graphics dan camera trick sahaja. Kurang mengujakan bagi saya.

Terbaru, saya ke panggung bersama Sedari Siti Dahlia binti Daud (ambek ko KakSit, nama penuh aku letak kat sini...), perancangan awal kami mahu menonton Eat, Pray, Love, tapi kerana manusia2 di Times Square itu pun sama2 mahu berebut tiket, maka niat itu kami alihkan ke filem terbaru lakonan Jason Yuen..eh..bukan..Donnie Yen iaitu Legend of The Fist: The Return of Chen Zhen. Gelak? okeh..silakan gelak..Memang saya kurang meminati Donnie Yen kerana dia asyik memegang watak penyangak sahaja kalau bergandingan sama BraderJetLi, dan dia juga kurang hensem..Tapi, melihat aksinya seawal minit pertama filem ini, membuatkan saya mengubah persepsi diri: hensem bukan segalanya, kalau fight macam Donnie Yen ni, muka jambatan tak siap pun akan nampak macam jambatan siap.

Chen Zhen dan kumpulan buruhnya telah dihantar untuk berperang dengan askar Jerman. Dia umpama nadi kekuatan pasukannya, kerana kawan2nya yang lain tidak brutal seperti dia. Chen Zhen adalah seorang lelaki yang mementingkan persahabatan dan bersemangat patriotik yang tinggi, dengan berbekalkan tulang empat kerat yang mampu menewaskan seekor gajah burma, Chen Zhen bertarung habis-habisan dan China mendapat kemenangan pada peperangan itu. Perjuangan Chen Zhen memang sangat ekstreme, dan saya confuse, bagaimana dia boleh berlakon sehebat itu sedangkan kalau menyorot lakonan lamanya, dia sangat kayu!

Saya bagi 100 bintang untuk cerita ini, sedari Siti Dahlia pula hendak bagi semua bintang di langit, sajalah nak melawan tokey tuh..! Cerita ini agak ganas, jadi tidak sesuai untuk gadis2 manja yang menjerit2 gedik seperti tikus belanda, buat saya rasa hendak tempeleng sahaja..Namun, ada beberapa plot yang buat saya memaki tanpa bunyik ke arah AbgDonnie kerana kebudusan beliau:

1) Beliau buta kayu kerana tidak pasan Kiki (Shu Qi) adalah japs. Geram ni.. sebab dah jelas sangat Kiki tu berpengaruh, dan asyik beli rokok merah!

2)Disebabkan terlalu asyik bercintan-cintun, Chen Zhen telah tak perasan markasnya diserbu pihak japs. Adik beliau dirogol, kawan2 beliau dibunuh dengan kejam..dan nak tahu tak time tu beliau sedang buat apa? bergedik2 sama itu Kiki..menyampah!!

Keseluruhannya, saya rasa sangat terhibur dengan cerita ini. Beberapa gerak langkah Chen Zhen adalah sebijik seperti Bruce Lee, tidak mengapa kerana memang Bruce Lee itu layak ditiru oleh segenap lapisan masyarakat. Saya rasa hendak tengok lagi cerita ini, tapi rasa tak berbaloi pula, baik saya beli dvd, boleh tengok namblas ratus kali. Kepada peminat kung fu, saya merekomen cerita ini sebagai tontonan. 100bintang untuk Legend of The Fist: The Return of Chen Zhen!Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-1676079283810448612010-09-28T16:38:00.000+08:002010-09-28T16:38:28.413+08:00Cawan Kertas Cap Kipas..peristiwa ini berlaku pada hari Isnin, 27 September 2010 bertempat di kawasan sekitar Komuter Serdang/KL Sentral/Maju Junction/Sg Wang..

Maya Karin sudah nekad, dia harus turun juga ke KL hari ini, kerana kereta perlu dibayar, begitu juga handphone bill yang tersekat2 dan demi mendapatkan binatang peliharaan terbaru iaitu broadband (Maya Karin rasa Celcom sudah mendapat keuntungan besar bila dia melanggan talian mudah alih dan apa salahnya kalau dia tambah lagi keuntungan itu dengan memelihara Celcom Broadband juga).

Komuter Serdang macam hendak mintak penampar petang itu. Hari hujan, orang ramai, kaunter tiket TUTUP! Koret2 duit syiling nasib baik cukup RM2, kata Maya Karin kepada dirinya sendiri walaupun dia tahu dia tidak akan mendapat apa2 feedback pun. Maya Karin berjaya mendapatkan tiket sesudah enam kali memaki hamun tanpa bunyi ke arah mesin tiket yang tidak mempunyai perasaan itu. Mesin itu sangat (*&^%$#@&!! rupanya..

Beratur dan berjaya menaiki komuter tanpa kecederaan fizikal mahupun mental, dapat seat juga. Wah! ini satu pencapaian yang hebat, mesti catat dalam blog ni, kata Maya Karin kepada dirinya sekali lagi. Dalam komuter Maya Karin merasa sangat pelik kepada seorang lelaki yang duduk disebelahnya kerana bercakap kuat2 tentang janjitemu dengan seorang 'datuk', macam hendak minta penyepak siam lagaknya. Macamlah Maya Karin heran sangat, kalau iya pun nak menekel, agak2 laa..Jangan la eksyen sangat, geli pula rasanya. Sesekali lelaki itu bermain2 dengan blackberry Storm di tangannya, macamlah Maya Karin ini spesis jakun tak pernah tahu blackberry itu apa! Malasnya nak pandang..Jauh lagi Bank Negara rupanya.

Entah mengelamun apa, tiba2 Maya Karin rasa dia sampai di KL Sentral dan demi Allah, kalau betullah mata Maya Karin ini masih berfungsi dengan baik (alhamdulillah), maka benarlah apa yang Maya Karin nampak petang itu. Perempuan itu berdiri di hadapan Maya Karin, tapi mungkin dia tak perasaan Maya Karin kerana Maya Karin seorang gadis yang pemalu dan ayu sekali petang itu. Ya, perempuan itu agak rendah orangnya, Maya rasa kalau berdiri tanpa high heels size 7 manakala perempuan itu memakai high heels 3inches pun Maya masih terlalu tinggi berbanding dia. Maya pandang dia dan tersenyum dari jauh, kasihan dia..memang Maya kasihankan dia..ditipu wang ringgit, diperdagangkan cintanya, dihina sebagai 'bapuk' dan macam2 lagi oleh orang yang sangat mendapat kecintaannya. Memang Maya kasihankan dia, dan jauh di sudut hati Maya, Maya mendoakan kebahagiaannya dan biarlah dia mendapat balasan yang seadilnya dari yang Maha Esa di atas segala perbuatannya terhadap Maya.

Tiba-tiba mimpi Maya Karin pada bulan Ramadhan lepas menjelma. Saat itu Senan Kambeng tiba-tiba hadir dalam mimpi, menangis dan menuturkan ini kepada Maya "Abang lapar, kenapa Maya tak bagi Abang makan?". Sumpah, demi Allah Maya terjaga dan beristighfar banyak2. Saat itu teringin sekali menghubungi Senan Kambeng, Maya takut apa2 terjadi kepadanya, sakitkah dia? Nazakkah dia? Tiba2 Maya jadi kasihan sangat padanya, walau Maya tahu, betapa dia banyak melakukan kesalahan, tapi Maya pun salah juga. Yang Maya tinju dia tu kenapa? Entahlah, time itu Maya brutal sangat, mengamuk dan bertinju sahaja, sikit2 tomoi, sikit2 tomoi. Sama2 salah, jadi apa salah kalau kita saling memaafkan? Lagipun, Maya tahu, Allah itu Maha Adil lagi Maha Membalas, biarkan Allah jalankan keadilan dan pembalasan. Maya duduk diam2 dan berdoa sahajalah. Boleh kan, Maya?

Maya tersentap bila komuter berhenti di Stesen Bank Negara. Perempuan itu meneruskan perjalanan, Maya turun di situ dan dalam hati Maya berkata "semoga akak mendapat pasangan yang dapat membimbing akak ke syurga". Tapi Maya sempat juga perasan lawa semalam. Maya...Maya..apa nak jadi dengan Maya ni..Maya terus berjalan ke menuju ke Maju Junction, petang itu KL hujan, Maya redah hujan sambil nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai (dalam fikiran, Maya sebagai Kajol dan Jamal Pak Tongko sebagai Sarukhan), lepas bayar bill ni nak call Jamal Pak Tongko dan nak berterus terang yang Maya suka pada dia, dia nak terima ke nak reject ke itu dia punya pasal la, ye dak? Perigi cari timba?? Tak apalah, timba macam Jamal Pak Tongko itu memang berbaloi untuk dicari.

Maju Junction patut tukar nama kepada Bangkrupt Junction kerana kedai Celcom tutup awal petang semalam. Takkanlah hujan setitik dua dijadikan alasan tutup kedai? Bumbung bocorkah? Tempeleng mau? Maya lapar. Ya, baru Maya teringat, Maya belum makan apa2 dari pagi, kerana Bubut tak angkat call time Maya nak kirim nasik tengah hari tadi. Asbestos punya Bubut, makan punya pasal sampai lupa kat Maya Karin, ya? takpe..takpe..

Begitu begini, Maya sampai rumah lebih kurang pukul 9.30malam. Maya call KakSue dan menangis semahunya. Maya rindu KakSue, KakSue itu terlalu baik kepada Maya, Maya hamburkan segala keresahan dan kesedihan Maya kepada KakSue. KakSue minta Maya bersabar dan ingat Allah banyak2. KakSue cakap, jadikan kisah2 Nabi sebagai panduan hidup. Kalau tak ada KakSue, tak tahulah Maya nak cerita pada siapa. Maya rasa KakSue sorang je faham Maya, dan memang betul, tiap kali bercerita dengan KakSue, Maya rasa sangat selesa dan tenang. KakSue baik sangat.. KakSue tak pernah tipu Maya, tak pernah sekalipun dia tipu Maya. Dialah KakSue kepunyaan Maya yang sangat Maya sayangi sekarang ini.

Maya call Jamal Pak Tongko pula. Dengan suara ala2 Ella menuai padi, Maya beri salam kepadanya. Jamal Pak Tongko sungguh jaat! Dia ada perempuan lain rupanya... Perempuan itu cakap kat Maya ayat ini, yang takkan Maya lupakan selamanya: "Sorry, please try later". Maya geram, sangat geram, tak sangka Jamal Pak Tongko sanggup buat begini pada Maya. Lalu Maya pun delete contact details Jamal Pak Tongko termasuk misscall dan meses2 beliau selama ini. Menyampah!Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com0tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-44835987882147967522010-09-24T16:31:00.000+08:002010-09-24T16:31:36.488+08:00Jamal Pak Tongko dan Puteri Maya Karin serta Kambeng dan Mesin Touch 'n' GoPada zaman dahulu iaitu zaman yang terlupa hendak direkod tahun keberapa masehi, tinggallah seorang tukang kayu di kawasan hutan bersama seekor kambeng peliharaannya. Kehidupan mereka yang bak melukut di tepi gantang lebih baik dari melutut tikar mengkuang tetap mereka jalani seadanya dengan tikar getah dan sambal belacan di sisi. Tukang kayu itu bernama Jamal Pak Tongko dan berumur 27tahun pada masa kejadian sedangkan kambeng beliau tidak bernama.

Jamal Pak Tongko mempunyai cita2 pelik tapi benar iaitu mahu meminang puteri raja. Pada zaman itu, puteri raja masih lagi mengamalkan kaedah asli untuk menjaga kecantikan iaitu makan ulam-ulaman dan bersenam dan tidaklah berbotox di sana sini. Puteri yang cantik seperti Maya Karin itu pula seorang yang sangat suka makan ikan patin masak tempoyak dan air terjun walaupun beliau tidak pandai berenang. Puteri itu bernama Puteri Maya Karin dan beliau berketinggian 165cm, berat badan 51kg serta berkasut size 7.

Perkenalan kedua merpati baka baik ini bermula apabila Puteri Maya Karin melarikan diri dari tempat kejadian tanah runtuh dan mendayung sampan ke arah tanpa tuju. Sebagai lelaki sejati yang berpangkat hero, Jamal Pak Tongko telah menawarkan diri untuk menyelamatkan Puteri Maya Karin dari terjebak ke dalam jelaga asap yang menyesakkan pernafasan dan sekaligus boleh mengakibatkan koma kekal. Pada mulanya Puteri Maya Karin yang jual mahal dan bergaduh dengan mesin touch 'n' go yang berhampiran itu tidak mahu bercakap dengan Jamal Pak Tongko disebabkan Puteri Maya Karin itu seorang yang lemah lembut dan sopan santun serta berjalan tunduk di hadapan orang tua. Tapi kerana beliau paiseh gila kerana tidak tahu mendayung sampan berseorangan maka beliau pun mengikut sahaja ajakan Jamal Pak Tongko untuk menaiki sampan bersama-sama.

Tapi yang tak bestnya, Jamal Pak Tongko sekarang outstation ke Sabah (offshore selama 2bulan) dan meninggalkan Puteri Maya Karin di dalam keadaan siang terbayang malam merindu. Sungguh tragis cerita sepasang merpati baka baik ini, kan? Sekian...Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com6tag:blogger.com,1999:blog-2968124066995445080.post-39290120076915610832010-09-02T14:00:00.000+08:002010-09-02T14:00:36.529+08:00....raya ooiiii...!Salam..

Lagi berapa hari nak raya? Entah, saya kehilangan mood mahu beraya tahun ini, kerana disebabkan beberapa faktor; antaranya:

1)BAJU RAYA - tahun ini tidak seperti tahun2 yang sudah, saya cuma ada 2 1/2 pasang baju raya, baju kurang johor sepasang, kebaya pendet purple merun sulam manik sepasang, dan kebaya sutera indonesia tanpa kain (kain saya lupa nak jait, ingat nak beli kain siap, tapi belum jumpa yang berkenan), abaya pink tak dapat saya beli sebab yang saya mahu tak ada pula size saya, saya pakai size cicakpink, tapi yang ada size mak gajah dan mak beruang sahaja. Menyampah!

2) HIGH HEELS - benci la.. saya belum ada kasut raya lagi. Saya mahukan high heels size 7 berwarna putih cream, tapi belum ada yang berkenan di hati. Yang saya suka design dia kaler merah pula, bukan apa, terasa seksi pula kalau berkasut merah ni, terasa seperti Lady Gagap pula.. Hissh..rasa bersalah diri ini kalau berkasut merah di pagi aidilfitri. Tak ada kasut, macam mana nak beraya???

3) HANDBAG - juga tak ada! saya ada terpandang beberapa handbag yang buat saya rasa nak gigit jari, bukan Guess sangat pun, cuma imported dari Korea aje, itupun dah mencecah ratusa ringgit. Mahal tuuu..rasa nak memaki sedetik pun kadang2 ada juga, dah la tak ada jenama, pakai doblas jam tah2 dah kuyak, lagi mahu jual mahal. Cekik darah betul, baik jadi drakula sana. Tak ada handbag, maka, boleh ka saya beraya?? MANA BOLEH!!

4) BONUS - tak ada! cheh...macam mana nak raya tanpa bonus neh? Mengarut betul kampeni saya ni..saya perhati je payslip saya, lima namblas kali juga saya tinjau2, kot2 ada tulis saya dapat bonus, tapi hampa. Memang tak ada. Staff ramai yang dapat sampai 3bulan gaji. Saya ni apa cerita? Apa salah saya..?? uuuu...rupanya, saya masih belum confirm lagi sebagai pekerja di syarikat keselamatan ini, baru kerja satu bulan, mengigau pulak nak bonus 3bulan, ya? Banyak jelita wajah saya, terima kasih Eumora..hahahah..

Ala, pakai baju hujan dan kasut puachukang pun masih boleh beraya, kan? :P

Tapi, yang bestnya, rumah pusaka arwah Bapak akan berwarna oren dan coklat di bahagian luar, dan pink sirap bandung di bahagian ruang tamu..hahahah..

Anak2 sedara bertambah lagi seorang menjadi 6orang semuanya, Latiffa Humaira adalah bayi yang sangat comel dan keletah, baru berusia 3bulan, tapi dialah buah hati pengarang jantung kami sekeluarga sekarang. Comel sangat bayi itu, semua orang rasa nak makan2 je..hahaha..inshaAllah, bulan satu nanti akan bertambah lagi seorang, Alhamdulillah..tengok?? Allah sayangkan saya, Dia ambil arwah bapak, tapi Dia ganti dengan dua orang generasi penyambung warisan yang saya rasa dapat mendoakan arwah bapak agar damai di pangkuan Ilahi. I miss u bapak.. :p

Kereta saya siap juga akhirnya, tapi tak sempat nak polish, tapi saya pakse jugak brader tu buat sampai siap..hahahh..itulah bahayanya saya ni, kalau saya hendak, saya hendak jugakkkkk!! brader tu sampai kata, "awok ni kalau hendak tu, hendakkk jugak ya..?" biasak aa...itu la yang dinamakan determination dan passionate..kasi polish kilat2, kasi kaler merah tu mengaumm! aaauuummm!!

Jadi, yang beraya tahun ni kereta sayalah ya? tak apalah, sebab tahun lepas, saya rasa sakan betul saya beraya, tahun ni biarlah bersederhana, ingatlah kepada golongan yang kurang bernasib baik..Alangkah indahnya kalau semua insan bergembira di hari raya..kasihan anak2 yatim, ibu2 tunggal yang tiada kemampuan, kan? Kalau saya banyak duit, saya mahu banyak bersedekah dan bantu orang2 susah..anda pula bagaimana? :p

Selamat Hari Raya in advance...Syifa'http://www.blogger.com/profile/16862122475952055037noreply@blogger.com10