Sunday, February 21, 2010

...kata tak terucap pada 21 Febuari 2010..

aku dah terbangun lambat hari ni. Memang aku tau aku ada appointment penting pukul 8.00 pagi tadi tapi aku terbangun pada jam 8.40 pagi pulak. Takdir Allah sudah berlaku, kepada yang berkenaan, aku minta maaf sebab bangkong lak hari ni. Malam tadi aku balik dari umah Artmin agak lewat, sampai umah pun da pukul doblas lebey, kemas2 barang2 yang perlu dan kuperkotakkan, kul 1 lebih baru aku lelap. Aku agak kepenatan semalam, maklum pula best friend aku datang melawat lagi, memang agak sengkak di situ yaa..

Hari Ahad aku bermula dengan acara mengemas umah, buangkan2 benda2 yang aku tak mahu simpan lagi dan juga berfikir tentang sepasang kurung pink! yaaaa....aku mau bikin baju pink, entah kenapa tiba2 aku rasa nak berbaju pink pulak. Bila aku kemas almari aku tadi, aku pasan baju aku banyak kaler gold dengan kaler gelap2 je, kaler pink ada selai tu pun kebaya itam bunga pink. Jadik, kalau aku tambah koleksi baju kurung pink, jubah pink, dan berpink-pink lagi, rasanya takde salah, kan? keh..keh..keh..untuk makluman, kasut pink suda ada..

Aku call mak, tanya dia buat apa. Mak sorang2 kat umah sebab AbangLong satu family pegi mana tah, pegi pasar Semerah kot. Mak tanya aku, pisau yang berbagai bentuk dan size tu aku nak ke tidak, aku tanya mak, pisau mana lak ni mak? Mak jawab "pisau Langkawi" dengan suara tertahan2. Laaa....primadona airmata suda mula beraksi. Aku jawab kat mak, tu kan mak punya, kalau mak nak pakai, pakai la..orang ada dah kat umah ni. Mak cakap "ye le..". Aku kesian kat mak, dulu masa kecit2, aku rasa mak aku laaaa yang paling garang sebab mak penah lempar kayu beruti berukuran sebuku roti Gardenia sebab aku ejek sepupu aku sampai majuk. Eleh, ngada2, ejek je pun, bukan boleh mendatangkan kecederaan. Nasib baik aku sempat elak, kalo tidak mau songkleh bahu aku time tu. Mak aku sebenarnya baik, teramat laaa baik, sebab selama aku kenal mak, mak tak pernah pegi umah jiran semata2 nak mengumpat, kalau time kenduri kendara, mak la orang pertama yang akan rewang kat umah jiran2 walaupun bila dia balik dia ngadu pisau rewang dia tertukar dengan orang lain punya. Sian mak. Aku sayang mak..

Haa...kisah FB pulak. Uda, CikManan, AbgNgah, Anem, dan KakG da ada Facebook account. Halamak..caya laa...sekarang baru aku paham kenapa bila aku tulis tunjukan perasaan aku kat wall sambadi tu habeh maksu, makteh dia melenting. Mana aku tauuuu...sorry la makcik2 sekalian, aku memang buta kemajuan sket time tu. Halamak..ala, tapi aku da minta maaf, kalau derang tamau maafkan apa aku boleh buat? takkan nak hantuk pala kat dinding gua lak,kan? semoga Allah melembutkan hati hamba2Nya yang keras membatu.

Kepada yang terasa ada nak tuntut samting dari aku, sila hubungi aku bila2 masa sementara no maxis aku masih beroperasi. Bukan no aku pun, no orang bagi, aku pakai je. Nanti kalau da kena terminate susah lak korang nak cari aku. tapi email aku korang tau, kan? ok la, aku nak gi tengok Merlin nih.. Semoga Allah merahmati hidup kita dan kita semua beroleh keredhaannya..

: aku terasa sangat rindukan seseorang saat ini, tapi tak mampu aku luahkan. Untuk kau, aku tujukan lagu kita:- WildWorld by Mr Big. Aku harap kau paham, kalau kau tapaham dulik apa aku..padan muka, aku sayang kau~

Friday, February 19, 2010

Mengapa perlu membuka aib sendiri sedangkan Allah sudah menutupi aibmu?

aku bukan nak tunjuk baik tapi....................

......Hadits riwayat Abu Hurairah Radhiyallahuâanhu, ia berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:


Semua umatku akan ditutupi segala kesalahannya kecuali orang-orang yang berbuat maksiat dengan terang-terangan. Masuk dalam kategori berbuat maksiat terang-terangan adalah bila seorang berbuat dosa di malam hari kemudian Allah telah menutupi dosanya, lalu dia berkata (kepada temannya): Hai Fulan! Tadi malam aku telah berbuat ini dan itu. Allah telah menutupi dosanya ketika di malam hari sehingga ia bermalam dalam keadaan ditutupi dosanya, kemudian di pagi hari ia sendiri menyingkap tirai penutup Allah dari dirinya. (HR. Muslim)

Sumber Majlis Taâlim Wad Daâwah Lil Ustadz Al Habib Sholeh bin Ahmad bin Salim Al Aydrus

aku nak ingatkan pada semua umat Islam, kalau kamu benar2 beriman kepada Allah dan Rasulmu, janganlah kamu berbangga membuka aibmu sendiri..seingat aku dalam blog aku yang serba comot ni aku takde mention nama sesiapa pun secara khusus, dan bukan berniat membuka aib sesiapa pun, jadi korang yang baca blog aku ni jangan memandai lak mengaku itu dan ini..

Kau nak merokok sampai putus nyawa ka, nak mentekedarah dadah lima namblas lori ka, atau apa2 je dosa dan kemaksiatan kau, itu kau jawab dengan Allah ya.. aku da jalankan tanggungjawab aku...Allah dah tutup kemaksiatan kau, yang kau pulak nak canang satu kampung ni apa sebab? Kembali la ke pangkal jalan weh..

Kalau kau nak buka aib orang ka, aib aku ka, masih ada Allah untuk membalas perbuatan kau. Aku takleh marah kau, sebab aku tamau jadi hamba syaitan tapi aku harap kau berhentilah memalukan diri kau sendiri. Mak ayah kau pun dapat tempias malu sama. Kau tak kesian ka pada derang? Kalau kau sedar kesalahan kau, alhamdulillah...tapi, tak perlu la buat pengakuan itu dan ini. Sia2 je kau sembahyang kalau kau tak kenal siapa yang kau sembah.

Aku nak ulang ni je: DIRI KAU ADALAH KEPUNYAAN ALLAH DAN KAU TAKDA HAK NAK MENGHANCURKANNYA.

Aku harap kau sedar la. Aku dah tatau cane nak communicate dengan kau lagi. Tiap kali aku berbicara lembut, kau akan bidas aku dengan lidah kau yang kau pinjam dari Allah. Aku serender. Allah Maha Mengetahui dan Allah sentiasa memerhatikan hambaNya.

Thursday, February 18, 2010

Jangan Memaki...

Tadi aku ter-click satu page dekat FB yang mengutuk, mengeji dan memaki hamun seorang artis wanita malaysia ni. MasyaAllah, terkejut aku. Mereka semua ni tak tahu dosa ke? Buka aib orang, maki-hamun sedari tu, kutuk itu ini,walhal yang mereka kutuk, maki hamun tu sedari seagama mereka..orang Islam tuuu..tapi Islam yang macam mana ya? perrgghh..Amacam? Cukup yakin kah kalian dosa silam kalian Allah sudah ampunkan? Dosa mata, dosa telinga, dosa lain2 anggota, yakin ka? Hebat kalian semua kalau benar2 yakin begitu.

Aku tak bani da. Aku mengaku, dulu bahasa aku kasar, ramai yang makan hati, tapi ada sebab kenapa aku buat macam tu. Tapi yelah, niat tidak menghalalkan cara, walaupun niat aku baik, cara aku tak baik, outcome dia jadi tak baik juga la. Aku tingat masa aku mula2 terbaca blog seorang wanita malang yang jahil, yang tidak disampaikan kepadanya ilmu Allah (alQuran), aku maki hamun dia sebab masa tu, aku pun jahil sama. Tapi aku lupa, tu bukan caranya, mungkin masa tu syaitan kasi petrol baikkk punya, aku pun rembatttt...last2, penat memaki hamun last2 tak dapat apa2..(sisRabiah, i pinjam u punya quote ne ea..)

apa aku nak tulis ni ea...takde idea..tapi, cukuplah sahabat2ku, kaum muslim muslimat, berhentilah mencaci maki sesama umat. Kita meruntuhkan ikatan persaudaraan, itu berdosa. Kita memaki hamun dan menjadi hamba syaitan, itu lebih lagi berdosa. Jangan la kita lebihkan perkara yang sia2, lagi pula memaki orang yang tiada kena mengena, tidak mengusik atau mengusha kita, cuma kerana dia pernah membuat silap, maka sepanjang kehidupan kita menghukum dia. Siapa la kita ni nak menghukum..?

Aku betul2 menyesal sebab dulu, aku berhenti mencari siapa aku, aku dilalaikan dengan kebahagiaan dunia yang sementara, sampai sekarang ni pun aku masih lagi memperbaiki diri, tak kisah laa orang nak cakap aku berlakon ke, aku nak meraih simpati ke, (simpati mende lak weh..??) yang pasti, aku tahu dan Allah juga Maha Tahu.

Jom bertaubat, jangan tau buat je pastu lepas tangan. Sama juga seperti berjanji, haruslah ditepati, kalau tidak, jangan berjanji. Allah menyaksikan perjanjian kita, Allah tahu setiap apa yang berada di dalam hati manusia. Seseorang penah me-nyound aku, nasihat diri sendiri dulu sebelum nasihat orang lain, jangan bagi ilmu kat orang kalau diri sendiri tak amal, dan manusia melakukan dosa dan maksiat bukan kerana mereka sengaja tapi kerana mereka jahil (tahu saja tak cukup, mesti beriman kepada Allah ya..)

Ye la encik dan sedara sedari, aku insap. Aku tak nasehat orang lagik da kecuali aku benar2 yakin aku mampu. Niat aku baik, tapi cara aku mungkin ada sedikit typo error di situ. Sebenarnya, apa pun yang terjadi kepada kita, kita wajib redha (sesuatu yang cukup payah untuk aku lakukan hingga saat ini) sebab bila kita redha, kita mengakui kelemahan kita sebagai hamba Allah. Biarlah Allah nak buat apa pun pada kita, sapa la kita nak mempersoalkan? Da la kaki size 7, lagi mau bising2..huh~


..dulu aku sebok nak orang jadi baik, jadik beriman sedangkan hakikatnya, baik ke aku ni? iman cukup kuat ka?....insap...insap...

takde tajuk!

........aku taip dulu entri ini tanpa tajuk, sebab kepalaku blank memikirkan tajuk yang sesuai untuk aku luahkan kebungkaman hati aku ni...

Terus terang, aku memang tak faham dengan diri kau sekarang. Mungkin, kau merasa diri kau bagus sekarang, aku tak heran pun.. hebat mana la sangat kau ni eah...

Aku dah beri terlalu banyak muka pada kau sebenarnya, sesuatu yang tak mungkin pernah kau hargai. Tapi, yang aku tak faham, da la kau ni menyusah lagi menyesakkan, kau berlagak pule..tak faham sungguh aku........

tapi, kadang2 aku rasa macam aku ni 'pat po' lak, biar la kau nak musnahkan hidup kau, biarlah kau nak buat apa dengan kehidupan kau, kenapa aku masih concern? mungkin sebab aku rasa aku ada tanggungjawab lagi pada kau, mungkin......

tapi satu aku nak ingatkan, nyawa kau, kehidupan kau bukan milik kau sebenarnya, tapi milik Allah yang abadi. Sebelum nafas kita terhenti, kita wajib beribadat sepenuhnya kerana Allah..aku cuma mengingatkan sebab tanggungjawab aku sebagai muslim, mungkin hidup kau selama ini sudah begitu, maka aku tidak boleh berharap kau akan jadi begini..tapi,kau eksen, kan? ok..ok...semoga Allah merahmatimu..

Tapi, sudah la ek..kau da tak peduli, aku pun tak mahu sebok2 lagi..janji kau bayar hutang aku seperti yang termaktub dalam perjanjian. Berfikirlah, Allah memerhatikan kau sekiranya kau mahu memperkosa janji2 itu...

..by the way, untuk pengetahuan kau, berdosa besar makan harta anak yatim..sekian, terima kasih..

Thursday, February 11, 2010

H.U.T.A.N.G

Aku tak suka tajuk entri ini kerana aku terbaca di dalam blog Ustaz Zaharuddin yang memuatkan hadith yang bermaksud:

Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Aku memang tak suka berhutang, apa lagi memberi hutang (bukan kerana aku kedekut, tapi kerana aku segan mahu meminta balik hutang2 aku tuh..) kerana hutang ni sebenarnya adalah permulaan kepada konflik yang lebih teruk lagi.

Berbalik kepada hadith di atas, nampak tak betapa hutang tu sangat besar impaknya kepada si penghutang? walau mati syahid sekalipun, dia masih belum dapat jaminan ampunan dosa seandainya dia berhutang sesama manusia. Lagi kan pulak yang tak mati syahid, contohnya seperti mati katak, mati eksiden kerana merempit, mati terlebih makan dadah, mati kutu mahupun mati tuuutttt.....ke mana arah tujuan si mati itu tadi ek? Sindri mau ingat haaa...

Aku nasihatkan kepada diri adik beradikku, sahabat2ku, peminat2ku, secret2 admirerku, jangan la berhutang tak kira apa pun alasan. Jangan sebok nak berbaju DnG, berhandbag Coach, berspek Rayban, tapi dengan cara berhutang. Aku tak faham kenapa bigor sangat dengan branded punya barangan ni, pastu menyusahkan diri sendiri. Apa barang weh??

Pakai je apa yang ada, bersederhana itu lebih baik sebenarnya.

Satu lagi, kalau terpaksa jugak berhutang, tolong la bayar pada masa dan waktunya yang telah dijanjikan. Tah hapa2 la kalau bayar ikut sukahati jiran tetangga Barrack Obama je, tau tak orang yang sedara sedari hutang tu pun ada masa2 sesak nak pakai duit jugak...

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :


اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang,

Lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )

Ye, saya tahu awak sayangkan saya tapi...

..saya tidak mahu membuang masa bergayut berjam2 lamanya di Blackberry Curve 8520 saya yang mahal cam nak meninggal ni semata2 mahu membuktikan kepada awak bahawa saya tidak punya kekasih lain selain dari awak..saya juga punya life sendiri, dan sekarang ini life saya sangat teratur mengikut jadual harian yang ditetapkan oleh Mrs. Bodyguard saya. Saya minta maaf, saya terpaksa off kedua2 handphone saya selepas jam 10malam mulai hari ini walaupun saya tahu Anem akan kata "baik ko campak je handphone mahal ko tu kat parit Wak Surip!" kerana dia bengkerk tidak dapat mengganggu tidur saya lagi.

..saya tidak mahu ber-YM dengan awak sesudah morning call yang awak berikan setiap hari kerana saya perlu bersarapan pagi sebelum memulakan tugasan sekiteri saya. Tahukah awak,di office saya ni kalau kita bersin comel pun satu office boleh dengar, inikan pula kalau menaip di papan kekunci komputer, maklum la, saya tidak reti menaip secara slow motion walaupun saya ini sopan santun orangnya. saya rimas terpakse melayan awak di alam maya sedangkan sepatutnya masa itu saya peruntukkan untuk beribadat kepada Allah. Ya, bekerja dengan niat mencari rezeki yang halal dan mendapatkan keredhaan Allah juga adalah ibadat, sayang..


..Saya rimas kerana awak asyik mahu berjumpa saya selepas waktu kerja, sedangkan awak tahu saya perlu sampai ke rumah sebelum masuknya waktu solat fardhu Maghrib pada setiap hari. Saya sudah banyak kali beritahu awak, nak buat sesuatu tu fikirlah baik buruknya. Apa awak hendak bakal ehem2 awak jadi kutu senja mahupun hantu gundurowo? tentu tak mahu, kan? jadi, janganlah mengajak saya melakukan pekara2 yang sia2 itu. Lain la kalau awak mahu mengajak saya ke kedai buku, kerana saya mahu membeli sebuah buku bertajuk Indahnya Saat BersamaMu karangan Nik Abd. Rahman dan Zahazan Mohamed. Di mana nak beli ya..?

Awak, ingat la, kalau seorang lelaki bertemu seorang perempuan, pasti akan ada sejenis lagi makhluk kat tengah2 tu..Saya ikhlas menerima awak dalam hidup saya, jadi, hargailah keikhlasan ini. Sama2 la kita perkukuhkan iman, tinggikan kesabaran dan tabah mengharungi dugaan. Saya tidak tahu kalau awak akan baca entri ini, tapi saya mahu awak tahu bahawa:

(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab Neraka. (3:191)

Tuesday, February 9, 2010

..bila sesuatu itu..

Aku hampir terlena bila tiba2 Blackberry Curve 8520 yang aku beli dengan pakej kontrak cekik darah Celcom mendendangkan lagu To Be With You yang teramat aku suka sejak bertahun lamanya. Owh..sahabat aku yang sedang kepala petak rupanya..aku jawab panggilan itu sebab aku tahu, dia sangat memerlukan aku..

dan, bagai sirap limau cecah roti capati, aku sudah dapat mengagak, dia kepala petak lagi..beberapa hari lepas, seorang lagi sahabat aku mengadu diberhentikan kerja atas sebab yang amat tidak munasarawak. beberapa hari sebelum tu aku dikejutkan berita tentang abang angkat aku dulu disahkan bercerai..(hoh? ada can! ) hahaha..

tak, bukan aku seronok dengan dugaan2 yang mereka hadapi, tapi aku percaya mereka mampu menghadapi dugaan itu dengan tenang dan tabah...kerana Allah menguji hamba2Nya yang Dia sayang..hidup ni sentiasa akan diuji, tak kiralah ujian yang menyakitkan atau ujian yang menyenangkan..

Sepertinya aku, bila aku kehilangan dulu, aku digantikan dengan keindahan perasaan ini yang aku rasa tak ramai manusia merasainya, dan aku sangat2 bersyukur dan bertuah di atas kehilanganku dulu, kerana Allah telah menggantikan dengan yang terlebih baik, sempurna serba serbi. Penawarnya cuma satu, SABAR dan MENGERJAKAN SOLAT.

Aku pernah sampaikan pada seorang sahabat, amalan2 yang aku buat untuk naik semula setelah jatuh penyet dihempap tangga dan terpeleot di bibir lesung, tapi dipandang sipi je, sama seperti keadaan aku dulu yang sombong, ego dan bongkak, kerana aku yakin satu pergi sepuluh lori mari. Time tu aku terlupa bahawa kehadiran seseorang yang bernama kekasih itu adalah amanah Allah, rasa cinta tu anugerah dari Yang Maha Penyayang. Manusia mudah lupa, kerana manusia itu lemah dan selalu berbuat dosa. Kita dijadikan dari saripati air mani yang kotor tapi kita menjadi penentang Allah yang nyata.

Jadi, jangan sombong, jangan ego, jangan bongkak, Allah nak pusingkan keadaan tu tak mengambil masa yang lama, kalau hari ini kita di atas, tak mustahil hari esok kita akan jatuh ke bawah dengan kesakitan yang akan buat kita rasa hilang segalanya, tapi jangan lupa ya..Allah itu ada...

: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (2:286)
 

©2009 -Kerana itu Aku- | by TNB