Tuesday, March 2, 2010

..HAJAT..

Wah! aku sangat bengkerk cap gajah baring semalam. Fuhhhh....baekkk punya sabar beb sedangkan aku ni bukanlah penyabar sangat orangnya. Tapi kerana nasikku ada la beras cap naga, maka aku redha aje lah dengan apa yang berlaku. Pasti ada hikmahnya yang aku tatau.. :(

Baju comel yang aku suka sangat tu telah jatuh di timpa tangga. Aku tak tahu la, mula2 cincin permata zircon aku ditelan mesin basuh, pastu baju comel cap Elmo tu pulak, pasni apa pulak ya..? Mode: SANGAT SEDIH dan BERDUKACITA..

Aku basuh baju tu sekali dengan baju singa comel sebab aku rasa macam ada sedikit kekotoran pada kolar baju terbabit. Punya la sayang kat baju berkenaan, aku siap cuci tangan tau..!! Pastu, time aku nak sidai tu, baru aku pasan takde cepit baju kat ampaian. Dengan langkah sopan santun dan lemah gemalai, maka aku pun berlari2 la ke bilik peraduan konon2 nak rembat cepit baju kat langsir bilik aku tuh (untuk makluman: bilik aku takde panel nak gantung langsir, so aku cepit je dengan cepit baju), sekali aku plinggg ke ampaian, aku tengok baju tu da takde...aikk?? magik jenama apa ka ini? Aku pun buat2 rilek konon macam takde apa,tapi selepas lebih kurang lapan minit aku melilau carik baju tu, aku masih tidak berjumpa.

...Kutanya pada malam
Mengapa tidak berbintang
Kutanya pada alam
Mengapa kian muram
Kutanya pada angin
Kau ka yang larikan baju aku?....


Baju peberet aku da hilang..tah ke mana, aku rasa diterbangkan angin sebab angin memang kuat semalam, dengan guruh berdentam dentum pakej sekali dengan hujan..Aku tak jumpa dah baju berkenaan. Hilang cenggitu jek..Pelik tapi benar, yang ada cuma baju singa comel, tu pun da nak kena kasik kat tuan yang empunya. Da takde baju comel da pasneh...:(

TAPI, bila pikir2 balik, umur suda lanjut, kedut suda banyak, lagi mau baju comel2...
Tua kutuk tak sedar diri tol la..hahaha...

Monday, March 1, 2010

Pusat Rawatan dan Bimbingan Al-Aisyah

-Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang-

Assalamualaikum..

Untuk makluman, Pusat Rawatan dan Bimbingan Al-Aisyah di bawah kelolaan Puan Su sudah pun dirasmikan pada 25 Februari 2010 selepas waktu Isya' di Kg. Jaya Gading, Kuantan. Sekiranya sedara sedari berminat untuk mendapatkan rawatan, boleh la hubungi saya (Syifa') di talian 017-977 7014/019 -900 0932 untuk sebarang pertanyaan. Rawatan adalah berasaskan ayat2 suci alQuran untuk merawat pelbagai penyakit, khasnya kaum wanita. Masa rawatan adalah pada setiap hari Khamis dari jam 9 hingga 10 malam. Hanya seramai 3 orang pesakit akan dirawat pada tiap2 waktu rawatan.

..dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari AlQuran ayat-ayat suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya dan sebaliknya alQuran tidak menambahkan orang-orang yang zalim disebabkan keingkaran mereka melainkan kerugian jua..(17:82)

..Minta Perhatian...

..if you LOVE me, TRUST me, the way that i TRUST in you..

kau merajuk ke? kenapa tamau masuk blog comot ni lagi..? Kau marah..?

...........aku minta maaf...............

Wednesday, February 24, 2010

Kawan-Kawan..

No, I am NOT in love with someone who is not for me to be in love with. Why is it so hard for you guys to understand? haa...kan da tercakap orang putih aku neh..

Macam ni, aku memang sedang berehem2 tapi bukanlah seperti yang korang fikirkan. Cukuplah aku katakan, aku sudah mendapat apa yang aku perlukan selama ini..Dan, tolonglah kawan-kawanku, adik2ku, jangan la korang sampaikan apa2 yang aku tidak mahu tahu. Aku sudah cukup bahagia kini, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam.

Ketahuilah bahawa:

1) aku tidak desparate seperti yang digembar-gemburkan
2) aku menerima keindahan perasaan ini sewajarnya aku menerimanya, seadanya
3) aku tidak pernah memaksa perasaan itu hadir seperti yang aku pernah buat sebelum ini
4) aku tidak memulakan ini dengan didasari rasa kasihan ataupun simpati
5) aku tidak menggadaikan apa2 harta dan maruahku untuk menerima ini
6) aku tidak menerima ini sebagai membalas dendam kepada sesiapa, aku tidak mahu bermusuh, kerana permusuhan cuma akan meruntuhkan ummah
7) aku berhak atas kebahagiaan ini, kerana aku yakin cinta ini yang sejati, kerana didasari keimanan sepenuhnya

Nantilah, bila tiba masanya, akan kukhabarkan juga pada kalian semua. Buat masa ini, biarlah aku mendidik diriku menjadi wanita solehah yang diredhai Allah.

Kepada yang masih mencemburui aku, menjaja kisah2 dongeng keburukan dan mengharapkan kehancuran aku, apa kata berhentilah dari melakukan itu semua, apa kata tukar doa2 kalian supaya Allah menganugerahi kebahagiaan dan keamananan bukan untuk aku, tapi untuk diri kalian sendiri. Rasanya, itu lebih bermakna, kan? :)

..Gunung Nan Tinggi Kan Kudaki..

tiba2 terasa mahu mendaki gunung..hmm...layak ka aku? sempat dan semput ka aku nanti? dan kalo aku tersadung akar pokok, lalu berguling mesra di kaki gunung bagaimana pula ya???

eleh...belum naik lagi dan fikir macam2..rilek laa, panjat gunung bukan macam gi perang kat Iraq nun..aku tak tahu macam mana nak gambarkan keteringinan aku ni. Dalam palaotak cumil ni terbayang air terjun, bunyi unggas, kehijauan alam dan ayam pusing atas api..waaaa....seronotnya...TAPI.....aku mana tau pasang khemah? pasang api kalo curah minyak tanah ok la kot, boleh ke aku ni karang..? nak pegi dengan sapa ea? aku ni da la pemalu..huhu...

Tiap malam aku akan lakukan ini sebelum tidur:-pejam mata, dan bayangkan air terjun yang sejuk di awal pagi, dengan deruan airnya yang mempersona, mentari mula menyingsing, kubasuh wajah dengan kedinginan air dan memanjatkan syukur padaMu Tuhanku..

Aku mahu daki gunung, kerana aku akan mencabar kemampuan diriku sendiri. Aku selama ini dibawah, tak pernah di atas, aku cuba menerima kekurangan orang, tapi aku dikhianati, diperbodoh2kan tanpa belas, aku memberikan seadanya aku, tapi aku dikecewakan dengan janji2 palsu dan lakonan plastik makhluk yang tanpa rasa berdosa mendustai aku..

Jalan ada dua; KIRI atau KANAN, aku pilih yang kanan kerana yang KANAN, untuk sampai ke puncak akan melalui kesukaran yang sudah Allah rencanakan...

...Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan; Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?(Di antara amal-amal itu bagi orang yang mampu) ialah: Memerdekakan hamba abdi; Atau memberi makan pada hari kelaparan. Kepada anak yatim dari kaum kerabat, Atau kepada orang miskin yang terlantar di atas tanah.Selain dari (tidak mengerjakan amal-amal) itu, dia (tidak pula) menjadi dari orang-orang yang beriman dan berpesan-pesan dengan sabar serta berpesan-pesan dengan kasih sayang. (Ketahuilah! Bahawa orang-orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan (yang akan beroleh Syurga). Dan (sebaliknya) orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. Mereka ditimpakan (azab seksa) Neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya). (90:10-20)



:- mau letak gambar gunung di entri ini tapi aku masih dungu prosessnya lagik..uuuuuu...

Tuesday, February 23, 2010

..kalau awak membaca entri ini, saya harap awak hubungi saya secepat mungkin kerana saya terasa pelik dan melet2 bila awak tiada...

awak, itukan cuma angka? saya minta maaf, saya emosi luar kawalan semalam. Saya memang terkejut sebab saya ingat awak sengaja create ID dengan angka pelik dihujungnya untuk membuat saya bengkerk. Saya sangka,awak sengaja menduga saya. saya sangka, awak sengaja menguji sejauh mana ingatan saya pada dia. Awak, saya memang dah tak ingat, saya memang dah tak mahu ingat dia da. Saya dah lupakan semuanya, malah, pagi ni saya cuba buka email lama saya dan dia, saya juga sudah lupa, bukan hanya lupa password, tapi lupa ID juga. Sebenarnya, saya juga ingat saya masih ingatkan dia, tapi rupanya tidak....saya memang nak ingat dia,nak doakan dia tapi dah takleh dah..dia pun dah bahagia, semoga Allah merahmati dia..

Saya email, awak tak balas, saya YM awak tak layan, hangpong pun awak off. Aduhhh...jangan la buat saya begini..jangan la merajuk begini kerana awak begitu buruk bila tak merajuk apa lagi kalau merajuk..Jangan marah2, kita kan nak jadi hamba Allah, bukan hamba syaitan. Syaitan suka kalau kita marah2, tapi Allah tak suka..Awak nak saya buat apa untuk menebus kesilapan saya? Saya sanggup hafaz surah al-mulk ayat 1-10, (walaupun da 2minggu saya try tapi masih ladygagap lagi.), saya sanggup hafaz 4Qul beserta maknanya sekali atau kalau masih tak cukup, saya sanggup buat benda yang paling saya tak suka tapi awak suke giler..-GUNDAM- (aku sangat tapandai buat benda ni dan aku langsung takde minat..kenapa laaa hidup aku sentiasa dihantui oleh natang yang kuat membazir ini.. huhu...)

awak, saya tahu, saya salah. Seorang sahabat pernah mengingatkan bahawa:

-Jika ingin melakukan sesuatu dosa,kenangkanlah malam pertama kamu didalam kuburan.Jika melukakan hati orang,pohonlah kemaafan secepat yang boleh supaya kamu tidak perlu mencarinya di Padang Mashyar kelak-

awak, maafkanlah saya...

Monday, February 22, 2010

..cakap tak serupa bikin..!

aku cukup benci dengan orang yang cakap lain, pastu buat lain. Depan dunia konon dia la paling best, paling macho, paling tough, jatuhkan aku berkali2 pijak semut pun tak mati tapi tak pernah puas pun... Ada aku kesah????

Nasehat diri kau dulu sebelum kau nak nasehat orang lain.. Kau nak berlakon celah mana ni weh? Janji macam kap lam ya nga! Macam ni kau nak suruh aku ikut cakap kau? Macam ni kau nak jadi imam dalam solat jemaah aku dan anak2 aku nanti?? Pagi tadi kau solat subuh? semalam? Lusa? kelmarin??? ada???


Aku hilang sabar ni weh.. Ini ke kau kata kau dah berubah? Macam mana laa aku tak risaukan kau kalau pangai macam hampagas ni yang kau bawa?? Asal laaa kau ni macam ni.. kenapa kau tak macam itu?? kata taknak buat lagi kesilapan lalu bila engkau mengenali aku???? aaiii...rasa nak jerit je dalam laci aku ni ha...kenapa laa aku disampaikan perkhabaran buruk sedemikian rupa...sabarlah diriku...sabarlah..jangan disusahkan perkara yang tak perlu...sabarlah...

Ya Allah......sabar aje lah....aku tak harap apa2 lagi dah..lantak kau lah sana..aku malas nak fikir untuk kau lagi..kau tahu tak, betapa aku menyampah dan meluat bercampur dengan muntah hijau+pink dek pangai tak boleh blah kau ni..Inilah noktahnya..Selamat babai!!

:- entri ni aku tulis dalam emosi yang sungguh tidak stabil kerana barang2 yang aku dah tak mahu simpan itu masih ada di depan pintu.......adehhh laaa....
 

©2009 -Kerana itu Aku- | by TNB