Syifa tahu,
Syifa tak pandai, Syifa belajar sampai takat Diploma je, lulusan UiTM, course yang Syifa attended pun bukan killer course, Syifa bukan anak orang kaya, Syifa baru dua kali naik kapalterbang (dan Syifa masih ingat, Syifa tak reti pakai seat belt kapal terbang tuh). Dan Syifa juga orang kampung, keluarga Syifa biasa2 sahaja, Bapak pun dah tak ada, tinggal Mak dan adik-beradik je.
Syifa faham, Syifa ni bagai beskot meri je, ada ke tak ada ke sama aje, Syifa bukan cantik pun, Syifa cuma anak Jawa kelahiran Muar, kulit berkarat dengan lumpur dan tanah gambut, Syifa sedar semua tu. Bukan Syifa mengada-ngada nak demand itu ini, tapi kadang-kadang Syifa ni memberontak juga.
Tapi, patut ke Syifa dilayan sebegini? Jahat sangat ke Syifa ni? Syifa tahu, Syifa tak sempurna, Syifa bukan lahir2 je terus jadi Syifa yang hari ini. Syifa dulu lost juga, Syifa dulu ganas juga (sekarang pun ada sisa2 ganas juga, tapi dah tak banyak dah), kenapa tak boleh terima keadaan Syifa ni dan terus nak ubah Syifa ikut acuan yang memeningkan kepala?
Syifa memang ada niat nak jadi baik, solehah, sopan santun dan lemah lembut, tapi faham tak benda tu bukan mudah nak buat? Bukan Syifa tak cuba, tapi beribu kali mencuba pun masih tetap gagal juga. Kadang-kadang Syifa penat juga tau..Syifa bukan robot, tapi kereta Syifa nama Optimus Prime.
Syifa cuma mampu minta maaf je, dan perbaiki lagi apa2 yang kurang. Kalau nak tinggal Syifa, tinggal laa..selama 28tahun ni, Syifa hidup seorang diri juga....
Tuesday, July 26, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Patutnya ko tinggalkan je org yg tak sedar diri dan amik ko for granted tu... aku kalo takde org terima aku seadanya, aku terus tinggalkan dan lupakan je... byk lagi org yg worth my time... dah la, ko baru 28 thn... aku yg 30 thn nie pun tak heran org lelaki nak ke tak nak dgn aku, sukati dia la, janji aku hepi... yg diorg tu sendiri hebat sgt ke sampai nak paksa2 org pompuan jadi itu la, jadi ini la... poodah la laki camtu... setakat ada *toot* tapi takde otak, takde pendidikan sivik dan takde iman toksah dirindukan sgt la...
Adakah tujuan kehidupan kita itu ialah dengan kita ini mencari ilmu, kemudian bekerja, membeli kenderaan dan rumah, kemudian berkahwin dan kemudian memiliki anak, cucu dan seterusnya duduk di masjid-masjid untuk menunggu saat kematian apabila rambut mula memutih dan kulit mula berkedut...............?
Apakah tujuan hidup manusia? Adakah manusia sekadar dicipta oleh Allah Azza Wajalla untuk makan, minum dan tidur? Atau adakah manusia dicipta untuk mengumpul harta kekayaan? Atau adakah manusia itu dicipta oleh Allah Azza Wajalla untuk belajar hingga keperingkat menara gading dan kemudiannya membawa pulang gelaran Master atau Doktor Falsafah? Adakah manusia itu dijadikan Allah Azza Wajalla untuk berseronok sepuas-puasnya di dunia ini tanpa mengira siang atau malam?
Sudah tentu penciptaan manusia ada tujuan tertentu. Allah menjadikan kita bukan untuk sia-sia sahaja. Sudah tentu juga tujuan hidup manusia itu sendiri mengarah manusia kepada kehidupan akhirat yang lebih kekal dan bukannya untuk kehidupan di dunia yang tidak kekal ini. Sebahagian Ulama' telah menggariskan empat tujuan kehidupan manusia di dunia ini. Marilah kita bersama-sama cuba melihat dan merenung tujuan hidup manusia yang digarap oleh Al Quran ini untuk mencetuskan satu anjakan baru dalam pemikiran kita insyaallah.
1. UNTUK MENGABDIKAN DIRI KEPADA ALLAH SAHAJA
Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka BERIBADAH kepada Ku. (Az Zariyat 51:56)
2. UNTUK MENJADI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang KHALIFAH di muka bumi... (Al Baqarah 2:30)
3. UNTUK IQAMATUDDIN (MENEGAKKAN DIEN)
Dia telah mensyariatkan kepada kamu tentang Dien apa yang telah diwasiatkan Nya kepada Nuh dan apa yang telah Kami wasiatkan kepada Ibrahim, Musa dan Isa iaitu: TEGAKKANLAH DIEN dan janganlah kamu berpecah belah tentangnya... (Asy Syura 42:13)
4. UNTUK DIUJI OLEH ALLAH
Maha suci Allah yang ditangan Nya lah segala kerajaan, dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, yang menjadikan mati dan hidup supaya Dia MENGUJI kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (Al Mulk 67:1-2)
ha ha ha ha ha ha...
syifa itu penyembuh...
Post a Comment