Monday, November 29, 2010

..Kaya tidak datang bergolek, tapi kayap mudah berjangkit...

okeh..it's almost end of November, and I'm gonna miss my November 2010 badly. Maafkan saya, terskipping london pulak ya. Nak buat macam mana, I feel stupid if i speak in malay and i'm from texas. Hahahah~

Tergerak hendak menulis entri kali ini berkenaan sikap badigol seorang kenalan saya. Mulanya, saya sangat menghormati kenalan saya ini, kerana dilihat dari titik perjalanan karier, dia kira bermula dari sangat bawah, lebih bawah dari bawah jambatan merah sudah roboh. Tapi, bila mula tahu pakai barangan branded, bergaul dengan anak orang kaya (walhal dia itu anak seorang kakitangan kerajaan berkelas 'biasa' sahaja), mula terikut2 dengan gaya hidup mewah sedangkan diri tidak berkemampuan. Paling mudah, untuk mendapatkan kesenangan dengan menjadi bela-belaan, bukan macam kita bela itik atau ikan, tapi bela yang menggadaikan maruah dan kesopanan.

Saya tidak kisah kalau dia itu jiran Barrack Obama, caddy Tiger Woods atau siapa2 sahajalah, yang tidak ada kaitan dengan saya, tapi kerana dia itu saya kenal, maka menjadi tanggungjawab saya untuk menegur perangai dia itu. Tetapi, jangankan hendak insaf, makin saya pula menjadi mangsa sumpah seranahnya. Ingat saya ni sumpah2 ke apa?? Hmmm..Saya sedih, tahu? Kamu itu sahabat saya, dan saya sayang kamu...

Kalau kerana wang dan harta akan hanya melemparkan saya ke lembah maksiat, kesombongan, keangkuhan, ketidakperikemanusiaan, maka saya bersyukur Allah kurniakan rezeki yang cukup2 untuk menampung hidup saya dan saya selesa dengan apa yang saya ada sekarang. Saya harap, kita semua terlepas dari terleka dengan dunia yang cuma sementara ini. Walaupun semua maklum harta itu perlu, namun ingatlah harta itu bukanlah segala2nya.

Mengapa tidak, kita berusaha dengan daya upaya kita sendiri untuk mengumpul kesenangan dan bukan menumpang kemewahan orang lain..? Mengapa tidak mahu bersyukur dengan kurniaan Tuhan..?

Sekeh kang baru tau!

Friday, November 26, 2010

Dia Bukan Untukku...

Dua jam mengamuk di talian ke telinga Hairi malam kelmarin. Hmmm...boleh tahan juga skill membebel saya ni ya? Entahlah, kadang2 saya kasihan juga pada Hairi (entah siapa nama penuhnya, nama bapanya juga saya tidak tahu), dia itu selalu jadi mangsa keganasan saya. Akhir2 ini, banyak pula cengkadak saya. Nasib baik laa dia itu sudi juga mendengar sebab saya sekarang bagai padang jarak padang terkukur sejak KakSyu menjadi terlalu sibuk dengan jadual hariannya. Terpisah dari KakSyu benar2 membuat saya buntu, hilang arah ada kalanya. Tapi, hakikat ini harus saya terima, Kaksyu bukan milik saya seorang.

Bila Allah kirimkan seseorang yang mencintai saya dahulu, saya tidak pernah hargai, dan bila Allah ambil dia semula, saya mula rasa sunyi. Tapi, elok juga Allah ambil mereka semua, sebab mereka semua itu tidak sesuai untuk saya, sayang dan cinta saja tidak cukup, perlu ada 'chemistry' untuk mengikat, sesuatu yang tidak pernah saya temui dalam mana2 lelaki yang hadir dalam hidup saya sebelum ini. Baiknya, saya juga menjadi rapat dengan keluarga dan kawan2, saya jadi favourite partner bila mahu hang out, sebab tidak terikat dengan teman lelaki yang 24jam mahu saya ada di matanya. Gila! Saya pun gila juga dahulu, sebab terikut2 kegilaan cinta gila mereka..

Thursday, November 18, 2010

Berkorban Apa Sajaaa.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Menyambut Hari Raya Aidiladha di bandaraya KL bukanlah sesuatu yang patut saya banggakan, lebih2 lagi saya tidak dapat bersolat sunat aidiladha kerana malu punya pasal. Malu kerana saya rasa sebagai seorang wanita Islam, tanpa ditemani muhrimnya, maka tidak patut saya melangkah ke surau berhampiran rumah saya itu, kalau solat tarawikh itu lainlah, kerana saya uprak2 budak2 rumah saya untuk berjemaah sekali, berbeza dengan Hari Raya Aidiladha ini, seorang osmet dah pulang ke kampung, seorang lagi sudah punya perancangan sendiri, maka saya hanya menangis sahajalah di dalam bilik sambil menghayati laungan takbir yang jelas kedengaran. Teringat ibu di kampung, teringat arwah bapak, dan teringat arwah Jackal yang menipu saya pada hari raya haji tahun lepas juga..cheh! kasi putus gambar sahaja... Hari Raya saya sambut dengan acara mencuci bilik air, dan mencuci pakaian yang berkilo2 banyaknya di dalam baldi. Nasib baik saya ini memang jenis yang tak suka merendam pakaian, kalau tidak arwah la agaknya baju2 saya tu.

Sedang leka mengemas, baru teringat hendak memasak samting spesel, ya, ada ikan Talapia saiz L di dalam peti sejut, mula tu ingat hendak masak daging blackpaper, tapi sebab kebulur tahap naga berapi, maka saya batalkan niat murni itu, alah, makan ikan goreng cicah kicap berlada pun alright juga pagi2 raya neh, kan? Sedang leka mencuci pinggan mangkuk yang berbaki sedikit di dalam sinki, saya tiba2 terperasan suatu kejadian aneh terhadap ikan goreng yang manja di dalam kuali itu...Minyak agak malas hendak mendidih, nasik yang cuma segenggam beras itu juga agak kurang rajin mendidihnya. Ya ampunnn!! Gas abes rupanya..!! halamak...ini sudah kira emergency, teringat petua emak, kalau gas ala2 nak habis tu, kasi baringkan tong gas, sebab dengan cara itu api akan kembali menyala dengan berbekalkan sisa2 gas yang ada. Entah engineer mana yang ajar emak, saya ikut sahaja....nasib baik berkesan, walaupun hanya nasik yang sempat masak, ikan pula terpaksa saya pindahkan ke dalam oven, maka jadik laa ikan separuh goreng, separuh grill. Tadaaaa!!

Lepas makan, saya tido. Bangun tidur, solat, sidai pakaian dan masukkan basuhan kali kedua dan tido lagi..bangun solat fardhu asar dan mula ingat nak tidur, haishhhhhhhhhhh....tak boleh jadi...harus lakukan sesuatu aktiviti...apa ya..?? owwh....saya boleh main mekap2...eheheh...terlupa pula saya memang suka menconteng mekap ke wajah yang tak sepertinya ini..main mekap2, dan sambung mengemas dapur yang sudah macam kawasan hutan simpan itu...dan terfikir, apa ke pelik cara saya menyambut hari raya neh, mengemas dapur dengan mekap yang layak ke acara annual dinner lagaknya...keh..keh....keh....

Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya beraya di perantauan, seingat sayalah. Sedih tak usah cerita, bayangkanlah tengok cerita Spongebob pun saya rasa hendak mengalir airmata. Lain kali tobat, tak mahu lagi cuba2 tidak pulang beraya di kampung, kerana beraya seorang diri di perantauan umpama makan nasik dengan cuka..walaupun kenyang tapi rasanya tak sedap...kan? kan? kan?

Monday, November 8, 2010

Nota Satu: Di Bulan November

Jam sudah menunjukkan pukul 3.06pm, mata berpinar2 memandang skrin laptop kecit, kad nama masih belum siap saya kemaskini, iyalah, MJ balik dari KLCC hari tu, ceria sungguh dia bertukar2 kad perniagaan tanpa mengambil kira siapa yang perlu memasukkan data2 itu ke dalam sistem. Itupun bilik dia macam tongkang pecah, saya belum sempat kemas lagi. Cenderahati Royal Selangor dah hampir penuh satu almari. Lain kali cubalah bagi cenderahati berupa kain pasang ka, voucher CD ka,tiket wayang ka.. takde lah penuh almari dia kerana boleh diberikan kepada saya..keh..keh..keh..

Terpandang kad nama kepunyaan Billy Lee, ingatan mula singgah kepada Billy Lee, ejen hartanah sewaktu saya bekerja dengan HBRE dahulu. Teringat kepada MrTCM, kepada CKLeong, kepada Victor Thean, kepada Rachel Wong...kepada teman2 bekerja 3tahun dahulu. Terus terang, saya lebih suka bekerja dengan bangsa Cina, bukan kerana saya ini tidak sedar diri kulit berkarat, mata bulat tapi kerana bangsa Cina ini sangat tekun bekerja, tidak suka jaga hal orang, mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi, dan sungguh, saya kagum dengan bangsa Cina di mana jarang saya temui semangat mereka dalam diri orang Melayu. Saya bukan anti-Melayu, cumanya, saya tidak dapat bekerja dengan baik bila dengan orang Melayu, yang lemah lembut, sopan santun, biar lambat asal selamat dan sebagainya. Kerana jelasnya, saya ini tidak ada ciri2 orang Melayu, kecualinya bab pemalu...keh..keh..keh..

Saya mendapat beberapa ajakan mencuba bidang modelling, tapi saya masih belum mahu lagi. Saya malulah hendak bergaya2 depan camera, hendak pula kalau jurukamera itu seorang lelaki, jadi model tiang letrik boleh la.. Memang ada minat juga untuk mencuba, tapi saya malu. Sebab, saya perhatikan, gadis2 sekarang nama sahaja model muslimah, tapi pakaian tidak muslimah langsung. Apakah bertudung kecit dan menampakkan dada itu dikatakan Model muslimah? Bila tengok Rancangan Gadis Melayu di tv9 itu, saya tepuk dahi dan garu kepala, menggayakan pakaian dalam itu juga dikira sebagai ciri2 gadis melayukah? Nasib baik saya orang jawa.“Hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (24:31)


Bukan niat saya hendak menghina, jauh sekali mengutuk gadis2 itu, tapi saya kasihan dan simpati pada mereka, kerana dikaburi glamour dan wang ringgit, sanggup memperdagangkan maruah sendiri. Nantilah, kalau saya benar2 dapat tawaran pakaian yang mencerminkan wanita Islam yang sebenar, mungkin saya akan bergelar model sambilan pula. Sebab, secara jujurnya, saya sukakan sesuatu yang cantik. :)

Saya bukanlah sempurna, saya tidak menolak kadang2 saya melakukan kesilapan, tapi saya sentiasa berazam tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama lagi. Hairi, sahabat baru saya menasihati saya supaya perlahan2 mengubah diri dan lupakan kenangan silam yang menyakitkan, inshaAllah segalanya akan kembali pulih. Allah menguji kerana mahu menduga keimanan dan mengangkat martabat hambaNya yang terpilih. Jadi kalau saya/kamu diuji, itu tandanya Allah sayangkan kita, kan?

Monday, November 1, 2010

..Entah...!

...Menerima beberapa email dari rakan2 fb bertanyakan kemanakah hilangnya blog comot saya, dan saya jadi pelik kerana jembalang mana pula yang mencurinya, takde benda lain ke nak curi? Entah, gasak tak kesah! Saya menulis juga bukan untuk orang lain, kalau ada yang sudi membaca okeh, kalau tak ada juga tidak apa2.

Seminggu yang berlalu, sungguh panjang dan memenatkan. ACE event berlalu jua, setelah menumpahkan keringat dan airmata bergelen2 banyaknya. KLCC umpama rumah puaka untuk seminggu yang sudah, rasa tak mahu lagi memijak lantainya. Sempat pula mengumpul peminat2 cilik, adik2 dari beberapa sekolah di sekitar lembah kelang, pelajar2 kolej boleh tahan beraninya, mengurat saya yang sudah sama usia dengan makcik2 mereka..hahahha~ Kini, kembali ke pejabat, kerusi oren dan skrin VAIO ini menjadi teman kembali. Esok, delegasi dari US dan Singapore akan tiba untuk EO event pula. Terfikir, saya ini kerja dengan kampeni event ke hapa?

Saya perlukan rehat. Tahun ini, saya belum ke mana2 lagi, tahun lepas berjalan sakan, tahun ini berkurung sahaja di rumah. Terpandang kalendar di atas meja, rupanya Jumaat ini hari cuti umum, ada 3hari cuti, hendak ke mana yaaa...?? Bukit Tinggi? Kuala Gandah? Zoo Negara? hahahah...~

Dua tiga hari ini mata kanan saya asyik gatal2 sahaja, terkedip2. Orang kata, orang yang saya nak sangat jumpa sedang tercari2 saya, saat ini, saya hanya mahu berjumpa Jamal Pak Tongko sahaja, kalau benar dia tercari2 saya, memang saya hendak lempang siku dia kerana lembap sangat. Kan dia ada no handphone saya, telefon sajalah! Saya geram juga dengan Jamal Pak Tongko ni, hari itu saya hantar meses kat kat dia, saya tulis: Nenongg! Nenongg! Nenongg! dan dia balas: ada apa? dewasa sikit boleh tak??..perghhhh!! Jual mahal ya? Sajalah saya hantar meses itu nak tengok reaksi dia, kalau dia pun balas nenong! nenong! jugak, maknanya peluang cerah, kalau dia tak balas, maknanya dia masih marah, ini, kalau dia balas ayat kurang asam gelugor macam di atas itu, memang nak minta pelempang agaknya! Takpe..Takpe..ada ubi, ada batas, boleh tanam keledek, kentang dan sayur gagan jugak!


Saya sebenarnya tidak tahu mahu menulis apa, kerana terlalu banyak yang mahu dicoret, tapi tidak tahu mahu bermula di mana. Petang sikitlah, mungkin idea datang hendak bermadu asmara, bolehlah saya tulis lagi.
 

©2009 -Kerana itu Aku- | by TNB