...Menerima beberapa email dari rakan2 fb bertanyakan kemanakah hilangnya blog comot saya, dan saya jadi pelik kerana jembalang mana pula yang mencurinya, takde benda lain ke nak curi? Entah, gasak tak kesah! Saya menulis juga bukan untuk orang lain, kalau ada yang sudi membaca okeh, kalau tak ada juga tidak apa2.
Seminggu yang berlalu, sungguh panjang dan memenatkan. ACE event berlalu jua, setelah menumpahkan keringat dan airmata bergelen2 banyaknya. KLCC umpama rumah puaka untuk seminggu yang sudah, rasa tak mahu lagi memijak lantainya. Sempat pula mengumpul peminat2 cilik, adik2 dari beberapa sekolah di sekitar lembah kelang, pelajar2 kolej boleh tahan beraninya, mengurat saya yang sudah sama usia dengan makcik2 mereka..hahahha~ Kini, kembali ke pejabat, kerusi oren dan skrin VAIO ini menjadi teman kembali. Esok, delegasi dari US dan Singapore akan tiba untuk EO event pula. Terfikir, saya ini kerja dengan kampeni event ke hapa?
Saya perlukan rehat. Tahun ini, saya belum ke mana2 lagi, tahun lepas berjalan sakan, tahun ini berkurung sahaja di rumah. Terpandang kalendar di atas meja, rupanya Jumaat ini hari cuti umum, ada 3hari cuti, hendak ke mana yaaa...?? Bukit Tinggi? Kuala Gandah? Zoo Negara? hahahah...~
Dua tiga hari ini mata kanan saya asyik gatal2 sahaja, terkedip2. Orang kata, orang yang saya nak sangat jumpa sedang tercari2 saya, saat ini, saya hanya mahu berjumpa Jamal Pak Tongko sahaja, kalau benar dia tercari2 saya, memang saya hendak lempang siku dia kerana lembap sangat. Kan dia ada no handphone saya, telefon sajalah! Saya geram juga dengan Jamal Pak Tongko ni, hari itu saya hantar meses kat kat dia, saya tulis: Nenongg! Nenongg! Nenongg! dan dia balas: ada apa? dewasa sikit boleh tak??..perghhhh!! Jual mahal ya? Sajalah saya hantar meses itu nak tengok reaksi dia, kalau dia pun balas nenong! nenong! jugak, maknanya peluang cerah, kalau dia tak balas, maknanya dia masih marah, ini, kalau dia balas ayat kurang asam gelugor macam di atas itu, memang nak minta pelempang agaknya! Takpe..Takpe..ada ubi, ada batas, boleh tanam keledek, kentang dan sayur gagan jugak!
Saya sebenarnya tidak tahu mahu menulis apa, kerana terlalu banyak yang mahu dicoret, tapi tidak tahu mahu bermula di mana. Petang sikitlah, mungkin idea datang hendak bermadu asmara, bolehlah saya tulis lagi.
Monday, November 1, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment