Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Menyambut Hari Raya Aidiladha di bandaraya KL bukanlah sesuatu yang patut saya banggakan, lebih2 lagi saya tidak dapat bersolat sunat aidiladha kerana malu punya pasal. Malu kerana saya rasa sebagai seorang wanita Islam, tanpa ditemani muhrimnya, maka tidak patut saya melangkah ke surau berhampiran rumah saya itu, kalau solat tarawikh itu lainlah, kerana saya uprak2 budak2 rumah saya untuk berjemaah sekali, berbeza dengan Hari Raya Aidiladha ini, seorang osmet dah pulang ke kampung, seorang lagi sudah punya perancangan sendiri, maka saya hanya menangis sahajalah di dalam bilik sambil menghayati laungan takbir yang jelas kedengaran. Teringat ibu di kampung, teringat arwah bapak, dan teringat arwah Jackal yang menipu saya pada hari raya haji tahun lepas juga..cheh! kasi putus gambar sahaja... Hari Raya saya sambut dengan acara mencuci bilik air, dan mencuci pakaian yang berkilo2 banyaknya di dalam baldi. Nasib baik saya ini memang jenis yang tak suka merendam pakaian, kalau tidak arwah la agaknya baju2 saya tu.
Sedang leka mengemas, baru teringat hendak memasak samting spesel, ya, ada ikan Talapia saiz L di dalam peti sejut, mula tu ingat hendak masak daging blackpaper, tapi sebab kebulur tahap naga berapi, maka saya batalkan niat murni itu, alah, makan ikan goreng cicah kicap berlada pun alright juga pagi2 raya neh, kan? Sedang leka mencuci pinggan mangkuk yang berbaki sedikit di dalam sinki, saya tiba2 terperasan suatu kejadian aneh terhadap ikan goreng yang manja di dalam kuali itu...Minyak agak malas hendak mendidih, nasik yang cuma segenggam beras itu juga agak kurang rajin mendidihnya. Ya ampunnn!! Gas abes rupanya..!! halamak...ini sudah kira emergency, teringat petua emak, kalau gas ala2 nak habis tu, kasi baringkan tong gas, sebab dengan cara itu api akan kembali menyala dengan berbekalkan sisa2 gas yang ada. Entah engineer mana yang ajar emak, saya ikut sahaja....nasib baik berkesan, walaupun hanya nasik yang sempat masak, ikan pula terpaksa saya pindahkan ke dalam oven, maka jadik laa ikan separuh goreng, separuh grill. Tadaaaa!!
Lepas makan, saya tido. Bangun tidur, solat, sidai pakaian dan masukkan basuhan kali kedua dan tido lagi..bangun solat fardhu asar dan mula ingat nak tidur, haishhhhhhhhhhh....tak boleh jadi...harus lakukan sesuatu aktiviti...apa ya..?? owwh....saya boleh main mekap2...eheheh...terlupa pula saya memang suka menconteng mekap ke wajah yang tak sepertinya ini..main mekap2, dan sambung mengemas dapur yang sudah macam kawasan hutan simpan itu...dan terfikir, apa ke pelik cara saya menyambut hari raya neh, mengemas dapur dengan mekap yang layak ke acara annual dinner lagaknya...keh..keh....keh....
Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya beraya di perantauan, seingat sayalah. Sedih tak usah cerita, bayangkanlah tengok cerita Spongebob pun saya rasa hendak mengalir airmata. Lain kali tobat, tak mahu lagi cuba2 tidak pulang beraya di kampung, kerana beraya seorang diri di perantauan umpama makan nasik dengan cuka..walaupun kenyang tapi rasanya tak sedap...kan? kan? kan?
Thursday, November 18, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment