Thursday, November 17, 2011

...I Am Single...

Semalam, 16 November 2011 menjadi tarikh keramat kerana aku telah 'bercerai' dengan Panglima pujaan hatiku. Masalahnya adalah kerana aku tahu, perhubungan ini tidak punya arah. Aku dengan cara aku, dia dengan caranya, kami masing2 menegakkan kebenaran di pihak kami, walau dia memujuk aku agar bersabar, agar faham keadaan dia, tapi aku tak mahu. Kenangan terlalu sakit dan perit, dan aku terlalu lemah untuk melalui semua itu sekali lagi. Cincin pemberiannya juga masih kusarung ke jari manisku, tapi ertinya sudah tidak ada lagi. Aku telah melepaskan Raja Hatiku yang bertaut dengan semangat perjuangan agamaku dek kerana keadaan yang terlalu memaksa. Aku single sekarang, tapi aku tetap merasakan aku masih mencintainya.

Dia masih tetap berlagak seperti tidak ada apa2, bila aku suarakan mahu jual cincin pemberiannya untuk disedekahkan pun, beliau okeh saja. Hmmm...nampak sangat aku yang terlalu bermain dengan perasaan. Aku yang sedih separuh nyawa, tapi dia biasa2 aja. hmmm...hmmm...hmm...

Dia baru saja called, aku masih belum delete nombor telefonnya, masih tertera 'My Baby' bila nombornya cuba menghubungi talianku. Kutanya, okeh ke? dia jawab Okeh je. Kucuba lagi, siyes ke okeh? dia jawab, ya, okeh. Hey, aku mahu kau jawab kau tak okeh dan berharap kita boleh bersama semula, takkan itu pun kau tak tahu???

Kumasih ingat lagi tangisannya syahdu kami semalam, dan nasihat2 yang mencarik2 hatiku, dan makanan kegemarannya, dan baju yang selalu dipakainya bila menemui aku. Aku ingat semuanya, aku ingat matanya, aku ingat putih kulitnya, aku ingat hidung mancungnya, dan kumasih ingat bibir nipisnya. Aku rindu semua itu, aku rindu matanya yang merenung aku, aku rindu suaranya yang selalu meninggi bila aku mula berperangai pelik. Aku rindu semuanya.

Aku ingat semuanya, aku ingat ketinggiannya, aku ingat size kasutnya, aku ingat size baju dan seluarnya, aku ingat senyum bibirnya bila terhibur dengan gelagatku. Aku ingat semuanya...

Arrrghhhh....~ aku sasau. Memang benar aku sasau, tapi sudah tertulis begitu, apa lagi yang mampu? Apa? Mahu melutut meminta maaf kepadanya? Mahu merendahkan ego dan merayu diterima semula?? Maaflah, aku tidak akan berbuat begitu, kerana inilah aku, dulu kini dan selamanya!


Hey! Kamu balik sini boleh tak???? Jangan tinggalkan aku...!!!!

Thursday, October 13, 2011

...Post Ini Untuk Sahabat-Sahabat Sukaki/YS

Aku tiba-tiba rasa macam nak menggunakan perkataan 'aku', sebab kali ni aku nak menulis tentang Sukaki/YS. Sebenarnya, nick 'marszsyifa' ni aku create sewaktu aku join satu web yang diberi nama YouthSays pada tahun 2008. Tapi time tu aku tak minat langsung nak bukak web ini sebab asyik kena tipu je, kata nak bagik aku duet kalau jawab soalan, jawab punya jawab, aku dapat RM2.50 je sampai sekarang ni. Nak aje aku pulangkan RM2.50 tu dan tambah lagi RM2.50 dan baling kat muka orang yang heret aku join web tu. Tah hapa2. Tapi yang manis tentang YouthSays adalah aku mengenali orang2 yang cukup aku ingati dan aku sayangi sehingga ke hari ini. Aku mulakan dengan memperkenalkan seorang demi seorang, bermula dengan yang paling aku sayang... :):-

1) The Jackal: nama sebenar beliau adalah Mohd. Azar bin Azami, berketinggian 185cm dengan berat badan yang berubah mengikut suhu keadaan cuaca. Mula2 aku jumpa Jackal adalah pada first gathering YS yang berlangsung di Damansara. The Jackal neh, agak pelik sedikit perangainya, kerana di samping tak suka campur orang, dia juga suka carik pasal dengan orang. dia suka makan tempe goreng rempah dan sambal kicap yang dimasak oleh aku, dan dia juga suka makan kuah lodeh tak kira siapa yang memasaknya. Beliau dilahirkan pada 5 Mac 1983, dan 7 hari kemudian aku pula dilahirkan. Eleh sebenarnya beliau tu saja je nak lahir2 sama bulan dengan aku.

2) AbbyNita: Nama sebenar beliau adalah Noranita binti Zainal Abidin, lahir pada 3 April 1983, mempunyai dua orang anak dan nama suami beliau adalah berubah mengikut keadaan, ini kerana suami beliau agak glamer orangnya. Aku rapat dengan Abby sebab sewaktu aku buat kuiz meneka umur aku, dia laa yang berjaya meneka dengan tepat sekali teka je. Abby ni dia macam ada persamaan dengan aku, iaitu boleh membaca karekter orang. Abby orang Perak, dan aku sangat sayang Abby kerana dengan dia, aku belajar tentang hakikat kehidupan dan jugak belajar membuat kueh.

3) Afsarudy: Nama beliau adalah Mohd. Afsarudy, tapi aku punyalah nakal, dok panggil dia Saru, sampai marah kawan tu. Beliau pun lahir sama tahun dengan aku, abby dan Jackal, tapi aku tak tahu exact birth date dia. Saru orang Terengganu, sangat pandai melukis dan kelihatan agak kacak dari jauh, dari jauh je laa ya...Saru neh tegas dan pelik sikit orangnya, tak silap aku dia neh anak bongsu dari lima beradik. Persamaan beliau dengan The Jackal adalah selain daripada kedua2 makhluk ini adalah lelaki, keduanya juga telah mengisytiharkan bercinta maut dengan Gundam.

4) Jo Qusary: Puteri Nur Josephine Rusaimah Jaseer, betul ke nama penuh beliau yang ini? Entahlah, aku harap betul laa kerana aku tak sanggup dipijak oleh kasut beliau yang bersize 10 itu. Hmmm...dulu aku ingat Jo Qusary ni sombong, sebab dia golongan educated yang exclusive, tapi bila aku kenal dia melalui penulisan dan hasil seni dia, dapat aku rasakan keunikan manusia asperger ini. Aku sangat respect beliau di atas ilmu yang beliau ada, dan aku juga suka baca tulisan beliau tatkala beliau mengamuk. Memang syok!

5) Kaze: Tak silap aku nama dia Norhasikin, tapi nama penuh aku tatau. Dia ni antara pioneer Ys time gila2 dulu, mungkin kerana beliau benar2 gila.hahahha~ sorry, gurau je. orang Johor, Parit Raja, aku tak tahu kat mana silapnya perhubungan aku dengan dia, tapi kami dah lost contact hampir 2tahun. cuma baru2 aku jumpa dia kat umah Abby time bukak puasa. Aku takde laa rapat dengan dia, cuma aku ingat dia neh antara pioneer yang menceriakan dunia YS dulu.

6) sulie: Norsuliza Samsudin, sebaya dengan aku, sekurus dengan aku, tapi dia ngelat sebab tinggi sikit dari aku. Lawan tokey betol la. Dulu masa mula tu aku ingat Sulie neh lelaki, bigor kan aku neh..? Mula tu aku ingat Sulie nak usha aku jadi awek dia sebab dia rajin benor menghubungi aku. Rupanya air yang tenang jangan disangka takde sirap, sulie yang berasal dari Terengganu ini perempuan rupanya. Caitt~

7) Asrey: hhahhah...aku tak tahan laa nak bercerita pasal asrey yang kupanggil serey ini. Beliau neh selain dari bermuka seposen, kadang kala bermuka tembok juga. Serey neh agak kelakar orangnya, tapi entahlah apa yang terjadi, aku macam jadi jauh sangat dengan dia. Dia suka panggil aku cipa. palaotak tol...hahahah~

8) Ipen: Malas aku nak cakap pasal ko Pen, tapi aku tau, kalau ko takde, tak berseri dunia YS dulu. Ipen neh sangat ekstrem lawaknya, kadang2 tu aku rasa beliau neh ada genetic Aziz Sattar. Tapi mungkin beliau tak hensem macam Aziz Sattar kot..hahahh~

9) Raden: budak pompuan neh dulu time mula2 masuk forum habeh semua orang diajak bertomoi lidah. dengan aku2 sekali kena. Mula tu aku ingat beliau kekurangan kasih sayang, tapi rupanya cenggitu cara beliau nak carik kawan. Unik, bukan?

10) Ana: Rezana Rumyanis, manis dan lemah lembut budaknya, tapi kadang2 tu kena cakap seratus kali dengan beliau baru beliau paham. Ana orang Perak, dia baik budaknya, kalau dia tak blur, dah lama aku offer jadik bini sepupu aku yang ada kat overseas tu. hmmm..

11) Art-min: aku tak rapat sangat dengan art-min neh, sebab tah napa tah. Tapi art-min neh baik, dan sopan santun orangnya.

Vale Oc, Jebat, AppleDrop, and the rest, aku bukan taknak tulis tentang korang, tapi kalau aku tulis pun bukan korang baca, kan? Aku cuma nak cakap kat sini, tak kira apa pun yang berlaku, aku bersyukur dianugerahkan sahabat2 seperti korang semua, yang walaupun ada macam2 kepala tapi bila bab merapik semua jadi satu kepala. Aku sangat rindukan kenangan waktu dulu2. Aku tertanya2, kalau kita buat gathering hujung tahun 2011 neh, ada harapan tak perhubungan yang terputus ini terjalin semula..? aku ingin tahu....

Monday, October 10, 2011

..hari baru, azam baru...

Sukahati Syifa laa nak berazam pada 10 Oktober 2011 @ 1pm ini, Syifa tau nanti ada je yang kata "pehal bigor benor dak Syifa neh berazam dekat2 nak hujung tahun pulak dia". Suka Syifa ingatkan di sini ya, Syifa berazam neh tak mintak pun pemadam getah sesiapa, apa lagi pinjam beskal orang lain, jadi jangan pertikaikan kenapa Syifa berazam pada tarikh dan waktu seperti yang dinyatakan di atas. Harap maklum!
Syifa asyik tersenyum2 je dua tiga hari ni, semakin comel pula rasanya diri ini bila dicintai oleh orang yang mencintai diri ini, walau dugaannya masyaAllah, tak dapat nak dituliskan di sini, tapi Syifa rasa sangat bersyukur kerana dianugerahkan rasa kasih dan sayang yang suci dan inshaAllah abadi ini. Syifa nak cakap kat sini "Syifa sangat2 sayang dan cintakan makhluk yang bernama lelaki itu...". Alahai, malu2 tenuk pula Syifa dibuatnya, Syifa tak dapat nak sebut nama orangnya, sebab sebagai gadis yang pemalu, sopan santun dan jalan tunduk di hadapan orang tua, Syifa rasa tak manis kalau Syifa yang beriya2, karang tak jadi, nak sembunyi muka di mana..? Dalam guni bawang ke..?
Semalam Syifa jumpa dia, Syifa makan dengan dia, Syifa bertinju dengan dia(sebenarnya, galok je lebih, tinjunya sikit aje..), Syifa tenok matanya, dia pun sama. Ish, tak dapat nak digambarkan bagaimana perasaan ketika itu, kalau tak diingat Syifa ini wanita Islam, mahu rasanya Syifa sekeh dia di situ juga. hahahaha~
Syifa minta maaf ya, Syifa tahu, ramai rakan2 di FB yang menaruh hati pada Syifa, pernah offer itu ini kat Syifa, tapi Syifa memang tak terbuka hati pada yang meng-offer tuh. Bukan sebab Syifa ni berlagak ke apa, tapi mungkin kerana tulang rusuk kita tak sama... Mungkin saja...Syifa pun dah berfikir panjang, sampai bila Syifa nak fobia dengan lelaki, arwah bapak, abgLong dan AbgNgah lelaki, habis takkan dengan mereka pun Syifa nak fobia juga..?
Syifa rasa nak kawen laa..Syifa tahu, si dia yang dimaksudkan membaca catatan ini, kerana sungguh Syifa terkejut, dia ikuti perkembangan Syifa juga rupanya. Macam manalah Syifa tak rasa macam budak perempuan 17tahun baru nak dapat boipren, dia itu nampak saja kayu, tapi boleh tahan romantik juga. Agaknya, kalau Syifa buat kopi campur garam pun dia minum saja tanpa banyak cekadak, kot..?
Tahun ini Syifa sudah 28tahun (tapi, dengan penuh ego dan takbur Syifa nak bagitau, ada saja yang selalu teka umur Syifa ini 23tahun), tahun hadapan sudah 29tahun. Cantik angka 29 tu, kan? :). Mak, kawenkan Syifaaa..~
Tak tahulah bila lagi dapat bersua dengannya, kerana Syifa merancang, Allah juga merancang, dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Syifa tahu, Syifa sayangkan dia, tapi Syifa tak tahu sedalam mana sayangnya dia pada Syifa.
Syifa harap, Jo Qusary juga akan lekas2 bertemu jodohnya, kerana manusia perempuan itu selalu saja lari dari perasaannya, sedang Syifa tahu, hatinya sudah di curi jejaka ituuuuu... ;)

Syifa pernah menangis berhari-hari kerananya, Syifa pernah sakit berminggu-minggu kerananya, Syifa pernah minta Allah bunuh dia dari ingatan Syifa, tapi bila dia datang lagi, Syifa tak tahu apa yang Syifa patut buat, selain dari berserah kepada Allah...KakSyu, I Love You.... ;)

Tuesday, July 26, 2011

...Syifa Tahu...

Syifa tahu,
Syifa tak pandai, Syifa belajar sampai takat Diploma je, lulusan UiTM, course yang Syifa attended pun bukan killer course, Syifa bukan anak orang kaya, Syifa baru dua kali naik kapalterbang (dan Syifa masih ingat, Syifa tak reti pakai seat belt kapal terbang tuh). Dan Syifa juga orang kampung, keluarga Syifa biasa2 sahaja, Bapak pun dah tak ada, tinggal Mak dan adik-beradik je.

Syifa faham, Syifa ni bagai beskot meri je, ada ke tak ada ke sama aje, Syifa bukan cantik pun, Syifa cuma anak Jawa kelahiran Muar, kulit berkarat dengan lumpur dan tanah gambut, Syifa sedar semua tu. Bukan Syifa mengada-ngada nak demand itu ini, tapi kadang-kadang Syifa ni memberontak juga.

Tapi, patut ke Syifa dilayan sebegini? Jahat sangat ke Syifa ni? Syifa tahu, Syifa tak sempurna, Syifa bukan lahir2 je terus jadi Syifa yang hari ini. Syifa dulu lost juga, Syifa dulu ganas juga (sekarang pun ada sisa2 ganas juga, tapi dah tak banyak dah), kenapa tak boleh terima keadaan Syifa ni dan terus nak ubah Syifa ikut acuan yang memeningkan kepala?

Syifa memang ada niat nak jadi baik, solehah, sopan santun dan lemah lembut, tapi faham tak benda tu bukan mudah nak buat? Bukan Syifa tak cuba, tapi beribu kali mencuba pun masih tetap gagal juga. Kadang-kadang Syifa penat juga tau..Syifa bukan robot, tapi kereta Syifa nama Optimus Prime.

Syifa cuma mampu minta maaf je, dan perbaiki lagi apa2 yang kurang. Kalau nak tinggal Syifa, tinggal laa..selama 28tahun ni, Syifa hidup seorang diri juga....

Monday, June 20, 2011

...Aku Sombong..

Hari ini, aku telah dituduh dengan tanpa segan silu dan tanpa prejudisnya sebagai seorang yang sombong. SOMBONG tahu tak?? Sombong, bukan serombong, bukan lombong!! Sungguh tidak adil, kerana aku tak faham apa definisi sombong kepada makhluk yang menuduh aku tuh. Aku bukan sombong, cuma kalau perkara tu tak berkaitan dengan aku, orang tu aku tak kenal, aku malas nak bertegur sapa. Macam mana aku nak cakap ya? Kiranya, aku jenis yang tak suka campur hal orang. Itu pun masuk kategori sombong ke? Aku hanget betul. Nak aku ramah macam mana lagi? Kalau beramah-tamah dengan perempuan, karang dikatanya aku gedik, kalau beramah-tamah dengan lelaki nanti dikatanya aku gatal. Abeh, reaksi bagaimanakah aku harus lakonkan? Binawe betul laa..Rasa nak sumpah je orang tu jadi batu giling, pastu aku buat baling anjing.

Aku memang laa tak berapa nak penyabar, tapi sombong, tidak sama sekali. Aku boleh bertepuk tampar lak dengan kakak-kakak cleaner tu, tak jadi apa pun. Itu namanya apa? Sombong ke tombong?

Brader tu pulak cakap, aku tak reti nak sorokkan riak wajah kalau aku tak suka orang tu. Ni lagi satu bahalol! Abeh aku dah tak suka, nak suruh aku suka ke hapa? Aku tak buat apa-apa pun, aku cuma diam dan buat hal aku itu pun jadik isu ke? Pagi ni pulak, tah macam mana aku tersedar dah pukul 7.40am. Penangan ubat batuk yang macam tahapatah tu la, minum sikit je, dia punya mengantuk sampai terbabas aku dibuatnya. Aku touch-in pukul 8.57am, aku ingat before 9 kira okeh laa kan? sebab polisi kata aku touch in kul 9am, aku balik kul 6pm. Pastu aku kuar balik gi mekap kat toilet. Mana laa aku tau, aku kena masuk dulu tunjuk muka penyet kat office mate yang 'baik-baik' belaka tuh dulu before gi mekap. Sumpah, aku tak tahu. Kena sound lagik. Addoii..mau terkopak telinga aku neh kalau asyik kena balun je macam neh.

Aku rasa macam nak menangis je. Apa laa dosa aku kat derang semua-semua neh..? Pelik aku, takkan sebab takleh pakai 3inches high heels sambil catwalk macam aku membuatkan derang jadi bingai sebegitu?

HARAP-HARAP AKU DAPAT LAA KERJA BARU CEPAT-CEPAT..AKU NAK TINGGALKAN TEMPAT NI SECEPAT MUNGKIN..!

Monday, June 13, 2011

...Ini Bukan Salah Aku...

Benda dah pun terjadi, kenapa kau nak salahkan aku?? Kau stressed, abeh aku?? Kau sakit, abeh aku?? Kau tersepit, abeh aku??? Kenapa kau tak fikir semua ini sebelum kau patrikan janji yang satu?? Sekarang, bila kita sama-sama tersengkak dalam keadaan, kau nak blah semudah itu?? Apa hak kau nak buat aku macam tu??
Aku tahu, tiap saat kau rindukan aku, aku tahu tiap detik kau berharap dapat membawa aku dalam genggaman asmaramu, tapi kau tak tahu, semua itu hampir mustahil bila situasi semakin menjerat! Kau tak boleh lepas macam tu aje, paling kurang, kau kena berhadapan dengan aku dan itu yang pasti tersurat!
Memang, aku tak sangka semua ni akan jadi begini, aku datang dengan tujuan yang satu, tapi kau dengan tanpa rasa bersalah telah melontar kita ke dalam ruang yang sama! Kau tak adil! Kau hanya mahu aku pergi, kau hanya mahu aku lari, dan kau masih mahu berdiri sendiri. Sungguh tidak adil!
Bagaimana kau mampu lontarkan renungan itu? Bagaimana kau sanggup melempar aku sendiri?? Kau kejam!
Nasib baik aku sayang kau, nasib baik, sedikit cinta aku sudah kuberikan kepada kau, maka aku tidak mampu melihat kau terseksa lagi. Tapi kita sudah bermula, mana mungkin kita mengganggap semua ini bagai tidak pernah ada apa-apa??
Kalau ikutkan, mahu sahaja aku lari, mahu sahaja aku tinggalkan semua ini, tapi itu tandanya aku kalah, itu tandanya aku akan terus menanggung kesedihan! Tidak, kau yang pernah bermula, jadi kau yang harus menamatkannya. Maaf, mungkin aku terlalu mencintaimu makanya aku tidak upaya melepaskan kau pergi, tapi untuk berundur dari segalanya yang aku ada, itu MUSTAHIL namanya!!
Aku mampu berlakon sepanjang hari, aku mampu mengoyak tiap degup jantungmu,ya, aku mampu tapi mampukah kau bersaing dengan aku?? Memang aku sayangkan dirimu, memang sudah ada namamu di hatiku, tapi aku bukan lemah seperti dulu, kau yang bersalah, kau yang memulai segalanya, dengan terhormat, silakanlah engkau menamatkannya!!

Monday, June 6, 2011

...Ini Untuk Jo Qusary...

Sudah hampir lapan bulan saya langsung tidak meletakkan apa-apa update dalam blog ini, saya kesibukan dan kesempitan waktu. Segalanya terasa menyempit dan menyemak, lantas menggeronjos setiap ruang yang ada, saat itu meraung pun tidak ada gunanya.

Saya mencuri masa 10minit dari waktu bekerja saya hari ni, kerana saya terasa mahu menjadi stylo, walau saya tahu, stylo itu ibarat makan nasi impit kuah kacang di tengah hari, sangat jarang-jarang saya lakukan. Ini semua sedari Jo Qusary si gadis misteri itulah. Ada ke patut diletakkanya eye-color in2it yang sangat shekshi pada pandangan mata saya dalam acara kuiznya. Soalannya mudah: kenapa saya membaca blog Jo Qusary?

Jawapan: kerana kamu Jo.. saya membaca blog kamu hanyalah kerana kamu..tidak ada jawapan lain, kerana keunikan kamu yang ada, walau kita tidak pernah berjumpa.

Ya, saya tahu jawapan saya tidak stylo, tapi saya tidak pandai merapu yang tidak-tidak, dan saya juga bukan hantu kopi, kasut saya juga bukan size 10, saya tidak ada syndrome asperger, saya hanya menjadi saya seperti Jo Qusary menjadi dirinya sendiri...(ya, kadang-kadang dia menyamar menjadi kulapuk roti, tapi tidak apa-apa, ada kala saya juga menyamar menjadi klip rambut berbentuk rama-rama)

Okeh, waktu 10minit yang saya curi sudah tamat, saya mahu sambung buat kerja. Ya Allah, cepatnya masa berlalu dan kerja saya masih berada di takuk lama, beranjak jugalah setapak dua...hmmm~
 

©2009 -Kerana itu Aku- | by TNB