Monday, August 30, 2010

...Mari Berniaga..

Saya semakin risau kerana terasa diri ini dimanjakan tanpa sebab di office baru ini. Mr J selalu kata "Good job done, Mas.." walaupun saya cuma menghantar reminder comel kepada kpmg berkenaan mesyuarat yang saya aturkan terlebih dahulu. Saya risau bukan takut dituduh kaki bodek boss, tapi kerana saya takut saya tidak berkembang pesat di sini. Kalau nak dibandingkan dengan DannyBoy, Mr J agak muda usia dan muda juga pengalamannya, jadi saya perlu buat sehabis pro bila bekerja bersama Mr J. DannyBoy itu memang agak jepun orangnya, disiplin diri yang tinggi dan saya sudah terbiasa datang awal sebelum 8.30pagi ke pejabat. Tapi, environment di sini sangat berbeza, masuk kerja sukahati, balik kerja pun sukahati..Mr J sendiri cuma akan tiba di pejabat pada jam 9.30pagi, hari itu lagi selamba, dia masuk pukul 10pagi. Entahlah, saya risau, saya tidak mahu jadi manusia yang tidak berdisiplin, saya mahu datang awal, siapkan kerja mengikut dateline, dan bekerja dengan ikhlas. Saya gembira di sini, cuma saya tak selesa dengan waktu bekerjanya. Apa pun, saya selesa dengan facilities di sini kerana surau di sediakan di setiap tingkat office, memudahkan saya bersolat di awal waktu zuhur dan asar. Memandu pulang juga tidak susah untuk saya, kerana cuma memakan masa 15minit sahaja.

Saya rasa nak lempang supplier ini kerana dia menghantar quotation bertarikh 19 July 2010 sedangkan sekarang kita kini berada di bulan Ogos, quotation itu pula valid dalam 7hari sahaja. Geramnya saya. Saya dah tak larat nak ber-vaio skrin kecit ni, pedih mata saya, makin rabun pula jadinya. Sudahlah dia hendak beri saya letop kaler silver, macam aunty2 sahaja warnanya, lambat pula dia nak jawab call. Sudahlah begitu, lain ditanya, lain pula dijawabnya, kejap kata nak kasi latest model, kejap kata kalau ada stock dia kasi stock lama. Nasib baik saya ini penyabar dan bersopan santun orangnya, maka saya sabar aje lah..

Pihak syarikat benar2 mahu saya jadi sekiteri yang sehat. Disamping medical benefit dan medical card yang saya kira cukup bagus, saya juga dijanjikan kelas kesihatan (gym) secara percuma atau saya boleh ambil mana2 kelas di luar dan claim balik dengan syarikat. Hmm..bagus untuk membina stamina, boleh lah panjat gunung Kinabalu tahun hadapan.. yeahoo!

Tapi, selama mana syarikat mahu menangggung segala cost itu? sebab itu saya mahu bina empayar perniagaan saya sendiri. Sekarang ini sedang berkira2 mahu mencari rakan kongsi 4-5orang dan perniagaan yang saya mahu ceburi adalah berasaskan pendidikan. Ada sesiapa mahu sertai? sila hubungi saya di talian 019-900 0932.

16 comments:

Unknown said...

apasal aku kontek nombor tersebut tidak dapat dihubungi???

aku nak pas belen gaji bulan lapan tahun lepas sebagai tanda rakan kongsi... ishhhh... banyak betul wang juga buleh memeningkan kepala...

Syifa' said...

ipen: kalo ko call dari zimbabwe, kena masukkan code 887, kalo call dari Uganda Barat, masukkan code 90887, tapi kalo ko call dari negeri dibawah bayu, masukkan bisCODE! huh~

Unknown said...

owh... ko xposa ka minta biskut ni??? dah berapa hari ko xposa??? cer habaq habaq mai...

Syifa' said...

Ipen: nyampah kat ko sebanyak namblas dulang! bwekkk!!

Unknown said...

aku balas lapanblas dulang...
ishhhh... ni main balas2 dulang ni cam pelik pulak...

Syifa' said...

Ipen: meh aku tinju dulang siku ko tuh..bulan2 puasa ni kalau tak nyakat aku tak bahagia ka?

Unknown said...

sebenarnya xnyakat ko pun aku dah bahagia... tapi lagi bahagia kalu sakat...

btw ko silap taip... apa itu dulang siku???

warrgggghhhhhhkahkahkahkahkahkah...

Syifa' said...

Ipen: eleh, ko salah baca intonasi tu sebenarnya, aku gunakan kaedah tinju yang amat rare iaitu tinju dulang ke arah siku ko..bak geylang si paku geylang! GEYLANG! Geylang si rama2..(pedulik apa aku kalau ko tak paham)!

Unknown said...

jangan la dikau coba menegakkan benang yang basah... owh...

sekali aku tinju tulang belikat ko... beraya kat sepital ko karang...

miahmiahmiah...

Syifa' said...

eleh tak heran, aku ni urat dawai, tulang besi, tahu??
hahah..selamat hari raya pen..tanduk da servis ka?

Unknown said...

owh... patutpun ku tengok cam sekeping saja...
musti besi dan dawai low end ni...

kahkahkahkahkah... jahatnya aku...

errrrr... selamat hari raya ifa... kehkehkeh...

Syifa' said...

Ipen: bila ko tengok?? hahaha...kantoi..!!

sekali lagi, IFA PALATANDUK LUUUU!!

Unknown said...

ehhhh... bukan aritu ifa dah tunjuk ekkkk... :evil: :evil:

Syifa' said...

ipen: tunjuk mende? tunjuk penempeleng tanpa prejudis ke? :gundurowo! : gundurowo!

Unknown said...

laaaaaaa... tunjuk dawai dengan besi la...

Syifa' said...

a'ah, dawai dengan besi tu buat cucuk tanduk ko buat satay ko pun bagoss!

Post a Comment

 

©2009 -Kerana itu Aku- | by TNB