Tuesday, September 28, 2010

Cawan Kertas Cap Kipas

..peristiwa ini berlaku pada hari Isnin, 27 September 2010 bertempat di kawasan sekitar Komuter Serdang/KL Sentral/Maju Junction/Sg Wang..

Maya Karin sudah nekad, dia harus turun juga ke KL hari ini, kerana kereta perlu dibayar, begitu juga handphone bill yang tersekat2 dan demi mendapatkan binatang peliharaan terbaru iaitu broadband (Maya Karin rasa Celcom sudah mendapat keuntungan besar bila dia melanggan talian mudah alih dan apa salahnya kalau dia tambah lagi keuntungan itu dengan memelihara Celcom Broadband juga).

Komuter Serdang macam hendak mintak penampar petang itu. Hari hujan, orang ramai, kaunter tiket TUTUP! Koret2 duit syiling nasib baik cukup RM2, kata Maya Karin kepada dirinya sendiri walaupun dia tahu dia tidak akan mendapat apa2 feedback pun. Maya Karin berjaya mendapatkan tiket sesudah enam kali memaki hamun tanpa bunyi ke arah mesin tiket yang tidak mempunyai perasaan itu. Mesin itu sangat (*&^%$#@&!! rupanya..

Beratur dan berjaya menaiki komuter tanpa kecederaan fizikal mahupun mental, dapat seat juga. Wah! ini satu pencapaian yang hebat, mesti catat dalam blog ni, kata Maya Karin kepada dirinya sekali lagi. Dalam komuter Maya Karin merasa sangat pelik kepada seorang lelaki yang duduk disebelahnya kerana bercakap kuat2 tentang janjitemu dengan seorang 'datuk', macam hendak minta penyepak siam lagaknya. Macamlah Maya Karin heran sangat, kalau iya pun nak menekel, agak2 laa..Jangan la eksyen sangat, geli pula rasanya. Sesekali lelaki itu bermain2 dengan blackberry Storm di tangannya, macamlah Maya Karin ini spesis jakun tak pernah tahu blackberry itu apa! Malasnya nak pandang..Jauh lagi Bank Negara rupanya.

Entah mengelamun apa, tiba2 Maya Karin rasa dia sampai di KL Sentral dan demi Allah, kalau betullah mata Maya Karin ini masih berfungsi dengan baik (alhamdulillah), maka benarlah apa yang Maya Karin nampak petang itu. Perempuan itu berdiri di hadapan Maya Karin, tapi mungkin dia tak perasaan Maya Karin kerana Maya Karin seorang gadis yang pemalu dan ayu sekali petang itu. Ya, perempuan itu agak rendah orangnya, Maya rasa kalau berdiri tanpa high heels size 7 manakala perempuan itu memakai high heels 3inches pun Maya masih terlalu tinggi berbanding dia. Maya pandang dia dan tersenyum dari jauh, kasihan dia..memang Maya kasihankan dia..ditipu wang ringgit, diperdagangkan cintanya, dihina sebagai 'bapuk' dan macam2 lagi oleh orang yang sangat mendapat kecintaannya. Memang Maya kasihankan dia, dan jauh di sudut hati Maya, Maya mendoakan kebahagiaannya dan biarlah dia mendapat balasan yang seadilnya dari yang Maha Esa di atas segala perbuatannya terhadap Maya.

Tiba-tiba mimpi Maya Karin pada bulan Ramadhan lepas menjelma. Saat itu Senan Kambeng tiba-tiba hadir dalam mimpi, menangis dan menuturkan ini kepada Maya "Abang lapar, kenapa Maya tak bagi Abang makan?". Sumpah, demi Allah Maya terjaga dan beristighfar banyak2. Saat itu teringin sekali menghubungi Senan Kambeng, Maya takut apa2 terjadi kepadanya, sakitkah dia? Nazakkah dia? Tiba2 Maya jadi kasihan sangat padanya, walau Maya tahu, betapa dia banyak melakukan kesalahan, tapi Maya pun salah juga. Yang Maya tinju dia tu kenapa? Entahlah, time itu Maya brutal sangat, mengamuk dan bertinju sahaja, sikit2 tomoi, sikit2 tomoi. Sama2 salah, jadi apa salah kalau kita saling memaafkan? Lagipun, Maya tahu, Allah itu Maha Adil lagi Maha Membalas, biarkan Allah jalankan keadilan dan pembalasan. Maya duduk diam2 dan berdoa sahajalah. Boleh kan, Maya?

Maya tersentap bila komuter berhenti di Stesen Bank Negara. Perempuan itu meneruskan perjalanan, Maya turun di situ dan dalam hati Maya berkata "semoga akak mendapat pasangan yang dapat membimbing akak ke syurga". Tapi Maya sempat juga perasan lawa semalam. Maya...Maya..apa nak jadi dengan Maya ni..Maya terus berjalan ke menuju ke Maju Junction, petang itu KL hujan, Maya redah hujan sambil nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai (dalam fikiran, Maya sebagai Kajol dan Jamal Pak Tongko sebagai Sarukhan), lepas bayar bill ni nak call Jamal Pak Tongko dan nak berterus terang yang Maya suka pada dia, dia nak terima ke nak reject ke itu dia punya pasal la, ye dak? Perigi cari timba?? Tak apalah, timba macam Jamal Pak Tongko itu memang berbaloi untuk dicari.

Maju Junction patut tukar nama kepada Bangkrupt Junction kerana kedai Celcom tutup awal petang semalam. Takkanlah hujan setitik dua dijadikan alasan tutup kedai? Bumbung bocorkah? Tempeleng mau? Maya lapar. Ya, baru Maya teringat, Maya belum makan apa2 dari pagi, kerana Bubut tak angkat call time Maya nak kirim nasik tengah hari tadi. Asbestos punya Bubut, makan punya pasal sampai lupa kat Maya Karin, ya? takpe..takpe..

Begitu begini, Maya sampai rumah lebih kurang pukul 9.30malam. Maya call KakSue dan menangis semahunya. Maya rindu KakSue, KakSue itu terlalu baik kepada Maya, Maya hamburkan segala keresahan dan kesedihan Maya kepada KakSue. KakSue minta Maya bersabar dan ingat Allah banyak2. KakSue cakap, jadikan kisah2 Nabi sebagai panduan hidup. Kalau tak ada KakSue, tak tahulah Maya nak cerita pada siapa. Maya rasa KakSue sorang je faham Maya, dan memang betul, tiap kali bercerita dengan KakSue, Maya rasa sangat selesa dan tenang. KakSue baik sangat.. KakSue tak pernah tipu Maya, tak pernah sekalipun dia tipu Maya. Dialah KakSue kepunyaan Maya yang sangat Maya sayangi sekarang ini.

Maya call Jamal Pak Tongko pula. Dengan suara ala2 Ella menuai padi, Maya beri salam kepadanya. Jamal Pak Tongko sungguh jaat! Dia ada perempuan lain rupanya... Perempuan itu cakap kat Maya ayat ini, yang takkan Maya lupakan selamanya: "Sorry, please try later". Maya geram, sangat geram, tak sangka Jamal Pak Tongko sanggup buat begini pada Maya. Lalu Maya pun delete contact details Jamal Pak Tongko termasuk misscall dan meses2 beliau selama ini. Menyampah!

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 -Kerana itu Aku- | by TNB