Monday, June 20, 2011

...Aku Sombong..

Hari ini, aku telah dituduh dengan tanpa segan silu dan tanpa prejudisnya sebagai seorang yang sombong. SOMBONG tahu tak?? Sombong, bukan serombong, bukan lombong!! Sungguh tidak adil, kerana aku tak faham apa definisi sombong kepada makhluk yang menuduh aku tuh. Aku bukan sombong, cuma kalau perkara tu tak berkaitan dengan aku, orang tu aku tak kenal, aku malas nak bertegur sapa. Macam mana aku nak cakap ya? Kiranya, aku jenis yang tak suka campur hal orang. Itu pun masuk kategori sombong ke? Aku hanget betul. Nak aku ramah macam mana lagi? Kalau beramah-tamah dengan perempuan, karang dikatanya aku gedik, kalau beramah-tamah dengan lelaki nanti dikatanya aku gatal. Abeh, reaksi bagaimanakah aku harus lakonkan? Binawe betul laa..Rasa nak sumpah je orang tu jadi batu giling, pastu aku buat baling anjing.

Aku memang laa tak berapa nak penyabar, tapi sombong, tidak sama sekali. Aku boleh bertepuk tampar lak dengan kakak-kakak cleaner tu, tak jadi apa pun. Itu namanya apa? Sombong ke tombong?

Brader tu pulak cakap, aku tak reti nak sorokkan riak wajah kalau aku tak suka orang tu. Ni lagi satu bahalol! Abeh aku dah tak suka, nak suruh aku suka ke hapa? Aku tak buat apa-apa pun, aku cuma diam dan buat hal aku itu pun jadik isu ke? Pagi ni pulak, tah macam mana aku tersedar dah pukul 7.40am. Penangan ubat batuk yang macam tahapatah tu la, minum sikit je, dia punya mengantuk sampai terbabas aku dibuatnya. Aku touch-in pukul 8.57am, aku ingat before 9 kira okeh laa kan? sebab polisi kata aku touch in kul 9am, aku balik kul 6pm. Pastu aku kuar balik gi mekap kat toilet. Mana laa aku tau, aku kena masuk dulu tunjuk muka penyet kat office mate yang 'baik-baik' belaka tuh dulu before gi mekap. Sumpah, aku tak tahu. Kena sound lagik. Addoii..mau terkopak telinga aku neh kalau asyik kena balun je macam neh.

Aku rasa macam nak menangis je. Apa laa dosa aku kat derang semua-semua neh..? Pelik aku, takkan sebab takleh pakai 3inches high heels sambil catwalk macam aku membuatkan derang jadi bingai sebegitu?

HARAP-HARAP AKU DAPAT LAA KERJA BARU CEPAT-CEPAT..AKU NAK TINGGALKAN TEMPAT NI SECEPAT MUNGKIN..!

Monday, June 13, 2011

...Ini Bukan Salah Aku...

Benda dah pun terjadi, kenapa kau nak salahkan aku?? Kau stressed, abeh aku?? Kau sakit, abeh aku?? Kau tersepit, abeh aku??? Kenapa kau tak fikir semua ini sebelum kau patrikan janji yang satu?? Sekarang, bila kita sama-sama tersengkak dalam keadaan, kau nak blah semudah itu?? Apa hak kau nak buat aku macam tu??
Aku tahu, tiap saat kau rindukan aku, aku tahu tiap detik kau berharap dapat membawa aku dalam genggaman asmaramu, tapi kau tak tahu, semua itu hampir mustahil bila situasi semakin menjerat! Kau tak boleh lepas macam tu aje, paling kurang, kau kena berhadapan dengan aku dan itu yang pasti tersurat!
Memang, aku tak sangka semua ni akan jadi begini, aku datang dengan tujuan yang satu, tapi kau dengan tanpa rasa bersalah telah melontar kita ke dalam ruang yang sama! Kau tak adil! Kau hanya mahu aku pergi, kau hanya mahu aku lari, dan kau masih mahu berdiri sendiri. Sungguh tidak adil!
Bagaimana kau mampu lontarkan renungan itu? Bagaimana kau sanggup melempar aku sendiri?? Kau kejam!
Nasib baik aku sayang kau, nasib baik, sedikit cinta aku sudah kuberikan kepada kau, maka aku tidak mampu melihat kau terseksa lagi. Tapi kita sudah bermula, mana mungkin kita mengganggap semua ini bagai tidak pernah ada apa-apa??
Kalau ikutkan, mahu sahaja aku lari, mahu sahaja aku tinggalkan semua ini, tapi itu tandanya aku kalah, itu tandanya aku akan terus menanggung kesedihan! Tidak, kau yang pernah bermula, jadi kau yang harus menamatkannya. Maaf, mungkin aku terlalu mencintaimu makanya aku tidak upaya melepaskan kau pergi, tapi untuk berundur dari segalanya yang aku ada, itu MUSTAHIL namanya!!
Aku mampu berlakon sepanjang hari, aku mampu mengoyak tiap degup jantungmu,ya, aku mampu tapi mampukah kau bersaing dengan aku?? Memang aku sayangkan dirimu, memang sudah ada namamu di hatiku, tapi aku bukan lemah seperti dulu, kau yang bersalah, kau yang memulai segalanya, dengan terhormat, silakanlah engkau menamatkannya!!

Monday, June 6, 2011

...Ini Untuk Jo Qusary...

Sudah hampir lapan bulan saya langsung tidak meletakkan apa-apa update dalam blog ini, saya kesibukan dan kesempitan waktu. Segalanya terasa menyempit dan menyemak, lantas menggeronjos setiap ruang yang ada, saat itu meraung pun tidak ada gunanya.

Saya mencuri masa 10minit dari waktu bekerja saya hari ni, kerana saya terasa mahu menjadi stylo, walau saya tahu, stylo itu ibarat makan nasi impit kuah kacang di tengah hari, sangat jarang-jarang saya lakukan. Ini semua sedari Jo Qusary si gadis misteri itulah. Ada ke patut diletakkanya eye-color in2it yang sangat shekshi pada pandangan mata saya dalam acara kuiznya. Soalannya mudah: kenapa saya membaca blog Jo Qusary?

Jawapan: kerana kamu Jo.. saya membaca blog kamu hanyalah kerana kamu..tidak ada jawapan lain, kerana keunikan kamu yang ada, walau kita tidak pernah berjumpa.

Ya, saya tahu jawapan saya tidak stylo, tapi saya tidak pandai merapu yang tidak-tidak, dan saya juga bukan hantu kopi, kasut saya juga bukan size 10, saya tidak ada syndrome asperger, saya hanya menjadi saya seperti Jo Qusary menjadi dirinya sendiri...(ya, kadang-kadang dia menyamar menjadi kulapuk roti, tapi tidak apa-apa, ada kala saya juga menyamar menjadi klip rambut berbentuk rama-rama)

Okeh, waktu 10minit yang saya curi sudah tamat, saya mahu sambung buat kerja. Ya Allah, cepatnya masa berlalu dan kerja saya masih berada di takuk lama, beranjak jugalah setapak dua...hmmm~
 

©2009 -Kerana itu Aku- | by TNB