aku rasa nak hantuk2 kepala aku kat dinding sekarang ni, takpun kunyah2 telinga aku sendiri, paling shilake pun aku terasa nak makan nasik berkuahkan air sirap sebagai hukuman kepada kebodohan dan kesingkatan akal fikiran aku neh!!
dia takde rasa apa2 pun, kenapa aku nak sedih2 lak nih? dah takde apa lagi antara kami tapi kenapa aku masih mengharapkan sesuatu?? elok2 aku blocked dia, aku gi unblocked pulak kenapa?? elok2 aku berjaya tak call dan meses dia for the whole day semalam tapi pagi ni aku gi call dia wat pe?? buduh, bunguk, dan busuk!!
Aku bukak blog dia, gambar kami masih di situ, aku bukak blog yang dia tulis untuk aku, last updated 6 December 2009, masih seperti kali terakhir aku membukanya, masih sarat dengan rindu dan sayang. Aku bukak blog lama dia tahun 2008 dulu, maka tanpa sedar aku memaki lagi dirinya. Bodoh ke tidak kalau dia masih membiarkan kenangan2 lamanya dengan mereka2 yang pernah bersamanya di situ untuk aku tahu?? Badigol ka aku sekiranya aku cemburu? Ekslebebet ka kami berdua ini? Yang pasti, aku bukan koleksi!
Geram tol aku bila aku tanya dia, pesal nak letak aku sekali dalam koleksi dia, dia leh jawab "itu kan personal life abg, sukahati la abg nak tulis apa.."! sungguh mentadak sekali jawapannya, sama seperti apa yang pernah ditulis oleh makhluk parasite itu dalam blog juga.
Apa kena dengan aku neh?? orang dah cop aku terhegeh2, gedik, control freak, driver dan macam2 lagi tapi kenapa aku masih membatu di sini?
Adeiii...baru diduga masalah cintan, aku da terhoyong ke sana ke mari, belum lagi di duga dengan penyakit, kematian atau kehilangan, mau koma namblas keturunan agaknya!! Lemahnya la aku nih..
"Ya Allah...Engkaulah yang Maha Pemurah, Engkau dugakan aku dengan dugaan ini supaya kasihku kembali bertaut padaMu..Aku bermohon supaya Engkau kurangkanlah bebanku ini Ya Allah..Sudah tidak tertanggung rasanya aku.."
Tuesday, December 22, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
SAYA MEMANG PERNAH KEHILANGAN, KEHILANGAN YANG SANGAT BESAR ADA LA KEHILANGAN BAPAK SAYA..HIDUP SAYA JADI SANGAT SUNYI..
SAYA ADA DIA, TEMPAT SAYA BERMANJA, MENUMPANG KASIH DAN BERKONGSI SEGALANYA..TAPI DIA TIPU SAYA..
TAPI DEMI ALLAH, SAYA SEDANG MEMPERBAIKI DIRI SAYA..SAYA TAMAU KEHILANGAN LAGI...
Post a Comment