Monday, August 30, 2010

...Mari Berniaga..

Saya semakin risau kerana terasa diri ini dimanjakan tanpa sebab di office baru ini. Mr J selalu kata "Good job done, Mas.." walaupun saya cuma menghantar reminder comel kepada kpmg berkenaan mesyuarat yang saya aturkan terlebih dahulu. Saya risau bukan takut dituduh kaki bodek boss, tapi kerana saya takut saya tidak berkembang pesat di sini. Kalau nak dibandingkan dengan DannyBoy, Mr J agak muda usia dan muda juga pengalamannya, jadi saya perlu buat sehabis pro bila bekerja bersama Mr J. DannyBoy itu memang agak jepun orangnya, disiplin diri yang tinggi dan saya sudah terbiasa datang awal sebelum 8.30pagi ke pejabat. Tapi, environment di sini sangat berbeza, masuk kerja sukahati, balik kerja pun sukahati..Mr J sendiri cuma akan tiba di pejabat pada jam 9.30pagi, hari itu lagi selamba, dia masuk pukul 10pagi. Entahlah, saya risau, saya tidak mahu jadi manusia yang tidak berdisiplin, saya mahu datang awal, siapkan kerja mengikut dateline, dan bekerja dengan ikhlas. Saya gembira di sini, cuma saya tak selesa dengan waktu bekerjanya. Apa pun, saya selesa dengan facilities di sini kerana surau di sediakan di setiap tingkat office, memudahkan saya bersolat di awal waktu zuhur dan asar. Memandu pulang juga tidak susah untuk saya, kerana cuma memakan masa 15minit sahaja.

Saya rasa nak lempang supplier ini kerana dia menghantar quotation bertarikh 19 July 2010 sedangkan sekarang kita kini berada di bulan Ogos, quotation itu pula valid dalam 7hari sahaja. Geramnya saya. Saya dah tak larat nak ber-vaio skrin kecit ni, pedih mata saya, makin rabun pula jadinya. Sudahlah dia hendak beri saya letop kaler silver, macam aunty2 sahaja warnanya, lambat pula dia nak jawab call. Sudahlah begitu, lain ditanya, lain pula dijawabnya, kejap kata nak kasi latest model, kejap kata kalau ada stock dia kasi stock lama. Nasib baik saya ini penyabar dan bersopan santun orangnya, maka saya sabar aje lah..

Pihak syarikat benar2 mahu saya jadi sekiteri yang sehat. Disamping medical benefit dan medical card yang saya kira cukup bagus, saya juga dijanjikan kelas kesihatan (gym) secara percuma atau saya boleh ambil mana2 kelas di luar dan claim balik dengan syarikat. Hmm..bagus untuk membina stamina, boleh lah panjat gunung Kinabalu tahun hadapan.. yeahoo!

Tapi, selama mana syarikat mahu menangggung segala cost itu? sebab itu saya mahu bina empayar perniagaan saya sendiri. Sekarang ini sedang berkira2 mahu mencari rakan kongsi 4-5orang dan perniagaan yang saya mahu ceburi adalah berasaskan pendidikan. Ada sesiapa mahu sertai? sila hubungi saya di talian 019-900 0932.

Ramadhan Buat Saya

Salam,

Melangkah ke bulan Ramadhan dalam tahun 1431H ini telah membuatkan saya terfikir sesuatu. selama 27tahun diri ini dipanjat usia, entah di mana saya letakkan pengertian Ramadhan itu. Seingat saya, sewaktu mula2 belajar berpuasa dahulu iaitu ketika saya berumur 9tahun, yang saya tahu Ramadhan itu bulan kelaparan dan bulan menahan kesabaran, juga sedikit2 pengisian ibadah dalam kalender kehidupan. Saya masih ingat lagi, sewaktu ke sekolah agama pada sebelah petang, saya dan kawan2 akan membeli air batu, bukan untuk diminum, tapi untuk diletakkan di muka dan leher sebab cuaca masa itu memang sangat panas. Air batu berharga 20sen itu kami pecahkan dengan menghempas ke lantai simen bilik darjah, dan bungkus dalam sapu tangan. Saya tak ingat mereka2 yang terlibat, tapi saya lah yang jadi kepalanya. Entahlah apa hukumnya perbuatan kami itu, yang saya tahu Ustazah selalu kata perbuatan itu makruh, dan saya selalu ingat makruh itu sejenis jenama kasut sekolah, MACRO..entah apa2..

Menginjak ke alam gadis, saya mula berpuasa penuh pada usia 10tahun. Ketika itu, terasa diri sudah cukup dewasa, maklumlah dipilih sebagai pengawas pelajar, pakai baju warna biru, tahu? :p. Bersahur menjadi aktiviti wajib kerana pada waktu itu, radio Best104 (kat Johor je dapat stesen radio ni) akan memainkan asma'ul husna, dan saya hafaz asma'ul husna ketika itu. Terasa sangat indah kenangan bersahur dan berbuka kerana ketika itu juga AbangLong akan buat air durian belanda. Waktu itu terasa semuanya seronok, walaupun beraya kadang-kadang sehelai baju cuma, (kawan2 ada yang sampai 3pasang baju kurung, tak termasuk baju jalan2).

Arwah Bapak adalah seorang yang tegas, arwah Bapak menetapkan syarat, kalau nak raya, cari duit sendiri. Kami ada family business, iaitu perusahaan gula merah. Sampai sekarang pekerjaan ini diwarisi oleh AbangLong saya. Jadi, waktu sahur bermula seawal 3pagi, waktu kecil dahulu, Bapak tiada anak perempuan, yang ada hanyalah anak perempuan yang gagah seperti badang..keh..keh..keh..Jangan tak percaya kerana kami 6beradik (perempuan semua) mampu melakukan 'keganasan' seperti kaum Adam. Maksud saya, kami mampu melakukan pelbagai kerja berat yang didominasi kaum lelaki. Contoh, mengangkat gula pasir seberat 50kg, bertukang (bukan burung tukang, okeh?), membancuh simen dan sebagainya. Kami juga mampu turun ke kebun sawit dan mengangkat buah2 sawit dengan bantuan kereta sorong. Hmmm...ramai yang tak percaya, ya? Percayalah.. :)

Bersahur pada jam seawal 3pagi tidak banyak yang dapat dikunyah tapi kerana kami bermula dengan mengangkat barang2 yang berat, menyalakan sabak dan mengangkat kayu, maka kami cepat lapar dan dahaga. Sebab itu tidak hairanlah saya mampu bersahur dengan kapasiti seorang yang tak jumpa nasi selama dua hari..Air pula mesti kopi 434 (kat Muar je ada kopi ni) dan kurma timbang. Ketika itu, saya hairan macam mana Rasulullah dapat bersahur dan berbuka dengan hanya memakan kurma kerana kurma yang saya makan manis gila. Rupanya, kurma ada gred2 dia, ya? ooooo..pakcik baru tauuu...!

Saya geram sebenarnya kerana disebabkan kelembapan internet yang ekslebebet, post ini terpaksa menjadi pendet kerana dia tak save semua nota2 saya yang saya taip tadi..jadi, tidak mengapa, kerana lepas ini saya mahu bercerita mengenai hari raya pula.. :)
 

©2009 -Kerana itu Aku- | by TNB