Tuesday, October 5, 2010

...Adik-Kakak-Kakak-Adik...

..entah pukul berapa, tapi kepala saya mula diterjah gangguan2 berupa tiket penerbangan ke Los Angeles/San Diego untuk MJ yang masih belum setel. Saya telah berusaha untuk menyetelkan masalah ini sejak pagi lagi namun masih 'hanged' di sana sini. Ini semua gara2 saya belum cukup expert menggunkan kaedah cybernet yang dikhaskan untuk urusan tempahan tiket penerbangan di syarikat saya bekerja ini. Lain kali, saya harap MJ sudi naik bas atau basikal sahaja, lebih mudah begitu!

Secara tiba2 juga halaman chatting yang saya selalu gunakan diterjah dengan perkataan 'buzz' dan diikuti 'assalamualaikum' dari Mengkudu. Agak terkejut juga, bukan kerana deringan 'buzz' itu tetapi kerana Mengkudu yang menyapa.. Saya ingatkan AbgJehan tadi. Perasan la pulak kan..?

Lantaran bosan tahap lembu matador yang menyerang rongga otak, maka saya pun menjawab sapaan Mengkudu, seorang gadis yang saya kira sudah lama hilang dari kotak kenangan saya. Mengkudu inginkan hubungan kami kembali seperti dahulu. Mengkudu mengatakan dia tidak faham apa yang berlaku antara kami. Saya menyakinkan Mengkudu, saya yang lama dulu sudah tidak ada, yang ada hanyalah serpihannya sahaja. Kenangan bersama Mengkudu sudah lama saya kuburkan, dan hubungan kakak-adik antara kami sudah sekian lama terputus kerana kepercayaan itu tidak wujud lagi.

Mengkudu, kalau kamu baca nota ini, saya harap kamu baca perlahan2 agar kamu faham dan mengerti hati ini telah kamu sakiti berulang2 kali.

Mengkudu, bukan sebab Senan Kambeng kita jadi begini, tapi kerana sikap selfish kamu yang buat saya lebih rela kehilangan kamu. Saya menangis bila kamu menangis, saya gembira bila kamu gembira. Saya berkongsi tiap detik genting kamu tanpa ada sesiapa yang memaksa. Nama kamu saya sebut dalam doa selepas solat fardhu saya, dan bila2 masa saya teringat kamu, saya mohon pada Allah agar kamu bahagia di dunia dan di akhirat. Tapi itu dulu, dan bila kamu mula meminggirkan saya, kamu sembunyikan hubungan kamu dengan Senan Kambeng, kamu katakan ada kerosakan dalam diri saya , (pada waktu itu, kamu mengatakan seolah2 itu adalah kerosakan mental), saya anggapkan kamu sudah membuang saya. Saat saya jatuh, saya tidak punya siapa2, di mana kamu ketika itu? Kamu sombong, kamu lupa siapa kamu waktu kamu susah dahulu. Ingatkah kamu siapa marszsyifa (ys) yang kamu hubungi saat jiwa kamu gelora? saat tiada siapa mahu berbicara, saat kamu menangis2 teresak sedih dan pilu tanpa ada penawarnya?? Saya luangkan masa untuk kamu meski kamu tahu waktu bekerja dengan DannyBoy bukanlah waktu senggang, saya sanggup bersama kamu, kerana saya dapat merasakan kesakitan itu. Kamu pernah memiliki hampir separuh perhatian saya, perhatian yang tidak pernah saya berikan hatta kepada adik2 kandung saya sekalipun!

Mengkudu, saya tidak bencikan kamu. Saya cuma sedih dan kecewa dengan balasan yang kamu berikan di atas kasih sayang seorang kakak kepada adiknya. Saya marah pada diri saya juga, kerana saya gagal meraih kasih sayang kamu sebagaimana kamu meraih kasih sayang saya. Terfikir di benak fikiran, di mana silap saya? Puas saya berfikir, jawapan cuma satu, dan saya ingat kata2 kamu ini : "i am having a wonderful life and nothing is bothering me. it's just u, marsz"..sumpah, demi Allah saya takkan lupa ini. Saya takkan lupa di saat kejatuhan saya, kamu menambah kesakitan dengan perilaku dan kata2 kamu. Tak kisahlah bab Senan Kambeng itu, memang dia mengaku sayangkan kamu, tapi itu bukan masalahnya, masalahnya adalah kamu!

Mengkudu, saya harap kamu yakin dan pasti bahawa kamu tidak bersalah apa2, cuma saya seorang yang gagal! Kamu tahu, kawan2 saya sesudah kamu semuanya sayangkan saya, semuanya ingin berkakakkan saya, tapi maaf, apa yang kamu dan Rondo buat sudah cukup mengajar saya agar membatasi hubungan sesama insan. Allah jua Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Saya ini manusia biasa sahaja, saya masih ada perasaan kecil hati, sedih dan kecewa. Tapi marah, tidak sama sekali. Saya rasa saya tidak layak untuk kamu panggil kakak lagi. Kamu sudah punyah hidup kamu, kamu miliki apa yang layak kamu miliki. Bersabarlah dengan kesabaran yang baik.

Mengkudu, andai kamu ingin mengakhiri zaman bujang kamu tidak lama lagi, berjanjilah pada Allah yang kamu akan menjadi isteri yang baik. Kamu akan bahagia andainya kamu taat pada Allah, Rasul dan suamimu. Saya tetap mendoakan yang terbaik untuk kamu. Janganlah kamu risau apa2, kamu tidak bersalah, yang salah hanyalah saya. Dan, andai kamu menjemput saya ke hari bahagia kamu, inshaAllah saya akan hadir, tapi saya tidak berani berjanji apa2, kerana saya ini selain dari Ratu Hati, saya juga Ratu Sesat, tidak pandai memandu ke kawasan2 yang jarang saya pergi.

Berbahagialah Mengkudu. Harungilah hidupmu dengan penuh keimanan. Buangkan kenangan2 yang menyakitkan. Binalah hidupmu selayaknya kamu membina syurga cinta bersama suamimu tersayang. Cintailah lelaki terbaik untuk dirimu, dan jadilah isteri terbaik untuknya. Saya tidak membenci ataupun berdendam dengan kamu, kerana di atas perintah Allah Yang Maha Kuasa, saya sudahpun memaafkan kamu.

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 -Kerana itu Aku- | by TNB