Thursday, October 14, 2010

Khas Untuk Jackal Si Penipu @ Syifa'

...saya sedang tersenyum dengan comel sekali sewaktu memikirkan tajuk entry kali ini. Para pembaca misteri sekalian, maafkan saya, tetapi saya sedang berhadapan dengan makluk jelmaan yang masih sibuk hendak tahu fasal saya dan dirinya. Konon2 menyamar hensem walaupun sebenarnya dia itu kira boleh aje..okeh..okeh..memang hensem..tapi tak sehensem AbgJehan..okeh laa..okeh la..hensem la jugak...Namun, maaf, penyamaran itu tidak berjaya, kerana saya bukanlah sebodoh yang disangka..keh...keh..keh...

Jam di VAIO screen kecit ini menunjukkan pukul 8.53am, dan tiba2 saya merasa lapar pula. Ohhh...saya ada beli nasi goreng plus bihun goreng plus telur mata di bistro tadi. Hmmm..izinkan saya makan dahulu...dimulakan dengan Bismillah...

9.13am, chit! Air tumpah pula. Dah satu kerja pula hendak mengelap meja. MJ ini macam budak2 la.. Minum air tu kasi habis la..tengok sudah tumpah neh..Bihun goreng plus nasik goreng tu memang berperisa A4 paper ke apa? Yang sedap cuma telur goreng tu aje..Kecewa betul dengan Makcik bistro ni. Aiihhh..bila dah rasa nak mengaruk ni, abes mamak mee la, tok pekong siam la semua jadi mangsa. Duhai diri, sabarlah...jangan jadi hamba syaitan.

Tajuk di atas itu hanyalah pencetus kontroversi kepada diri sendiri. Entahlah, saya sebenarnya rasa agak jengkel dengan seorang hamba Allah ber'nick 'Syifa' di blog saya ini. Instinct saya kuat mengatakan dia itu Jackal si Penipu, iaitu seorang ahli YS/Sukaki yang tidak pernah saya sedari kewujudannya sehinggalah dia mengusha diri saya ini untuk dijadikan bakal isterinya. Sebab apa? sebab dari gaya penulisannya, perkataan 'malu2 tenuk', dan simbol '~' yang sering digunakan oleh Jackal si Penipu dan saya, Syifa si gadis ayu. Kenapa saya gelar dirinya Jackal si Penipu? Kerana dia sendiri yang menggelarkan dirinya begitu!

Sebenarnya, saya hampir2 mengolah entry berkenaan apa yang berlaku antara saya dan Jackal si Penipu (maaf, dalam diri saya hanya ada Senan Kambeng sahaja dan bukan si penipu itu), tapi apa gunanya? Bukankah itu hanya membuka aib diri sendiri? Berdosa, tahu? Entahlah, kalau benar 'Syifa' itu adalah Jackal si Penipu, saya tidak boleh berbuat apa2. Dan kalau benar mereka itu dua individu yang tidak sama, juga saya tidak boleh berbuat apa2.

Tapi 'Syifa', ini khas untuk kamu dan sahabat baik kamu Jackal si Penipu itu. Kamu boleh berfikir apa sahaja yang kamu suka, kamu boleh anggap apa sahaja yang kamu mahu, tetapi hanya dia, saya dan Allah sahaja yang lebih tahu. Kalau kamu seorang perempuan, saya faham, sifat penyayang dan pengasih seorang perempuan itu memang ada dalam diri kamu, jadi saya tidak salahkan kamu. Tetapi andai kamu ini LELAKI, jadilah seorang lelaki dan jangan jadi PENGECUT! Maaf, saya fikir kamu ini mahu bersahabat dengan saya, tapi entah kenapa, kini saya rasa kamu ini mempunyai agenda kamu sendiri yang saya tidak pasti apa.

Dalam hati saya kini, cuma ada Senan Kambeng yang pernah membuatkan saya jatuh cinta dengan kesabaran dan ketulusan hatinya, yang bercita2 tinggi, yang mahu kembali ke fitrah Ilahi. Yang sopan tutur katanya, yang pemalu orangnya, yang dahagakan ilmu di dadanya. Yang menyanyikan untuk saya walaupun suaranya macam radio siam yang abes bateri, yang memainkan gitar lagu raya kegemaran saya hingga kini.. Kali pertama saya benar2 jatuh cinta padanya adalah apabila dia menuturkan ayat keramat yang saya pasti akan ingat sampai bila2, biarlah menjadi rahsia seorang pencinta bernama saya!

Dan kamu 'Syifa', kamu ini kalau sakit, memang selayaknya kamu menggunakan nick 'syifa' itu, sebagai penawar moga kamu cepat sembuh!

14 comments:

Jo Qusary said...

Huhu... Syifa, hati2 dgn Sinanju yg Saiko itu... mcm stalker je aku baca

selama nie aku tgk chatbox tu aku ingat ko tgh bermonolog dgn diri sendiri... hehehe

Aku dah lupa, Jackal budak YS yg mana hah...

Syifa' said...

Jo: entah apa masalah dia..kalau kamu baca sendiri "syifa" yang satu lagi kat chatbox tu, kamu rasa itu siapa..?

Jackal=Sinanju patung merah tu la..yang kamu kata saiko tuh..saiko ke dia..?

tiba2 rasa sedih..kalau boleh nak sangat jumpa dia lepas tu letak lipan dalam sepatu gajah dia tuh! :(

Jo Qusary said...

jgn dilayan sgt org bermasalah ni syifa... nanti kamu pula yg sakit jiwa... aku kalo tgk kawan tu mcm dah lain je aku lupakan terus, ramai lagi manusia stylo kat luar tu haha... seyes, ramai aku dah tak ingat dr YS dgn Sukaki da...

udah2, layan lagu reggae lg beshh... jom! :D

Syifa' said...

Jo: dangdut raggae raggae jommm! :p

ajar saya macam mana nak letak tracking (entah apa ke benda namanya) yang kamu letak kat blog kamu tuh..lainkali senang nak track comment2 datang dari mana..kalau area aloq staq memang sah la dia...

Jo Qusary said...

oh tu... pegi ke site feedjit pastu amik la menatang tracking nie

Syifa' said...

Jo: okeh...saya sedang mengejas...kalau tak paham saya tanya tapi kamu jangan tempeleng saya pulak,okeh?

Unknown said...

kalau saya makan sepinggan nasik saya akan kenyang... tapi jika saya makan dua pinggan nasik saya akan kenyang kenyang pula... haishhh... patutkah saya makan sepinggan nasik atau dua pinggan nasik??? atau perlukah saya cuma makan mekdi???

Jo Qusary said...

ipen... ko makan pelempang aku nak tak? heh...

Syifa' said...

Ipen: ko makan lah apa ko nak makan, jangan ko makan aku sudah..!

Jo: sangat garang dan berkarisma..tapi saya masih tak berjaya letak itu binatang trackking..sob..sob..

Unknown said...

jo... amboi... bukan main garang ko kat aku... nanti aku makan si ifa ni... xberapdet belog ni karang...

Syifa' said...

Ipen: pastikan gigi ko cukup untuk memakan diriku kerana diriku ini urat dawai tulang besi dan tengkorak chrome! :p

Unknown said...

eleh... tulang, urat dgn tengkorak kasi makan kucing la... makan part2 yg best2 dan gebu sudah...

1... 2... 3... cabooootttttttttttttt!!! run for my life!!!

Syifa' said...

Ipen: ni yang aku nak mengadu kat Senan Kambeng neh......aku nak aniaya ko atas tuduhan sexual harassment....nanti, Senan Kambeng kejar ko dengan batang ubi...padan muke~!

Unknown said...

warggghhhhhhhhhhhhhhhhhhkahkahkahkahkahkahkah...

Post a Comment

 

©2009 -Kerana itu Aku- | by TNB