Ada yang memandang sinis dan senyum mengejek bila saya suarakan hajat hendak berguru dengan sifu kickboxing, walau saya belum lagi ketemu sifu berkenaan. Hmm...apa masalah orang melayu ni? (Nasib baik saya orang jawa)Baru je berura2, belum confirm lagi, dah mengata saya yang bukan2. Cakap saya nak publisiti murahan la, nak promote diri la, nak cari glamer la..entah apa2.. yang memperkecilkan kemampuan saya pun tak kurang hebatnya. "ala, ko ni kurus kering larat ke nak ber-boxing?", "ala, awak dah kurus dah slim, nak kurus macam mana lagi?", "biar betul nak kickboxing ni? nak jaga badan ke?" dan entah apa2 lagi laa...kickboxing tu untuk orang gemok nak kurus aje ke? kickboxing tu untuk jaga badan biar cantik macam Nasha Aziz saja ke??
Penat! Kalau melayan orang memperkecilkan kita ni memang boleh mendatangkan kecederaan emosi, jadi malas saya nak layan suara2 lari pitching itu. Saya minat kickboxing sejak saya berumur 14tahun, saya tidak tahu mengapa saya meminati kickboxing sedangkan ianya tidak meminati saya. Saya cuma mahu menjaga stamina, maklumlah bila diri dipanjat usia, veteran semakin dalam genggaman, kadang2 semput juga kalau berlari2 dengan anak2 saudara. Baru lari2 dengan anak saudara sudah semput, kalau suami ajak lumba lari nanti bagaimana? (Rasulullah pernah mengajak Aisyah berlumba lari dengan baginda)..Eleh, gedik pulak saya berangan suami ajak lumba lari ya? Boipren ada? TAKDE!! Silap2 kalau lumba jalan kaki dengan Wak Endon pun saya kalah teruk dibuatnya.
Mengapa sekarang? Entah, baru2 ini semangat dan keinginan saya untuk berkickboxing semakin ketara. Rajin ke gym di office bukan hendak aerobic sangat pun, tapi kerana mahu tumbuk2 punch bag di sana. Best gila! Dapat tumbuk lima namblas kali pun jadi laaa...Tapi saya malu, sebab gym itu campur adam dan hawa. Tiap kali mahu beraksi, terasa ada sahaja mata2 gatal yang memerhati, bukan la sebab saya ni cantik mahupun seksi, tapi mungkin kerana mereka mahu pastikan makhluk kecil yang beriya menumbuk2 punch bag bagai nak rak itu adalah seorang manusia sejati dan bukan manusia lidi,kot...?
Mengapa kickboxing? Eh? Sukahati saya la.. yang kamu minat tomoi siam tu tidak pula saya bising2? Saya tidak ada jawapan mengapa kickboxing yang jadi pilihan, bukan silat, capoeira, atau taekwan-do. Saya hanya tahu kickboxing sudah mencuri perhatian saya bertahun lamanya. Cuma masa dan kemampuan belum ada. Sekarang sudah hampir penghujung 2010, saya mahu ada azam baru. Saya mahu menjadi kuat dan sehat dan peduli apa kalau orang berazam di awal tahun, saya tetap mahu berazam di hujung tahun..!
Sudah! Saya tidak mahu menjawab soalan yang bermula dengan perkataan 'mengapa', 'kenapa', atau yang sama kategori sepertinya, saya cuma mahu berboxing, mahu keluarkan peluh, mahu badan sihat dan ringan untuk melakukan aktiviti harian. Ini baru dikerah cuci pinggan pun sudah mengeluh lenguh kaki apa kes? Mengada2!
Majulah sukan untuk negara!
Wednesday, October 6, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Jom kita gi ke Thailand utk kawen lari... oops, silap... utk belajar muaythai - kickboxing!
Jo Qusary: hahah..rindu kamu..itu hari apa pasal saya tidak boleh jengah ke blog misteri kamu tu? kamu benten saya ka?
Memang siyes mahu berkickboxing..tapi sampai sekarang masih belum berjumpa tempat yang sesuai.. hmmm..
Post a Comment