..kalau awak membaca entri ini, saya harap awak hubungi saya secepat mungkin kerana saya terasa pelik dan melet2 bila awak tiada...
awak, itukan cuma angka? saya minta maaf, saya emosi luar kawalan semalam. Saya memang terkejut sebab saya ingat awak sengaja create ID dengan angka pelik dihujungnya untuk membuat saya bengkerk. Saya sangka,awak sengaja menduga saya. saya sangka, awak sengaja menguji sejauh mana ingatan saya pada dia. Awak, saya memang dah tak ingat, saya memang dah tak mahu ingat dia da. Saya dah lupakan semuanya, malah, pagi ni saya cuba buka email lama saya dan dia, saya juga sudah lupa, bukan hanya lupa password, tapi lupa ID juga. Sebenarnya, saya juga ingat saya masih ingatkan dia, tapi rupanya tidak....saya memang nak ingat dia,nak doakan dia tapi dah takleh dah..dia pun dah bahagia, semoga Allah merahmati dia..
Saya email, awak tak balas, saya YM awak tak layan, hangpong pun awak off. Aduhhh...jangan la buat saya begini..jangan la merajuk begini kerana awak begitu buruk bila tak merajuk apa lagi kalau merajuk..Jangan marah2, kita kan nak jadi hamba Allah, bukan hamba syaitan. Syaitan suka kalau kita marah2, tapi Allah tak suka..Awak nak saya buat apa untuk menebus kesilapan saya? Saya sanggup hafaz surah al-mulk ayat 1-10, (walaupun da 2minggu saya try tapi masih ladygagap lagi.), saya sanggup hafaz 4Qul beserta maknanya sekali atau kalau masih tak cukup, saya sanggup buat benda yang paling saya tak suka tapi awak suke giler..-GUNDAM- (aku sangat tapandai buat benda ni dan aku langsung takde minat..kenapa laaa hidup aku sentiasa dihantui oleh natang yang kuat membazir ini.. huhu...)
awak, saya tahu, saya salah. Seorang sahabat pernah mengingatkan bahawa:
-Jika ingin melakukan sesuatu dosa,kenangkanlah malam pertama kamu didalam kuburan.Jika melukakan hati orang,pohonlah kemaafan secepat yang boleh supaya kamu tidak perlu mencarinya di Padang Mashyar kelak-
awak, maafkanlah saya...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment