No, I am NOT in love with someone who is not for me to be in love with. Why is it so hard for you guys to understand? haa...kan da tercakap orang putih aku neh..
Macam ni, aku memang sedang berehem2 tapi bukanlah seperti yang korang fikirkan. Cukuplah aku katakan, aku sudah mendapat apa yang aku perlukan selama ini..Dan, tolonglah kawan-kawanku, adik2ku, jangan la korang sampaikan apa2 yang aku tidak mahu tahu. Aku sudah cukup bahagia kini, segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian Alam.
Ketahuilah bahawa:
1) aku tidak desparate seperti yang digembar-gemburkan
2) aku menerima keindahan perasaan ini sewajarnya aku menerimanya, seadanya
3) aku tidak pernah memaksa perasaan itu hadir seperti yang aku pernah buat sebelum ini
4) aku tidak memulakan ini dengan didasari rasa kasihan ataupun simpati
5) aku tidak menggadaikan apa2 harta dan maruahku untuk menerima ini
6) aku tidak menerima ini sebagai membalas dendam kepada sesiapa, aku tidak mahu bermusuh, kerana permusuhan cuma akan meruntuhkan ummah
7) aku berhak atas kebahagiaan ini, kerana aku yakin cinta ini yang sejati, kerana didasari keimanan sepenuhnya
Nantilah, bila tiba masanya, akan kukhabarkan juga pada kalian semua. Buat masa ini, biarlah aku mendidik diriku menjadi wanita solehah yang diredhai Allah.
Kepada yang masih mencemburui aku, menjaja kisah2 dongeng keburukan dan mengharapkan kehancuran aku, apa kata berhentilah dari melakukan itu semua, apa kata tukar doa2 kalian supaya Allah menganugerahi kebahagiaan dan keamananan bukan untuk aku, tapi untuk diri kalian sendiri. Rasanya, itu lebih bermakna, kan? :)
Wednesday, February 24, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment