Aku tak pasti tajuk dia apa,tapi sedari Yuna telah menyanyikan lagu itu dengan penuh penghayatan dan buat aku terpikir sapa la mak bapak dia, cane laaa dia leh ada suara sedap camtu, kalau mengaji tentu lagik sedap ek..?
aku terdengar lagu neh time aku 'nyolet' semalam dengan mak. Mak buatkan roti kukus kegemaran aku, sama air milo. Best giler makan roti kukus dengan air milo sambil dipukul syahdu bayu desa. Di reban sana ayam AbgLong berkokok mesra, menyebabkan aku jeles pada kebahagiaan mereka sereban. Indahnya menjadik ayam, tau makan tido je, takyah pikir nak bayar keta, nak renew insurans keta, utang kad kredit dan handbag baru. Da lama tak beli handbag..huhuhuh~
Dan aku terfikir, kalau betul ko dah tak sayangkan aku, kenapa ko masih menulis tentang aku? kenapa masih menangis mengenangkan kenangan indah yang pernah tercipta antara kita? kenapa masih menyesali penipuan demi penipuan yang pernah ko hadiahkan atas harapan dan kesetiaan aku??
Aku tak malu untuk mengaku kesilapan 20% aku tuh, tapi ko mungkin malu atas 80% kesilapan ko, sebab tu ko malu nak terima aku balik, ko rasa ko ada ego, ko rasa ko dah bagi peluang yang cukup untuk aku, tu ko je yang rasa...aku tak rasa macam tu pun..
Bulan March tak lama lagi kita sama2 akan berusia 27tahun, satu jangkamasa yang cukup lama untuk menilai siapa kita, bukan hanya di sisi manusia, tapi di sisi Allah.. Nabi pun buat silap, inikan pula kita manusia, kalau rasa diri tu perfect sangat jangan jadi manusia, jadik la Tuhan.. amacam?? ada berani?
Khabarkan pada mereka semua ko sudah membunuh kenangan dan ingatan pada aku, tapi hati ko, ko sendiri tau..takde istilah jilat ludah balik antara kita, ko tapenah ludah aku pun, ko sayangkan aku, mana mungkin ko hinakan aku sebegitu..?
Aku masih menanti ko, masih setia seperti dulu, yang berbeza cuma mungkin aku bertambah cun sekarang ni..keh..keh..keh..
kebaya merun tu aku lum pakai lagik, kalau ko nak tengok aku pakai, sila melamar aku dan aku janji akan pakai untuk ko, hanya untuk ko, macam janji aku dulu..
..cinta yang sempurna masih lagi belum sempurna..
Tuesday, February 2, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment