Thursday, February 11, 2010

H.U.T.A.N.G

Aku tak suka tajuk entri ini kerana aku terbaca di dalam blog Ustaz Zaharuddin yang memuatkan hadith yang bermaksud:

Diampunkan semua dosa bagi orang mati yang terkorban Syahid kecuali jika ia mempunyai hutang (kepada manusia)" ( Riwayat Muslim, 6/38)

Aku memang tak suka berhutang, apa lagi memberi hutang (bukan kerana aku kedekut, tapi kerana aku segan mahu meminta balik hutang2 aku tuh..) kerana hutang ni sebenarnya adalah permulaan kepada konflik yang lebih teruk lagi.

Berbalik kepada hadith di atas, nampak tak betapa hutang tu sangat besar impaknya kepada si penghutang? walau mati syahid sekalipun, dia masih belum dapat jaminan ampunan dosa seandainya dia berhutang sesama manusia. Lagi kan pulak yang tak mati syahid, contohnya seperti mati katak, mati eksiden kerana merempit, mati terlebih makan dadah, mati kutu mahupun mati tuuutttt.....ke mana arah tujuan si mati itu tadi ek? Sindri mau ingat haaa...

Aku nasihatkan kepada diri adik beradikku, sahabat2ku, peminat2ku, secret2 admirerku, jangan la berhutang tak kira apa pun alasan. Jangan sebok nak berbaju DnG, berhandbag Coach, berspek Rayban, tapi dengan cara berhutang. Aku tak faham kenapa bigor sangat dengan branded punya barangan ni, pastu menyusahkan diri sendiri. Apa barang weh??

Pakai je apa yang ada, bersederhana itu lebih baik sebenarnya.

Satu lagi, kalau terpaksa jugak berhutang, tolong la bayar pada masa dan waktunya yang telah dijanjikan. Tah hapa2 la kalau bayar ikut sukahati jiran tetangga Barrack Obama je, tau tak orang yang sedara sedari hutang tu pun ada masa2 sesak nak pakai duit jugak...

Rasulullah SAW juga kerap mengajar umat islam agar berdoa dilepaskan dari hutang :


اللهم إني أعوذبك من المأثم والمغرم ( الدين ) , فقيل له : إنك تستعذ من المغرم كثيراً يا رسول الله ؟ فقال : " إن الرجل إذا غرم حدث فكذب , ووعد فأخلف"

Ertinya : Ya Allah, aku berlindung kepadaMU dari dosa dan hutang,

Lalu Baginda ditanya : Mengapa engkau sering meminta perlindungan dari hutang, wahai Rasulullah ? ; Baginda menjawab : " Jika seseorang berhutang, bila berbicara ia dusta, bila berjanji ia mengingkari" ( Riwayat Al-Bukhari, 1/214 )

0 comments:

Post a Comment

 

©2009 -Kerana itu Aku- | by TNB