Tuesday, February 9, 2010

..bila sesuatu itu..

Aku hampir terlena bila tiba2 Blackberry Curve 8520 yang aku beli dengan pakej kontrak cekik darah Celcom mendendangkan lagu To Be With You yang teramat aku suka sejak bertahun lamanya. Owh..sahabat aku yang sedang kepala petak rupanya..aku jawab panggilan itu sebab aku tahu, dia sangat memerlukan aku..

dan, bagai sirap limau cecah roti capati, aku sudah dapat mengagak, dia kepala petak lagi..beberapa hari lepas, seorang lagi sahabat aku mengadu diberhentikan kerja atas sebab yang amat tidak munasarawak. beberapa hari sebelum tu aku dikejutkan berita tentang abang angkat aku dulu disahkan bercerai..(hoh? ada can! ) hahaha..

tak, bukan aku seronok dengan dugaan2 yang mereka hadapi, tapi aku percaya mereka mampu menghadapi dugaan itu dengan tenang dan tabah...kerana Allah menguji hamba2Nya yang Dia sayang..hidup ni sentiasa akan diuji, tak kiralah ujian yang menyakitkan atau ujian yang menyenangkan..

Sepertinya aku, bila aku kehilangan dulu, aku digantikan dengan keindahan perasaan ini yang aku rasa tak ramai manusia merasainya, dan aku sangat2 bersyukur dan bertuah di atas kehilanganku dulu, kerana Allah telah menggantikan dengan yang terlebih baik, sempurna serba serbi. Penawarnya cuma satu, SABAR dan MENGERJAKAN SOLAT.

Aku pernah sampaikan pada seorang sahabat, amalan2 yang aku buat untuk naik semula setelah jatuh penyet dihempap tangga dan terpeleot di bibir lesung, tapi dipandang sipi je, sama seperti keadaan aku dulu yang sombong, ego dan bongkak, kerana aku yakin satu pergi sepuluh lori mari. Time tu aku terlupa bahawa kehadiran seseorang yang bernama kekasih itu adalah amanah Allah, rasa cinta tu anugerah dari Yang Maha Penyayang. Manusia mudah lupa, kerana manusia itu lemah dan selalu berbuat dosa. Kita dijadikan dari saripati air mani yang kotor tapi kita menjadi penentang Allah yang nyata.

Jadi, jangan sombong, jangan ego, jangan bongkak, Allah nak pusingkan keadaan tu tak mengambil masa yang lama, kalau hari ini kita di atas, tak mustahil hari esok kita akan jatuh ke bawah dengan kesakitan yang akan buat kita rasa hilang segalanya, tapi jangan lupa ya..Allah itu ada...

: Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (2:286)

2 comments:

The Spiral Eyes said...

dulu saya ada kekasih hati saya selalu lupa ALLAH

Syifa' said...

sis rabia: memang, sebab kita lupa kekasih itu datang sebagai ujian..rasa cinta dan sayang itu anugerah yang tidak kita syukuri..syaitan berjaya menyesatkan kita..harap2, lepas ni kita tak sesat lagi..

Post a Comment

 

©2009 -Kerana itu Aku- | by TNB