Tuesday, February 2, 2010
..keh..keh..keh..
haahaha..ini la yang aku kerjakan bersama mak kat sabak arwah bapak. amacam? menarik tak? keh..keh..keh..kecik anak weh buat gula merah ni..penaaattt...
sebenarnya, sekarang ni AbgLong bertindak sebagai penyambung warisan arwah bapak, iaitu pengusaha gula merah yang hensem. tapi, tak sempat aku nak snap gambar AbgLong, sebab time aku buat gula ni dia lak tak buat. jadik, tak sempat la aku nak upload kat sini.
Proses penghasilan gula sebanyak 100kg ni mengambil masa lebih kurang 8 menet kalo pakai dapur gas kepunyaan gigilasi berserta tenaga buruhnya, tapi kerana kederat aku je yang terdaya, maka masa selama sejam setengah diperlukan. bahan2 simple jek, gula pasir, air kapur dan kelapa parut, gogek2 pastu plinggg!! jadik la gula merah ni.
Seronok tol aku cuti panjang ni, duduk Perak seminggu, duduk Kuantan seminggu dan belen cuti tu aku habiskan kat Kg. Sg Balang Besar bersama bondaku. Petang2, boring2 main 'tampek' wawong dengan Seri, boring 'tampek' wawong, beli shuttle cock dan kitorang men badminton lak. Aja dengan Seri jadik kawan baik aku, gelak kuat2 tak kira laa menang ke kalah ke, tau gelakkk aje. Kalau rindu kat arwah bapak, gi ziarah kubur dia, hari tu kitorang da tukar batu nesan, tahun ni nak buat kepuk dia yang lawa sikit. Dah lama aku tak mimpi arwah bapak, dulu time aku nangis sampai tertidur sebab rindukan arwah, salu gak arwah datang dalam mimpi aku. Semoga Allah mencucuri rahmat kepada beliau. al-fatihah..
Projek? mmm..adaaaa...Kakak aku da bukak bisnes spa dia, aku pun sempat la taram sekebat dua buat facial free tapi masuk yang ketiga, suda kena charge..keh..keh..keh..bersih beb muka aku..dulu, sebelum wat facial, kot aku ni diletak sebelah peria katak, mesti orang tak dapat nak beza sebab kelihatan hampir sama, tapi kalo berani sekarang ni cuba la letak wajah aku sebelah wajah Fauziah Nawi, belum tentu primadona tu leh menang tau..keh..keh..keh..AbgLong da start bisnes ayam kampung, aku tengah cari dealer neh..kalo jadik projek ternakan ayam kampung ni, kayooo! Cyber cafe AbgNgah pun da semakin maju, alhamdulillah. Kakak aku akan bergabung bisnes dengan AbgNgah, leh buat spa kat situ. Aku dengan Anem nak bukak car wash, tengah kumpul modal ni, location dah dapat, tapi experience takde agak berisiko la jugak...kalau menjadik, waaa..seronotnya lahai..
Kalau la arwah bapak masih ada, tentu dia bangga dengan anak2nya yang jelita rupawan dan kacak menawan ini.
Bapak, damailah engkau di sana. Kutaburi doa mewangi hadiah dari anakmu..baaaaapaaakkkkk!!
: al-fatihah untuk Allahyarham Ayahanda Kasah bin Haji Mat Borham...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
10 comments:
ehhhh eh eh..lama tak nampak gula macam ni....
SisRabiatul: meh datang kampung saye, kita buat gula sama2, bertambah manis senyuman kita nanti.. :)
hahahah,insyaALLAH,saya jarang berjalan kesana sini tau
Kat sini rupanya blog Cik Syifa nie, adehh... penat aku melilau cari hehehe. Meh aku nak kasi ko hadiah khas special 4 ur blog... sila donlod link nih:
http://btemplates.com/download/1254/
Jom eksperimen dgn menginstall template:
1- mula2 download link yg aku kasi kat atas;
2- unzip fail yg dah didownload tu;
3- pegi ke dashboard blog, pastu klik kat Layout, pastu klik kat Edit HTML (Dashboard → Layout → Edit HTML );
4- Car link yg kate "Download full template" pastu klik kat link dan pilih fail yg dah unzip tadi;
5- Save dan enjoy.
Bila ko dah lulus stage nie nanti aku bgtau cara2 nak letak menda lain dlm blog. Sementara tu ko boleh try blog template lain kat link nie: http://btemplates.com
OK, selamat mencoba!
BTW, suka gula merah! Gula merah memang besh buat sos cendol ngan ais kacang... sluuurrrppp!
Jo,
tenkiu beri much2 ea..t aku kasik ko gula merah pree sekilo..
lawo le lay out blog
sisRabia: ala, baru lagi blogging ni..masih di peringkat awal..saya memang suka kaler merah dan orange.. :)
ada komen menarik tak tentang kisah nabi yusuf dan zulaikha?
wah..canik blog anda...sori x dpt nk ajar, aku pye blog pn dh lamer x update...hehe.....ok..hepi blogging........
Sulie yang pasan gomok: hahaha..Sifu Jo yang ajar ni.. :p
Post a Comment