Monday, November 29, 2010

..Kaya tidak datang bergolek, tapi kayap mudah berjangkit...

okeh..it's almost end of November, and I'm gonna miss my November 2010 badly. Maafkan saya, terskipping london pulak ya. Nak buat macam mana, I feel stupid if i speak in malay and i'm from texas. Hahahah~

Tergerak hendak menulis entri kali ini berkenaan sikap badigol seorang kenalan saya. Mulanya, saya sangat menghormati kenalan saya ini, kerana dilihat dari titik perjalanan karier, dia kira bermula dari sangat bawah, lebih bawah dari bawah jambatan merah sudah roboh. Tapi, bila mula tahu pakai barangan branded, bergaul dengan anak orang kaya (walhal dia itu anak seorang kakitangan kerajaan berkelas 'biasa' sahaja), mula terikut2 dengan gaya hidup mewah sedangkan diri tidak berkemampuan. Paling mudah, untuk mendapatkan kesenangan dengan menjadi bela-belaan, bukan macam kita bela itik atau ikan, tapi bela yang menggadaikan maruah dan kesopanan.

Saya tidak kisah kalau dia itu jiran Barrack Obama, caddy Tiger Woods atau siapa2 sahajalah, yang tidak ada kaitan dengan saya, tapi kerana dia itu saya kenal, maka menjadi tanggungjawab saya untuk menegur perangai dia itu. Tetapi, jangankan hendak insaf, makin saya pula menjadi mangsa sumpah seranahnya. Ingat saya ni sumpah2 ke apa?? Hmmm..Saya sedih, tahu? Kamu itu sahabat saya, dan saya sayang kamu...

Kalau kerana wang dan harta akan hanya melemparkan saya ke lembah maksiat, kesombongan, keangkuhan, ketidakperikemanusiaan, maka saya bersyukur Allah kurniakan rezeki yang cukup2 untuk menampung hidup saya dan saya selesa dengan apa yang saya ada sekarang. Saya harap, kita semua terlepas dari terleka dengan dunia yang cuma sementara ini. Walaupun semua maklum harta itu perlu, namun ingatlah harta itu bukanlah segala2nya.

Mengapa tidak, kita berusaha dengan daya upaya kita sendiri untuk mengumpul kesenangan dan bukan menumpang kemewahan orang lain..? Mengapa tidak mahu bersyukur dengan kurniaan Tuhan..?

Sekeh kang baru tau!

Friday, November 26, 2010

Dia Bukan Untukku...

Dua jam mengamuk di talian ke telinga Hairi malam kelmarin. Hmmm...boleh tahan juga skill membebel saya ni ya? Entahlah, kadang2 saya kasihan juga pada Hairi (entah siapa nama penuhnya, nama bapanya juga saya tidak tahu), dia itu selalu jadi mangsa keganasan saya. Akhir2 ini, banyak pula cengkadak saya. Nasib baik laa dia itu sudi juga mendengar sebab saya sekarang bagai padang jarak padang terkukur sejak KakSyu menjadi terlalu sibuk dengan jadual hariannya. Terpisah dari KakSyu benar2 membuat saya buntu, hilang arah ada kalanya. Tapi, hakikat ini harus saya terima, Kaksyu bukan milik saya seorang.

Bila Allah kirimkan seseorang yang mencintai saya dahulu, saya tidak pernah hargai, dan bila Allah ambil dia semula, saya mula rasa sunyi. Tapi, elok juga Allah ambil mereka semua, sebab mereka semua itu tidak sesuai untuk saya, sayang dan cinta saja tidak cukup, perlu ada 'chemistry' untuk mengikat, sesuatu yang tidak pernah saya temui dalam mana2 lelaki yang hadir dalam hidup saya sebelum ini. Baiknya, saya juga menjadi rapat dengan keluarga dan kawan2, saya jadi favourite partner bila mahu hang out, sebab tidak terikat dengan teman lelaki yang 24jam mahu saya ada di matanya. Gila! Saya pun gila juga dahulu, sebab terikut2 kegilaan cinta gila mereka..

Thursday, November 18, 2010

Berkorban Apa Sajaaa.....

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Menyambut Hari Raya Aidiladha di bandaraya KL bukanlah sesuatu yang patut saya banggakan, lebih2 lagi saya tidak dapat bersolat sunat aidiladha kerana malu punya pasal. Malu kerana saya rasa sebagai seorang wanita Islam, tanpa ditemani muhrimnya, maka tidak patut saya melangkah ke surau berhampiran rumah saya itu, kalau solat tarawikh itu lainlah, kerana saya uprak2 budak2 rumah saya untuk berjemaah sekali, berbeza dengan Hari Raya Aidiladha ini, seorang osmet dah pulang ke kampung, seorang lagi sudah punya perancangan sendiri, maka saya hanya menangis sahajalah di dalam bilik sambil menghayati laungan takbir yang jelas kedengaran. Teringat ibu di kampung, teringat arwah bapak, dan teringat arwah Jackal yang menipu saya pada hari raya haji tahun lepas juga..cheh! kasi putus gambar sahaja... Hari Raya saya sambut dengan acara mencuci bilik air, dan mencuci pakaian yang berkilo2 banyaknya di dalam baldi. Nasib baik saya ini memang jenis yang tak suka merendam pakaian, kalau tidak arwah la agaknya baju2 saya tu.

Sedang leka mengemas, baru teringat hendak memasak samting spesel, ya, ada ikan Talapia saiz L di dalam peti sejut, mula tu ingat hendak masak daging blackpaper, tapi sebab kebulur tahap naga berapi, maka saya batalkan niat murni itu, alah, makan ikan goreng cicah kicap berlada pun alright juga pagi2 raya neh, kan? Sedang leka mencuci pinggan mangkuk yang berbaki sedikit di dalam sinki, saya tiba2 terperasan suatu kejadian aneh terhadap ikan goreng yang manja di dalam kuali itu...Minyak agak malas hendak mendidih, nasik yang cuma segenggam beras itu juga agak kurang rajin mendidihnya. Ya ampunnn!! Gas abes rupanya..!! halamak...ini sudah kira emergency, teringat petua emak, kalau gas ala2 nak habis tu, kasi baringkan tong gas, sebab dengan cara itu api akan kembali menyala dengan berbekalkan sisa2 gas yang ada. Entah engineer mana yang ajar emak, saya ikut sahaja....nasib baik berkesan, walaupun hanya nasik yang sempat masak, ikan pula terpaksa saya pindahkan ke dalam oven, maka jadik laa ikan separuh goreng, separuh grill. Tadaaaa!!

Lepas makan, saya tido. Bangun tidur, solat, sidai pakaian dan masukkan basuhan kali kedua dan tido lagi..bangun solat fardhu asar dan mula ingat nak tidur, haishhhhhhhhhhh....tak boleh jadi...harus lakukan sesuatu aktiviti...apa ya..?? owwh....saya boleh main mekap2...eheheh...terlupa pula saya memang suka menconteng mekap ke wajah yang tak sepertinya ini..main mekap2, dan sambung mengemas dapur yang sudah macam kawasan hutan simpan itu...dan terfikir, apa ke pelik cara saya menyambut hari raya neh, mengemas dapur dengan mekap yang layak ke acara annual dinner lagaknya...keh..keh....keh....

Seumur hidup saya, inilah kali pertama saya beraya di perantauan, seingat sayalah. Sedih tak usah cerita, bayangkanlah tengok cerita Spongebob pun saya rasa hendak mengalir airmata. Lain kali tobat, tak mahu lagi cuba2 tidak pulang beraya di kampung, kerana beraya seorang diri di perantauan umpama makan nasik dengan cuka..walaupun kenyang tapi rasanya tak sedap...kan? kan? kan?

Monday, November 8, 2010

Nota Satu: Di Bulan November

Jam sudah menunjukkan pukul 3.06pm, mata berpinar2 memandang skrin laptop kecit, kad nama masih belum siap saya kemaskini, iyalah, MJ balik dari KLCC hari tu, ceria sungguh dia bertukar2 kad perniagaan tanpa mengambil kira siapa yang perlu memasukkan data2 itu ke dalam sistem. Itupun bilik dia macam tongkang pecah, saya belum sempat kemas lagi. Cenderahati Royal Selangor dah hampir penuh satu almari. Lain kali cubalah bagi cenderahati berupa kain pasang ka, voucher CD ka,tiket wayang ka.. takde lah penuh almari dia kerana boleh diberikan kepada saya..keh..keh..keh..

Terpandang kad nama kepunyaan Billy Lee, ingatan mula singgah kepada Billy Lee, ejen hartanah sewaktu saya bekerja dengan HBRE dahulu. Teringat kepada MrTCM, kepada CKLeong, kepada Victor Thean, kepada Rachel Wong...kepada teman2 bekerja 3tahun dahulu. Terus terang, saya lebih suka bekerja dengan bangsa Cina, bukan kerana saya ini tidak sedar diri kulit berkarat, mata bulat tapi kerana bangsa Cina ini sangat tekun bekerja, tidak suka jaga hal orang, mempunyai tahap profesionalisme yang tinggi, dan sungguh, saya kagum dengan bangsa Cina di mana jarang saya temui semangat mereka dalam diri orang Melayu. Saya bukan anti-Melayu, cumanya, saya tidak dapat bekerja dengan baik bila dengan orang Melayu, yang lemah lembut, sopan santun, biar lambat asal selamat dan sebagainya. Kerana jelasnya, saya ini tidak ada ciri2 orang Melayu, kecualinya bab pemalu...keh..keh..keh..

Saya mendapat beberapa ajakan mencuba bidang modelling, tapi saya masih belum mahu lagi. Saya malulah hendak bergaya2 depan camera, hendak pula kalau jurukamera itu seorang lelaki, jadi model tiang letrik boleh la.. Memang ada minat juga untuk mencuba, tapi saya malu. Sebab, saya perhatikan, gadis2 sekarang nama sahaja model muslimah, tapi pakaian tidak muslimah langsung. Apakah bertudung kecit dan menampakkan dada itu dikatakan Model muslimah? Bila tengok Rancangan Gadis Melayu di tv9 itu, saya tepuk dahi dan garu kepala, menggayakan pakaian dalam itu juga dikira sebagai ciri2 gadis melayukah? Nasib baik saya orang jawa.“Hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya.” (24:31)


Bukan niat saya hendak menghina, jauh sekali mengutuk gadis2 itu, tapi saya kasihan dan simpati pada mereka, kerana dikaburi glamour dan wang ringgit, sanggup memperdagangkan maruah sendiri. Nantilah, kalau saya benar2 dapat tawaran pakaian yang mencerminkan wanita Islam yang sebenar, mungkin saya akan bergelar model sambilan pula. Sebab, secara jujurnya, saya sukakan sesuatu yang cantik. :)

Saya bukanlah sempurna, saya tidak menolak kadang2 saya melakukan kesilapan, tapi saya sentiasa berazam tidak mahu mengulangi kesilapan yang sama lagi. Hairi, sahabat baru saya menasihati saya supaya perlahan2 mengubah diri dan lupakan kenangan silam yang menyakitkan, inshaAllah segalanya akan kembali pulih. Allah menguji kerana mahu menduga keimanan dan mengangkat martabat hambaNya yang terpilih. Jadi kalau saya/kamu diuji, itu tandanya Allah sayangkan kita, kan?

Monday, November 1, 2010

..Entah...!

...Menerima beberapa email dari rakan2 fb bertanyakan kemanakah hilangnya blog comot saya, dan saya jadi pelik kerana jembalang mana pula yang mencurinya, takde benda lain ke nak curi? Entah, gasak tak kesah! Saya menulis juga bukan untuk orang lain, kalau ada yang sudi membaca okeh, kalau tak ada juga tidak apa2.

Seminggu yang berlalu, sungguh panjang dan memenatkan. ACE event berlalu jua, setelah menumpahkan keringat dan airmata bergelen2 banyaknya. KLCC umpama rumah puaka untuk seminggu yang sudah, rasa tak mahu lagi memijak lantainya. Sempat pula mengumpul peminat2 cilik, adik2 dari beberapa sekolah di sekitar lembah kelang, pelajar2 kolej boleh tahan beraninya, mengurat saya yang sudah sama usia dengan makcik2 mereka..hahahha~ Kini, kembali ke pejabat, kerusi oren dan skrin VAIO ini menjadi teman kembali. Esok, delegasi dari US dan Singapore akan tiba untuk EO event pula. Terfikir, saya ini kerja dengan kampeni event ke hapa?

Saya perlukan rehat. Tahun ini, saya belum ke mana2 lagi, tahun lepas berjalan sakan, tahun ini berkurung sahaja di rumah. Terpandang kalendar di atas meja, rupanya Jumaat ini hari cuti umum, ada 3hari cuti, hendak ke mana yaaa...?? Bukit Tinggi? Kuala Gandah? Zoo Negara? hahahah...~

Dua tiga hari ini mata kanan saya asyik gatal2 sahaja, terkedip2. Orang kata, orang yang saya nak sangat jumpa sedang tercari2 saya, saat ini, saya hanya mahu berjumpa Jamal Pak Tongko sahaja, kalau benar dia tercari2 saya, memang saya hendak lempang siku dia kerana lembap sangat. Kan dia ada no handphone saya, telefon sajalah! Saya geram juga dengan Jamal Pak Tongko ni, hari itu saya hantar meses kat kat dia, saya tulis: Nenongg! Nenongg! Nenongg! dan dia balas: ada apa? dewasa sikit boleh tak??..perghhhh!! Jual mahal ya? Sajalah saya hantar meses itu nak tengok reaksi dia, kalau dia pun balas nenong! nenong! jugak, maknanya peluang cerah, kalau dia tak balas, maknanya dia masih marah, ini, kalau dia balas ayat kurang asam gelugor macam di atas itu, memang nak minta pelempang agaknya! Takpe..Takpe..ada ubi, ada batas, boleh tanam keledek, kentang dan sayur gagan jugak!


Saya sebenarnya tidak tahu mahu menulis apa, kerana terlalu banyak yang mahu dicoret, tapi tidak tahu mahu bermula di mana. Petang sikitlah, mungkin idea datang hendak bermadu asmara, bolehlah saya tulis lagi.

Tuesday, October 19, 2010

Tentang Kentang

Saya hendak merapik. Kepada yang tidak berminat membaca rapikan saya, sila buka siaran radio tamil atau bukalah mana2 channel yang kamu suka, saya tidak akan marah atau menangis berguling2 tanpa arah tuju.

Saya masuk ke upis pada jam 8.40am hari ini, berkejaran dengan berkebaya hijau kuning, dengan mekap se-layer yang tak habis draw lagi. Saya tidak mahu lambat hari ini kerana semalam saya telah bercuti. Sajalah hendak ambil hati MJ, kemas2 meja dia, dan on laptop dia dan siapkan sweets atas meja dia, tapi ada ka patut dia berada di Traders Hotel hari ini dan tidak membagitahu saya, sekiterinya yang sopan dan lemah lembut ini?? Kecewa kerana terasa perasaan saya dipermainkan, saya ambil make-up bag dan menuju ke restroom, di situ hentam bermekap bersama Hazwa, sambil bergossip tentang sekiteri kuaran Taylor's College yang seksi dan tidak tahu skipping london itu. Hmmm, bukan hendak sangat mengumpat, asalkan tidak sebut nama, dan dalam hati berdoa agar tidak berkelakuan skirt pendet seperti mereka, kira okeh la kan? Borak2 tentang make-up dan skin care, geram tak bila kita berhabis ratusan ringgit untuk merawat wajah, sedangkan kawan kita cuma pakai safi aloe vera sahaja?? Bertuahnya Hazwa. Kulitnya cantik kemerahan, tanpa sebarang cela dan noda. Rasa nak ambil permanent marker dan tolong dia buat fake pimples je kat muka dia. Heh?


Berurusan dengan kaunter kepunyaan Kerajaan Malaysia sangat menduga kesabaran saya yang tidak sepertinya ini. Dari Putrajaya, saya dan GI Joe berexplorace ke mahkamah di kuala selangor. Sudahlah bertolak dari Muar darulhensem pada jam seawal 6.45am, belum dapat berehat sepicing pun, terpaksa pula berhadapan dengan petugas kaunter yang hidup segan mati tak mahu. Pernah ka anda dimarahi kerana bertanyakan tentang prosedur mahkamah? Saya pernah, baru je semalam saya kena. Dan saya pelik kenapa petugas kaunter itu gatal semacam sahaja.

Lepak di rumah Uda, sambil menunggu CikManan balik keje. Lama sungguh tak bertinju dengan abang ipar pujaan hati itu. Borak2 dengan Uda dan GI Joe, sambil sama2 meluahkan perasaan tentang budget lari bulan ini dan elaun uniform yang habis dibelanja entah beli apa. Halah, rm300, bukan rm3juta ye tak? CikManan balik keje sesudah azan maghrib, lepas itu dia tanya kenapa saya nampak kurus sahaja macamlah dia itu bulldozer! cheh!

Tiba di rumah jam 10pm. Osmet kesayangan hamba sedang bergaduh dengan tv, kerana siaran tidak jelas, itulah, disuruh pasang Astro tak mahu, sekarang bergaduhlah ko sampai pagi raya haji pun, memang macam itulah siaran tv kita, tahu? Jam 11pm saya sudah landing mahu tidur. Perghhh..!! Hari yang panjang dan memenatkan. Esok mahu pergi kerja pula. Ada banana split, ada highway, ada kuih ketayap main tembak2 jaoighhggjkhd8u2ou9ui8q778jo zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz........

Dan pagi ini, disinilah saya. Sedang membaca puluhan email syarikat. MJ di Traders Hotel, kerana ada pc di sana. Owh, minggu hadapan saya di KLCC. 30hb akan berada di Cameron Highlands pula. Wah? Terasa diri seperti agen MLM pula kejap di sana, kejap di sini.

Ada orang kata dia rindukan saya, ada orang kata mahu bersama saya, tapi maaflah, saya selesa hidup tidak merindui sesiapa dan seorang diri bebas ke mana2. Cuba lagi tahun hadapan, mungkin saya sudah bersedia untuk hubungan yang baru, mana tahu?

Friday, October 15, 2010

Teh Susu + Milo = TehLo..

...manusia boleh jadi sesiapa sahaja di alam siber ini, dia boleh jadi Mel Gibson, kamu boleh jadi Sarukhan, saya boleh jadi Maya Karin...yang penting kita tidak saling memburuk2kan itu sudah cukup. Kalau setakat hendak buka pekung orang lain, pekung di dada sendiri, pekung jiran2 di Sweden ataupun tok pekong siam, saya cadangkan berhentilah. Kamu tahu? Membuka keaiban orang itu HARAM. Kalau masih mahu teruskan, silakanlah...

BraderAmySearch pernah mengatakan, dia tidak malu berkongsi sejarah hitam dalam hidupnya kerana ianya mampu dijadikan iktibar kepada orang lain. Begitu juga BraderUjang, BraderSlash (sekadar menyebut beberapa nama). Sungguh, saya hormati pendirian mereka. Tidak malu mengaku kesilapan, apa yang penting, sebanyak mana mereka (dan saya) berubah ke arah kebaikan.

Malam tadi, sewaktu menonton filem The Big Boss lakonan PakcikBruceLee, saya terfikir tentang Syifa' tiruan di dalam blog saya ini. Apa mahunya dia? Saya kacau gelpren dia ka? Saya tumpang sudut basikal dia untuk pergi ke tempat kerja ka? Rasa2 macam tak ada. Tapi apa yang dia dengki sangat dengan kecomelan saya ni? Saya ingatkan dia itu memang benar2 ikhlas mahu bersahabat dengan saya, tapi, kini saya tidak rasa begitu. Silap saya juga, sentiasa bersangka baik. Nak buat macam mana, Rasulullah yang suruh bersangka baik ni. Takkan pula saya mahu melawan sunnah Rasul kita ya..?

Saya cuba menghubungi Jamal Pak Tongko, saja la sebab rasa nak mengaruk, tapi tak jadi. Sebab saya masih marah dengan kejadian sebulan yang lalu. Dia pun diam sahaja sejak saya tak balas meses dia hari itu. Siapa mangsa seterusnya. KakSue? Tak boleh kacau KakSue pada malam Jumaat, kerana dia ke Pusat Rawatan merawat pesakit2nya. Tiba2 Megatron bersuara bismillah..owh! ada meses masuk. Ustaz Hanif bertanyakan khabar, pasti dia di Darus Syifa', sudah lama tidak berkunjung ke rumah Ustaz Hanif sekeluarga. Ustaz Hanif sempat pula ehem2kan saya Mr.R. Hahahah..semua nak tolong carikan pasangan untuk saya, nampak sangat saya ini tidak laku.. keh...keh...keh..

Oktober hampir tiba ke minggu ke tiga. Minggu keempat saya akan sibuk kerana ada event ACE di KLCC. Saya pasti akan ditugaskan ke bahagian registration. Sungguh saya menyampah tugasan itu, nanti kena berlemah lembut macam barangan tembikar yang mudah pecah. Lebih baik letakkan saya di bahagian runner, tak perlu mekap2, pakai jeans pun sudah cukup hensem. Cheh! kalau di bahagian registration, terasa gedik pula. Sudahlah saya ini susah hendak senyum, ini terpaksa menjadi wajah hadapan event, haruslah berlatih senyum setiap hari...menyampeh! (menyampah + hampeh)

Saya gembira kerana BraderUjang sudah ada fan page di fb. Selain dari BraderAmy, saya juga teramat la sangat minat sama BraderUjang. Banyak gaya penulisan saya, lawak2 spastik saya yang saya clone dari BraderUjang ini. Kerana beliau itu seorang lelaki yang mengharungi kehidupan yang hampir sama dengan saya. Sungguh, dulu salah seorang ex boipren saya jatuh cinta kerana saya ini kelakar macam Majalah Ujang, katanya. Hampress (hampeh + stress) punya pakwe..!

Hari ini saya akan pulang ke kampung halaman. Bertemu ibunda tercinta dan Latiffa Humaira yang mencuri hati dan perhatian saya sejak 5bulan yang lalu. Apa khabar dua orang wanita besi ini agaknya? Minggu lepas mak baru baik demam, saya ajak mak pegi karaoike (binatang ni ejanya macam mana?) tapi mak kasi lasan demam. Ni dah baik demam lasan apa pulak mak nak beri ya? keh..keh..keh..

Selamat berhujung minggu kepada yang mengikuti kisah kehidupan saya ini. Tidak kiralah siapa anda, doa saya sentiasa mengiringi agar kehidupan kalian diberkati Allah s.w.t. InshaAllah..

Thursday, October 14, 2010

Khas Untuk Jackal Si Penipu @ Syifa'

...saya sedang tersenyum dengan comel sekali sewaktu memikirkan tajuk entry kali ini. Para pembaca misteri sekalian, maafkan saya, tetapi saya sedang berhadapan dengan makluk jelmaan yang masih sibuk hendak tahu fasal saya dan dirinya. Konon2 menyamar hensem walaupun sebenarnya dia itu kira boleh aje..okeh..okeh..memang hensem..tapi tak sehensem AbgJehan..okeh laa..okeh la..hensem la jugak...Namun, maaf, penyamaran itu tidak berjaya, kerana saya bukanlah sebodoh yang disangka..keh...keh..keh...

Jam di VAIO screen kecit ini menunjukkan pukul 8.53am, dan tiba2 saya merasa lapar pula. Ohhh...saya ada beli nasi goreng plus bihun goreng plus telur mata di bistro tadi. Hmmm..izinkan saya makan dahulu...dimulakan dengan Bismillah...

9.13am, chit! Air tumpah pula. Dah satu kerja pula hendak mengelap meja. MJ ini macam budak2 la.. Minum air tu kasi habis la..tengok sudah tumpah neh..Bihun goreng plus nasik goreng tu memang berperisa A4 paper ke apa? Yang sedap cuma telur goreng tu aje..Kecewa betul dengan Makcik bistro ni. Aiihhh..bila dah rasa nak mengaruk ni, abes mamak mee la, tok pekong siam la semua jadi mangsa. Duhai diri, sabarlah...jangan jadi hamba syaitan.

Tajuk di atas itu hanyalah pencetus kontroversi kepada diri sendiri. Entahlah, saya sebenarnya rasa agak jengkel dengan seorang hamba Allah ber'nick 'Syifa' di blog saya ini. Instinct saya kuat mengatakan dia itu Jackal si Penipu, iaitu seorang ahli YS/Sukaki yang tidak pernah saya sedari kewujudannya sehinggalah dia mengusha diri saya ini untuk dijadikan bakal isterinya. Sebab apa? sebab dari gaya penulisannya, perkataan 'malu2 tenuk', dan simbol '~' yang sering digunakan oleh Jackal si Penipu dan saya, Syifa si gadis ayu. Kenapa saya gelar dirinya Jackal si Penipu? Kerana dia sendiri yang menggelarkan dirinya begitu!

Sebenarnya, saya hampir2 mengolah entry berkenaan apa yang berlaku antara saya dan Jackal si Penipu (maaf, dalam diri saya hanya ada Senan Kambeng sahaja dan bukan si penipu itu), tapi apa gunanya? Bukankah itu hanya membuka aib diri sendiri? Berdosa, tahu? Entahlah, kalau benar 'Syifa' itu adalah Jackal si Penipu, saya tidak boleh berbuat apa2. Dan kalau benar mereka itu dua individu yang tidak sama, juga saya tidak boleh berbuat apa2.

Tapi 'Syifa', ini khas untuk kamu dan sahabat baik kamu Jackal si Penipu itu. Kamu boleh berfikir apa sahaja yang kamu suka, kamu boleh anggap apa sahaja yang kamu mahu, tetapi hanya dia, saya dan Allah sahaja yang lebih tahu. Kalau kamu seorang perempuan, saya faham, sifat penyayang dan pengasih seorang perempuan itu memang ada dalam diri kamu, jadi saya tidak salahkan kamu. Tetapi andai kamu ini LELAKI, jadilah seorang lelaki dan jangan jadi PENGECUT! Maaf, saya fikir kamu ini mahu bersahabat dengan saya, tapi entah kenapa, kini saya rasa kamu ini mempunyai agenda kamu sendiri yang saya tidak pasti apa.

Dalam hati saya kini, cuma ada Senan Kambeng yang pernah membuatkan saya jatuh cinta dengan kesabaran dan ketulusan hatinya, yang bercita2 tinggi, yang mahu kembali ke fitrah Ilahi. Yang sopan tutur katanya, yang pemalu orangnya, yang dahagakan ilmu di dadanya. Yang menyanyikan untuk saya walaupun suaranya macam radio siam yang abes bateri, yang memainkan gitar lagu raya kegemaran saya hingga kini.. Kali pertama saya benar2 jatuh cinta padanya adalah apabila dia menuturkan ayat keramat yang saya pasti akan ingat sampai bila2, biarlah menjadi rahsia seorang pencinta bernama saya!

Dan kamu 'Syifa', kamu ini kalau sakit, memang selayaknya kamu menggunakan nick 'syifa' itu, sebagai penawar moga kamu cepat sembuh!

Wednesday, October 13, 2010

Gunung dan Lautan

...dulu, saya selalu terfikir (lebih banyak berangan sebenarnya) untuk bekerja dan tinggal di kawasan pergunungan, masa itu saya terpengaruh dengan cerita 'Cliffhanger' lakonan mantap BraderStallone yang berbibir tajam itu. Dalam cerita mengarut orang putih berkenaan, digambarkan kehidupan seorang pendaki gunung yang brutal tetapi hensem dan sungguh, saya kagum pada kesetiaan dan kejujuran AbgStallone dalam cerita itu.

Gunung itu menyimpan seribu misteri yang tidak terungkai. Tiap kali saya memandang gunung, saya teringat ayat dalam surah al-Hasyr iaitu: Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya. (28:21)


Misteri gunung tidak berakhir di situ. Warnanya yang sayup2 hijau kebiruan dari jauh, sebenarnya mempunyai banyak bukti kebesaran dan keagungan Tuhan. Kadang2 rasa sedih bila tengok gunung, dan laut juga. Sedih sebab umur dah tua bangka begini masih belum mampu menakluk puncak gunung (kecuali gunung Senyum di Pahang dan Gunung Tahapatahnamanyatakingat di Melaka time study dulu. Eleh, bukan mendaki sangat pun, sebab time tu pegi ramai2, saya dok selit2 kat celah2 tu je..)

Lepas itu saya ini harap saja berkaki size 7, tapi haram tak reti berenang. Ini satu lagi aktiviti yang menyehatkan. Tapi tidak ada sesiapa mahu ajarkan, harapkan Ipen Bertanduk itu sampai saya pun sama keluar tanduk dia tak ajar2 juga. Sungguh kurang ajar neh.. keh..keh.. keh..

Berbalik kepada tajuk bekerja di kawasan pergunungan/peranginan, dulu sahabat baik saya Siti Aisah binti Kamali yang gedik itu juga pernah bekerja di Pulau Tioman kalau tak silap. Dari cerita beliau, tang seronot bekerja di kawasan itu hanyalah tang acara makan2nya sahaja. Lebih dari itu, dia bosan. Halah, dia itu kalau dicampak ke mana pun pasti akan bosan juga, kalau diberi seorang suami baru tak bosan agaknya..keh..keh..keh..tapi mungkin juga, saya pernah ke Tioman, ke Langkawi dan ke Pulau Besar selama 2-3 hari, tang itu memang la seronot, tapi bila saya pikir lama2 aishhh! mau koma jiwa kalau terpisah dengan lautan dari keluarga tercinta. Boleh jadi nanti saya berenang kaki itik ke Sungai Balang sana. Haru!

Tapi, saya rasa saya sudah bosan dengan bumi Kuala Lumpur ini walaupun saya tidak gedik seperti sahabat saya tadi.. Saya mahu berpindah ke tempat yang jauh dari kesibukan. Terfikir, kalaulah saya menerima tawaran dari Berjaya Resort di Bukit Tinggi dahulu.... :)

Bila pandang ke langit, saya merasakan diri saya kerdil sahaja. Apa yang saya mahu dalam kehidupan ini? Saya mahu hidup simple sahaja, tidak mahu berat2kan fikiran, cukuplah selama ini saya sesat dalam terang, lalai dalam kehidupan yang melalaikan. Saya mahu kembali kepada fitrah Allah tapi alangkah susahnya...! Dugaan datang bertimba2, orang2 disekeliling cuma tahu menyakiti saya sahaja. Kadang2 saya bungkam! Kadang2 saya hampir putus asa, dan kadang2 saya minta agar Allah lekas2 menjemput saya menghadapNya. Alangkah..?

Tuesday, October 12, 2010

Jamal Pak Tongko vs Senan Kambeng

Jamal Pak Tongko tiba2 menghantar meses kepada Maya Karin. Baru pukul 9.30am tadi meses itu sampai ke tangan Maya, ini semua Megatron punya angkara. Entah apa cekadaknya, dia takleh nak 'on' pula. Maya dah bengang pagi tadi, hampir2 Maya masukkan Megatron ke dalam microwave dan pulas suhu paling tinggi! Geram sungguh Maya..!!

Jamal Pak Tongko kata dia baru sampai KLIA dan terus hantar meses kat Maya. Dia ingat Maya ini budak belasan tahun yang baru nak dapat balak, ke? Maya tak boleh nak ingat sebulan lepas, sebelum dia berangkat ke Sabah, bagaimana corak layanan dia terhadap Maya, dan sesudah itu senyap sunyi bagai garuda dilanggar todak. Geram! Memang Maya geram sangat. Dia buat Maya macam Maya ini kotak pensel sahaja layaknya. Maya tidak balas meses dia, Maya biarkan sahaja. Dia pun diam juga, entah2 sudah koma!

Maya geram bukan apa, Maya rasa Jamal Pak Tongko itu sedang mempermainkan jiwa dan raga serta bakul durian Maya. Iyalah, hari itu bukan main romantik lagi, caring (Maya demam hari tu di bulan puasa, dia nak tolong belikan lemon dan honey, tau...), lepas itu dia hilang begitu sahaja. Kalau cakap dia kerja, apa dia ingat Maya ini suri rumah sepenuh masa ke? Kalau dia nak kata dia busy, apa dia fikir Maya ini kerjanya hanya mengadap simplisiti sahaja, ya? Maya rasa, Maya perlu ajar sama Jamal Pak Tongko ini. Ala, iya lah kan..kalau betul dia rasa diri Maya ni begitu berharga, takat torture tak jawab meses ni apa laa sangat, kan? kan? kan?

Jamal Pak Tongko itu bukanlah hensem sangat, kalau nak dibandingkan dengan AbgJehan, memang Jamal Pak Tongko itu payah nak menang. Tapi entahlah, Maya ini pun kadang2 samdol juga, entah apa yang Maya suka sangat pada Jamal Pak Tongko itu pun tak tahulah. Alah, kalau jodoh tidak ke mana, tak dapat jadi suami, jadi adik ipar pun okeh juga..hahaha..!!

Sebenarnya Maya bukan nak bercerita pasal Jamal Pak Tongko, tapi Maya nak bercerita tentang Senan Kambeng. Entah kenapa, Maya rasa Senan Kambeng sedang memerhatikan Maya dari jauh. Maya bukan perasan, tapi perasaan ini bagitahu begitu. Bukan Maya yang salah, kan? Tapi, kalau Senan Kambeng nak bayar balik duit Maya yang dia pinjam itu okeh la juga, kalau setakat nak jengah2 minta penyepak siam, baik tak payah la kan... sebab Maya sekarang sedang berusaha menjadi wanita sejati yang mengait alas meja dan alas kaki..hahahha..

Tapi entahlah, Maya sudah lama tidak berbicara dengan Senan Kambeng itu, Maya hantar meses kat fb minta hutang tu pun dia buat buta huruf je. Lepas itu rambut Senan Kambeng sekarang ni dah macam Sonic the Hedgehoc, buruk dan huduh sekali. Takde orang pernah tegur ke imej dia sekarang ni macam watak wayang kulit siam? Nasib baik Jamal Pak Tongko tidak begitu, walaupun kurang hensem seperti Senan Kambeng, tapi Jamal Pak Tongko berambut kemas dan tidak merokok orangnya. Macam mana Maya tahu? Entah! Maya hentam sahaja..hahaha~

Maya sebenarnya tak sabar nak tunggu hujung bulan October 2010, kerana Maya hendak ke Cameron Highlands. Dah lama Maya hendak ke sana, bila Maya ajak Senan Kambeng, dia buat muka seposen je. Elek! Maya tahu, dia tak berkemampuan dan masa kerja dia juga tidak mengizinkan. Maya pun takde la memaksa, sebab Maya kan gadis ayu yang baik hati dan memahami kekasihnya..keh...keh..keh..

Monday, October 11, 2010

...terlajak ferrari boleh gostan..

...perjalanan dari Muar ke Puncak Alam semalam memang cukup memenatkan. Masih terasa lagi keletihan memandu berjam2 dari kampung ke hutan batu ini. Cheh, lebih senang menjadi tarzan, bergayut dari satu pokok ke pokok yang lain dan tadaaaa! sudah sampai..tidak perlu isi minyak, tidak perlu bergaduh sama pemandu yang perasan jalanraya itu milik rasmi abah mereka.

Masalah itu bukan apa2 pun, katakan sahaja pada masalah itu, "aku ada Allah Yang Maha Besar untuk menyelesaikan engkau", saya meminjam kata2 Ustazah Masnah Abdul yang kedengaran di radio malam tadi. Ya, setiap manusia pasti ada masalah mereka yang tersendiri. Nampak bahagia, rambut sikat belah tepi, berbaju kemeja kotak2, tapi hatinya menangis siapa yang tahu? Jangan anggap dugaan itu sebagai kemarahan Allah kepada kita tapi anggaplah ianya sebagai tanda kasih sayang dan ujian keimanan terhadapNya.

Dugaan kali ini amat berat, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sekurang2nya, saya tidak mengalami kesusahan itu secara total, hanya merasai sebahagiannya sahaja. Tapi, bagi yang menanggung? Tidak mengapalah, kita ada Allah Yang Maha Besar untuk menyelesaikan segala permasalahan kita ini. Saya rasa airmata saya kalau ditadah sudah penuh dua tempayan, lagi lima tempayan cukup untuk buat hantaran Puteri Gunung Ledang. Malam, lekaslah pergi, siang, lekaslah ke mari..

Saya sentiasa berdialog dengan Allah, supaya tenang hati ini, supaya segala keresahan dan kesedihan ini dapat saya tewaskan. Saya tahu, bukan mudah untuk mendaki gunung yang tinggi, jadi saya pohon kekuatan dari Yang Maha Esa. Bukan kehidupan yang mudah yang saya pinta, tapi saya mendambakan hati yang tabah.

Dalam hati saya, dalam kesedihan dan kegembiraan saya, hanya ada ruang untuk 3orang wanita buat masa ini. Saya sanggup buat apa sahaja untuk membantu mereka bertiga. Yang teramat saya sayangi, mereka itu darah daging saya. Allah jualah yang maha menghukum, maha membalas. Tapi, kalau ada kudrat dan kemampuan saya, akan saya pertaruhkan nyawa sekalipun.

Kepada dia yang menghancurkan, dia yang menyeksa, dia yang menghina, Allah titu tidak tidur, tidak leka dan tidak lupa. Kamu pasti dapat balasannya. Sesungguhnya, kamu sedang menggali lubang kubur kamu sendiri. Kalau kamu rasa kamu bahagia dengan memisahkan seorang anak kecil dari ibunya, saya juga bahagia bila kamu tercekik dan tersepit dengan kerosakan yang kamu lakukan ini..

Friday, October 8, 2010

Pergi Jauh-Jauh!!!!!

...Ya, memang aku geram sangat pada ko. Aku rasa ko memang manusia jenis tak tahu malu dan siang malam aku berdoa agar ko mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan durjana ko tu. Dan aku berharap aku tak jumpa ko dalam keadaan aku yang tengah marah dan benci pada kau ni kerana aku rasa, mati pun aku sanggup asalkan aku dapat belasah kko sepuas hati aku!!

...Kurang ajar!! Kolah manusia paling kurang ajar pernah aku kenal. Aku malu nak mengaku aku kenal ko. Aku benci nak mengingat aku pernah tolong ko dahulu. Aku rasa nak termuntah bila aku mengimbas aku pernah makan satu meja dengan muka barua ko tu!! Mulut macam longkang! Bahasa macam orang tak pernah pergi sekolah!! Cakap2 kau macam cakap2 orang tak kenal siapa itu Allah! Ko ingat ko kuat? Heyyy!! Nanti dulu, ada lagi yang lebih kuat dari ko, ko tahu?? Ko ingat ko hebat?? Jangan nak perasan la weh!!

...Muka tembok! Tak tahu malu!! Bayar la hutang tu wehhh...!! Lepas bayar hutang tu baru berkokok balik! Ayam!! Memang ayam la lelaki macam ko ni..! Aku betul2 berharap nyawa ko tak panjang, dan kalau Allah masih nak panjangkan nyawa ko, aku harap Dia balas segala perbuatan ko di dunia ini walaupun aku tahu, balasan akhirat tetap ada!! Dayus punya manusia!

...Mulai detik ko declare war dengan aku ni, aku anggap ko dah mati!! Walaupun ko takde kubur, tapi bangkai ko tetap berbau lantung!! Ko ingat ni baik2, yang ko aniaya ni anak yatim, yang ko cekik harta bendanya, juga anak yatim, semoga laknat Allah akan menimpa ko jugak...!!

AKU BENCI KO, MENGERTI???

Wednesday, October 6, 2010

KICKBOXING

Ada yang memandang sinis dan senyum mengejek bila saya suarakan hajat hendak berguru dengan sifu kickboxing, walau saya belum lagi ketemu sifu berkenaan. Hmm...apa masalah orang melayu ni? (Nasib baik saya orang jawa)Baru je berura2, belum confirm lagi, dah mengata saya yang bukan2. Cakap saya nak publisiti murahan la, nak promote diri la, nak cari glamer la..entah apa2.. yang memperkecilkan kemampuan saya pun tak kurang hebatnya. "ala, ko ni kurus kering larat ke nak ber-boxing?", "ala, awak dah kurus dah slim, nak kurus macam mana lagi?", "biar betul nak kickboxing ni? nak jaga badan ke?" dan entah apa2 lagi laa...kickboxing tu untuk orang gemok nak kurus aje ke? kickboxing tu untuk jaga badan biar cantik macam Nasha Aziz saja ke??

Penat! Kalau melayan orang memperkecilkan kita ni memang boleh mendatangkan kecederaan emosi, jadi malas saya nak layan suara2 lari pitching itu. Saya minat kickboxing sejak saya berumur 14tahun, saya tidak tahu mengapa saya meminati kickboxing sedangkan ianya tidak meminati saya. Saya cuma mahu menjaga stamina, maklumlah bila diri dipanjat usia, veteran semakin dalam genggaman, kadang2 semput juga kalau berlari2 dengan anak2 saudara. Baru lari2 dengan anak saudara sudah semput, kalau suami ajak lumba lari nanti bagaimana? (Rasulullah pernah mengajak Aisyah berlumba lari dengan baginda)..Eleh, gedik pulak saya berangan suami ajak lumba lari ya? Boipren ada? TAKDE!! Silap2 kalau lumba jalan kaki dengan Wak Endon pun saya kalah teruk dibuatnya.

Mengapa sekarang? Entah, baru2 ini semangat dan keinginan saya untuk berkickboxing semakin ketara. Rajin ke gym di office bukan hendak aerobic sangat pun, tapi kerana mahu tumbuk2 punch bag di sana. Best gila! Dapat tumbuk lima namblas kali pun jadi laaa...Tapi saya malu, sebab gym itu campur adam dan hawa. Tiap kali mahu beraksi, terasa ada sahaja mata2 gatal yang memerhati, bukan la sebab saya ni cantik mahupun seksi, tapi mungkin kerana mereka mahu pastikan makhluk kecil yang beriya menumbuk2 punch bag bagai nak rak itu adalah seorang manusia sejati dan bukan manusia lidi,kot...?

Mengapa kickboxing? Eh? Sukahati saya la.. yang kamu minat tomoi siam tu tidak pula saya bising2? Saya tidak ada jawapan mengapa kickboxing yang jadi pilihan, bukan silat, capoeira, atau taekwan-do. Saya hanya tahu kickboxing sudah mencuri perhatian saya bertahun lamanya. Cuma masa dan kemampuan belum ada. Sekarang sudah hampir penghujung 2010, saya mahu ada azam baru. Saya mahu menjadi kuat dan sehat dan peduli apa kalau orang berazam di awal tahun, saya tetap mahu berazam di hujung tahun..!

Sudah! Saya tidak mahu menjawab soalan yang bermula dengan perkataan 'mengapa', 'kenapa', atau yang sama kategori sepertinya, saya cuma mahu berboxing, mahu keluarkan peluh, mahu badan sihat dan ringan untuk melakukan aktiviti harian. Ini baru dikerah cuci pinggan pun sudah mengeluh lenguh kaki apa kes? Mengada2!

Majulah sukan untuk negara!

Tuesday, October 5, 2010

...Adik-Kakak-Kakak-Adik...

..entah pukul berapa, tapi kepala saya mula diterjah gangguan2 berupa tiket penerbangan ke Los Angeles/San Diego untuk MJ yang masih belum setel. Saya telah berusaha untuk menyetelkan masalah ini sejak pagi lagi namun masih 'hanged' di sana sini. Ini semua gara2 saya belum cukup expert menggunkan kaedah cybernet yang dikhaskan untuk urusan tempahan tiket penerbangan di syarikat saya bekerja ini. Lain kali, saya harap MJ sudi naik bas atau basikal sahaja, lebih mudah begitu!

Secara tiba2 juga halaman chatting yang saya selalu gunakan diterjah dengan perkataan 'buzz' dan diikuti 'assalamualaikum' dari Mengkudu. Agak terkejut juga, bukan kerana deringan 'buzz' itu tetapi kerana Mengkudu yang menyapa.. Saya ingatkan AbgJehan tadi. Perasan la pulak kan..?

Lantaran bosan tahap lembu matador yang menyerang rongga otak, maka saya pun menjawab sapaan Mengkudu, seorang gadis yang saya kira sudah lama hilang dari kotak kenangan saya. Mengkudu inginkan hubungan kami kembali seperti dahulu. Mengkudu mengatakan dia tidak faham apa yang berlaku antara kami. Saya menyakinkan Mengkudu, saya yang lama dulu sudah tidak ada, yang ada hanyalah serpihannya sahaja. Kenangan bersama Mengkudu sudah lama saya kuburkan, dan hubungan kakak-adik antara kami sudah sekian lama terputus kerana kepercayaan itu tidak wujud lagi.

Mengkudu, kalau kamu baca nota ini, saya harap kamu baca perlahan2 agar kamu faham dan mengerti hati ini telah kamu sakiti berulang2 kali.

Mengkudu, bukan sebab Senan Kambeng kita jadi begini, tapi kerana sikap selfish kamu yang buat saya lebih rela kehilangan kamu. Saya menangis bila kamu menangis, saya gembira bila kamu gembira. Saya berkongsi tiap detik genting kamu tanpa ada sesiapa yang memaksa. Nama kamu saya sebut dalam doa selepas solat fardhu saya, dan bila2 masa saya teringat kamu, saya mohon pada Allah agar kamu bahagia di dunia dan di akhirat. Tapi itu dulu, dan bila kamu mula meminggirkan saya, kamu sembunyikan hubungan kamu dengan Senan Kambeng, kamu katakan ada kerosakan dalam diri saya , (pada waktu itu, kamu mengatakan seolah2 itu adalah kerosakan mental), saya anggapkan kamu sudah membuang saya. Saat saya jatuh, saya tidak punya siapa2, di mana kamu ketika itu? Kamu sombong, kamu lupa siapa kamu waktu kamu susah dahulu. Ingatkah kamu siapa marszsyifa (ys) yang kamu hubungi saat jiwa kamu gelora? saat tiada siapa mahu berbicara, saat kamu menangis2 teresak sedih dan pilu tanpa ada penawarnya?? Saya luangkan masa untuk kamu meski kamu tahu waktu bekerja dengan DannyBoy bukanlah waktu senggang, saya sanggup bersama kamu, kerana saya dapat merasakan kesakitan itu. Kamu pernah memiliki hampir separuh perhatian saya, perhatian yang tidak pernah saya berikan hatta kepada adik2 kandung saya sekalipun!

Mengkudu, saya tidak bencikan kamu. Saya cuma sedih dan kecewa dengan balasan yang kamu berikan di atas kasih sayang seorang kakak kepada adiknya. Saya marah pada diri saya juga, kerana saya gagal meraih kasih sayang kamu sebagaimana kamu meraih kasih sayang saya. Terfikir di benak fikiran, di mana silap saya? Puas saya berfikir, jawapan cuma satu, dan saya ingat kata2 kamu ini : "i am having a wonderful life and nothing is bothering me. it's just u, marsz"..sumpah, demi Allah saya takkan lupa ini. Saya takkan lupa di saat kejatuhan saya, kamu menambah kesakitan dengan perilaku dan kata2 kamu. Tak kisahlah bab Senan Kambeng itu, memang dia mengaku sayangkan kamu, tapi itu bukan masalahnya, masalahnya adalah kamu!

Mengkudu, saya harap kamu yakin dan pasti bahawa kamu tidak bersalah apa2, cuma saya seorang yang gagal! Kamu tahu, kawan2 saya sesudah kamu semuanya sayangkan saya, semuanya ingin berkakakkan saya, tapi maaf, apa yang kamu dan Rondo buat sudah cukup mengajar saya agar membatasi hubungan sesama insan. Allah jua Maha Pengasih dan Maha Penyayang. Saya ini manusia biasa sahaja, saya masih ada perasaan kecil hati, sedih dan kecewa. Tapi marah, tidak sama sekali. Saya rasa saya tidak layak untuk kamu panggil kakak lagi. Kamu sudah punyah hidup kamu, kamu miliki apa yang layak kamu miliki. Bersabarlah dengan kesabaran yang baik.

Mengkudu, andai kamu ingin mengakhiri zaman bujang kamu tidak lama lagi, berjanjilah pada Allah yang kamu akan menjadi isteri yang baik. Kamu akan bahagia andainya kamu taat pada Allah, Rasul dan suamimu. Saya tetap mendoakan yang terbaik untuk kamu. Janganlah kamu risau apa2, kamu tidak bersalah, yang salah hanyalah saya. Dan, andai kamu menjemput saya ke hari bahagia kamu, inshaAllah saya akan hadir, tapi saya tidak berani berjanji apa2, kerana saya ini selain dari Ratu Hati, saya juga Ratu Sesat, tidak pandai memandu ke kawasan2 yang jarang saya pergi.

Berbahagialah Mengkudu. Harungilah hidupmu dengan penuh keimanan. Buangkan kenangan2 yang menyakitkan. Binalah hidupmu selayaknya kamu membina syurga cinta bersama suamimu tersayang. Cintailah lelaki terbaik untuk dirimu, dan jadilah isteri terbaik untuknya. Saya tidak membenci ataupun berdendam dengan kamu, kerana di atas perintah Allah Yang Maha Kuasa, saya sudahpun memaafkan kamu.

Monday, October 4, 2010

Legend Of The Fist: The Return of Chen Zhen

Saya seorang peminat filem aksi, dari kecit saya minat Jet Li dan Jackie Chan, Sylvester Stallone, Chuck Norris dll. Terbaru, saya juga turut meminati AbgJehan Miskin, masalahnya, action movie ka beliau? Ah! Itu tak penting, okeh..?!

Filem terakhir yang saya tonton di pawagam adalah The Gamers, tapi siyes, cerita itu hanya buang karan sahaja. Saya tak suka jalan cerita dan aksi yang dilakukan lebih kepada computer graphics dan camera trick sahaja. Kurang mengujakan bagi saya.

Terbaru, saya ke panggung bersama Sedari Siti Dahlia binti Daud (ambek ko KakSit, nama penuh aku letak kat sini...), perancangan awal kami mahu menonton Eat, Pray, Love, tapi kerana manusia2 di Times Square itu pun sama2 mahu berebut tiket, maka niat itu kami alihkan ke filem terbaru lakonan Jason Yuen..eh..bukan..Donnie Yen iaitu Legend of The Fist: The Return of Chen Zhen. Gelak? okeh..silakan gelak..Memang saya kurang meminati Donnie Yen kerana dia asyik memegang watak penyangak sahaja kalau bergandingan sama BraderJetLi, dan dia juga kurang hensem..Tapi, melihat aksinya seawal minit pertama filem ini, membuatkan saya mengubah persepsi diri: hensem bukan segalanya, kalau fight macam Donnie Yen ni, muka jambatan tak siap pun akan nampak macam jambatan siap.

Chen Zhen dan kumpulan buruhnya telah dihantar untuk berperang dengan askar Jerman. Dia umpama nadi kekuatan pasukannya, kerana kawan2nya yang lain tidak brutal seperti dia. Chen Zhen adalah seorang lelaki yang mementingkan persahabatan dan bersemangat patriotik yang tinggi, dengan berbekalkan tulang empat kerat yang mampu menewaskan seekor gajah burma, Chen Zhen bertarung habis-habisan dan China mendapat kemenangan pada peperangan itu. Perjuangan Chen Zhen memang sangat ekstreme, dan saya confuse, bagaimana dia boleh berlakon sehebat itu sedangkan kalau menyorot lakonan lamanya, dia sangat kayu!

Saya bagi 100 bintang untuk cerita ini, sedari Siti Dahlia pula hendak bagi semua bintang di langit, sajalah nak melawan tokey tuh..! Cerita ini agak ganas, jadi tidak sesuai untuk gadis2 manja yang menjerit2 gedik seperti tikus belanda, buat saya rasa hendak tempeleng sahaja..Namun, ada beberapa plot yang buat saya memaki tanpa bunyik ke arah AbgDonnie kerana kebudusan beliau:

1) Beliau buta kayu kerana tidak pasan Kiki (Shu Qi) adalah japs. Geram ni.. sebab dah jelas sangat Kiki tu berpengaruh, dan asyik beli rokok merah!
2)Disebabkan terlalu asyik bercintan-cintun, Chen Zhen telah tak perasan markasnya diserbu pihak japs. Adik beliau dirogol, kawan2 beliau dibunuh dengan kejam..dan nak tahu tak time tu beliau sedang buat apa? bergedik2 sama itu Kiki..menyampah!!

Keseluruhannya, saya rasa sangat terhibur dengan cerita ini. Beberapa gerak langkah Chen Zhen adalah sebijik seperti Bruce Lee, tidak mengapa kerana memang Bruce Lee itu layak ditiru oleh segenap lapisan masyarakat. Saya rasa hendak tengok lagi cerita ini, tapi rasa tak berbaloi pula, baik saya beli dvd, boleh tengok namblas ratus kali. Kepada peminat kung fu, saya merekomen cerita ini sebagai tontonan. 100bintang untuk Legend of The Fist: The Return of Chen Zhen!

Tuesday, September 28, 2010

Cawan Kertas Cap Kipas

..peristiwa ini berlaku pada hari Isnin, 27 September 2010 bertempat di kawasan sekitar Komuter Serdang/KL Sentral/Maju Junction/Sg Wang..

Maya Karin sudah nekad, dia harus turun juga ke KL hari ini, kerana kereta perlu dibayar, begitu juga handphone bill yang tersekat2 dan demi mendapatkan binatang peliharaan terbaru iaitu broadband (Maya Karin rasa Celcom sudah mendapat keuntungan besar bila dia melanggan talian mudah alih dan apa salahnya kalau dia tambah lagi keuntungan itu dengan memelihara Celcom Broadband juga).

Komuter Serdang macam hendak mintak penampar petang itu. Hari hujan, orang ramai, kaunter tiket TUTUP! Koret2 duit syiling nasib baik cukup RM2, kata Maya Karin kepada dirinya sendiri walaupun dia tahu dia tidak akan mendapat apa2 feedback pun. Maya Karin berjaya mendapatkan tiket sesudah enam kali memaki hamun tanpa bunyi ke arah mesin tiket yang tidak mempunyai perasaan itu. Mesin itu sangat (*&^%$#@&!! rupanya..

Beratur dan berjaya menaiki komuter tanpa kecederaan fizikal mahupun mental, dapat seat juga. Wah! ini satu pencapaian yang hebat, mesti catat dalam blog ni, kata Maya Karin kepada dirinya sekali lagi. Dalam komuter Maya Karin merasa sangat pelik kepada seorang lelaki yang duduk disebelahnya kerana bercakap kuat2 tentang janjitemu dengan seorang 'datuk', macam hendak minta penyepak siam lagaknya. Macamlah Maya Karin heran sangat, kalau iya pun nak menekel, agak2 laa..Jangan la eksyen sangat, geli pula rasanya. Sesekali lelaki itu bermain2 dengan blackberry Storm di tangannya, macamlah Maya Karin ini spesis jakun tak pernah tahu blackberry itu apa! Malasnya nak pandang..Jauh lagi Bank Negara rupanya.

Entah mengelamun apa, tiba2 Maya Karin rasa dia sampai di KL Sentral dan demi Allah, kalau betullah mata Maya Karin ini masih berfungsi dengan baik (alhamdulillah), maka benarlah apa yang Maya Karin nampak petang itu. Perempuan itu berdiri di hadapan Maya Karin, tapi mungkin dia tak perasaan Maya Karin kerana Maya Karin seorang gadis yang pemalu dan ayu sekali petang itu. Ya, perempuan itu agak rendah orangnya, Maya rasa kalau berdiri tanpa high heels size 7 manakala perempuan itu memakai high heels 3inches pun Maya masih terlalu tinggi berbanding dia. Maya pandang dia dan tersenyum dari jauh, kasihan dia..memang Maya kasihankan dia..ditipu wang ringgit, diperdagangkan cintanya, dihina sebagai 'bapuk' dan macam2 lagi oleh orang yang sangat mendapat kecintaannya. Memang Maya kasihankan dia, dan jauh di sudut hati Maya, Maya mendoakan kebahagiaannya dan biarlah dia mendapat balasan yang seadilnya dari yang Maha Esa di atas segala perbuatannya terhadap Maya.

Tiba-tiba mimpi Maya Karin pada bulan Ramadhan lepas menjelma. Saat itu Senan Kambeng tiba-tiba hadir dalam mimpi, menangis dan menuturkan ini kepada Maya "Abang lapar, kenapa Maya tak bagi Abang makan?". Sumpah, demi Allah Maya terjaga dan beristighfar banyak2. Saat itu teringin sekali menghubungi Senan Kambeng, Maya takut apa2 terjadi kepadanya, sakitkah dia? Nazakkah dia? Tiba2 Maya jadi kasihan sangat padanya, walau Maya tahu, betapa dia banyak melakukan kesalahan, tapi Maya pun salah juga. Yang Maya tinju dia tu kenapa? Entahlah, time itu Maya brutal sangat, mengamuk dan bertinju sahaja, sikit2 tomoi, sikit2 tomoi. Sama2 salah, jadi apa salah kalau kita saling memaafkan? Lagipun, Maya tahu, Allah itu Maha Adil lagi Maha Membalas, biarkan Allah jalankan keadilan dan pembalasan. Maya duduk diam2 dan berdoa sahajalah. Boleh kan, Maya?

Maya tersentap bila komuter berhenti di Stesen Bank Negara. Perempuan itu meneruskan perjalanan, Maya turun di situ dan dalam hati Maya berkata "semoga akak mendapat pasangan yang dapat membimbing akak ke syurga". Tapi Maya sempat juga perasan lawa semalam. Maya...Maya..apa nak jadi dengan Maya ni..Maya terus berjalan ke menuju ke Maju Junction, petang itu KL hujan, Maya redah hujan sambil nyanyi lagu Kuch Kuch Hota Hai (dalam fikiran, Maya sebagai Kajol dan Jamal Pak Tongko sebagai Sarukhan), lepas bayar bill ni nak call Jamal Pak Tongko dan nak berterus terang yang Maya suka pada dia, dia nak terima ke nak reject ke itu dia punya pasal la, ye dak? Perigi cari timba?? Tak apalah, timba macam Jamal Pak Tongko itu memang berbaloi untuk dicari.

Maju Junction patut tukar nama kepada Bangkrupt Junction kerana kedai Celcom tutup awal petang semalam. Takkanlah hujan setitik dua dijadikan alasan tutup kedai? Bumbung bocorkah? Tempeleng mau? Maya lapar. Ya, baru Maya teringat, Maya belum makan apa2 dari pagi, kerana Bubut tak angkat call time Maya nak kirim nasik tengah hari tadi. Asbestos punya Bubut, makan punya pasal sampai lupa kat Maya Karin, ya? takpe..takpe..

Begitu begini, Maya sampai rumah lebih kurang pukul 9.30malam. Maya call KakSue dan menangis semahunya. Maya rindu KakSue, KakSue itu terlalu baik kepada Maya, Maya hamburkan segala keresahan dan kesedihan Maya kepada KakSue. KakSue minta Maya bersabar dan ingat Allah banyak2. KakSue cakap, jadikan kisah2 Nabi sebagai panduan hidup. Kalau tak ada KakSue, tak tahulah Maya nak cerita pada siapa. Maya rasa KakSue sorang je faham Maya, dan memang betul, tiap kali bercerita dengan KakSue, Maya rasa sangat selesa dan tenang. KakSue baik sangat.. KakSue tak pernah tipu Maya, tak pernah sekalipun dia tipu Maya. Dialah KakSue kepunyaan Maya yang sangat Maya sayangi sekarang ini.

Maya call Jamal Pak Tongko pula. Dengan suara ala2 Ella menuai padi, Maya beri salam kepadanya. Jamal Pak Tongko sungguh jaat! Dia ada perempuan lain rupanya... Perempuan itu cakap kat Maya ayat ini, yang takkan Maya lupakan selamanya: "Sorry, please try later". Maya geram, sangat geram, tak sangka Jamal Pak Tongko sanggup buat begini pada Maya. Lalu Maya pun delete contact details Jamal Pak Tongko termasuk misscall dan meses2 beliau selama ini. Menyampah!

Friday, September 24, 2010

Jamal Pak Tongko dan Puteri Maya Karin serta Kambeng dan Mesin Touch 'n' Go

Pada zaman dahulu iaitu zaman yang terlupa hendak direkod tahun keberapa masehi, tinggallah seorang tukang kayu di kawasan hutan bersama seekor kambeng peliharaannya. Kehidupan mereka yang bak melukut di tepi gantang lebih baik dari melutut tikar mengkuang tetap mereka jalani seadanya dengan tikar getah dan sambal belacan di sisi. Tukang kayu itu bernama Jamal Pak Tongko dan berumur 27tahun pada masa kejadian sedangkan kambeng beliau tidak bernama.

Jamal Pak Tongko mempunyai cita2 pelik tapi benar iaitu mahu meminang puteri raja. Pada zaman itu, puteri raja masih lagi mengamalkan kaedah asli untuk menjaga kecantikan iaitu makan ulam-ulaman dan bersenam dan tidaklah berbotox di sana sini. Puteri yang cantik seperti Maya Karin itu pula seorang yang sangat suka makan ikan patin masak tempoyak dan air terjun walaupun beliau tidak pandai berenang. Puteri itu bernama Puteri Maya Karin dan beliau berketinggian 165cm, berat badan 51kg serta berkasut size 7.

Perkenalan kedua merpati baka baik ini bermula apabila Puteri Maya Karin melarikan diri dari tempat kejadian tanah runtuh dan mendayung sampan ke arah tanpa tuju. Sebagai lelaki sejati yang berpangkat hero, Jamal Pak Tongko telah menawarkan diri untuk menyelamatkan Puteri Maya Karin dari terjebak ke dalam jelaga asap yang menyesakkan pernafasan dan sekaligus boleh mengakibatkan koma kekal. Pada mulanya Puteri Maya Karin yang jual mahal dan bergaduh dengan mesin touch 'n' go yang berhampiran itu tidak mahu bercakap dengan Jamal Pak Tongko disebabkan Puteri Maya Karin itu seorang yang lemah lembut dan sopan santun serta berjalan tunduk di hadapan orang tua. Tapi kerana beliau paiseh gila kerana tidak tahu mendayung sampan berseorangan maka beliau pun mengikut sahaja ajakan Jamal Pak Tongko untuk menaiki sampan bersama-sama.

Tapi yang tak bestnya, Jamal Pak Tongko sekarang outstation ke Sabah (offshore selama 2bulan) dan meninggalkan Puteri Maya Karin di dalam keadaan siang terbayang malam merindu. Sungguh tragis cerita sepasang merpati baka baik ini, kan? Sekian...

Thursday, September 2, 2010

....raya ooiiii...!

Salam..

Lagi berapa hari nak raya? Entah, saya kehilangan mood mahu beraya tahun ini, kerana disebabkan beberapa faktor; antaranya:

1)BAJU RAYA - tahun ini tidak seperti tahun2 yang sudah, saya cuma ada 2 1/2 pasang baju raya, baju kurang johor sepasang, kebaya pendet purple merun sulam manik sepasang, dan kebaya sutera indonesia tanpa kain (kain saya lupa nak jait, ingat nak beli kain siap, tapi belum jumpa yang berkenan), abaya pink tak dapat saya beli sebab yang saya mahu tak ada pula size saya, saya pakai size cicakpink, tapi yang ada size mak gajah dan mak beruang sahaja. Menyampah!

2) HIGH HEELS - benci la.. saya belum ada kasut raya lagi. Saya mahukan high heels size 7 berwarna putih cream, tapi belum ada yang berkenan di hati. Yang saya suka design dia kaler merah pula, bukan apa, terasa seksi pula kalau berkasut merah ni, terasa seperti Lady Gagap pula.. Hissh..rasa bersalah diri ini kalau berkasut merah di pagi aidilfitri. Tak ada kasut, macam mana nak beraya???

3) HANDBAG - juga tak ada! saya ada terpandang beberapa handbag yang buat saya rasa nak gigit jari, bukan Guess sangat pun, cuma imported dari Korea aje, itupun dah mencecah ratusa ringgit. Mahal tuuu..rasa nak memaki sedetik pun kadang2 ada juga, dah la tak ada jenama, pakai doblas jam tah2 dah kuyak, lagi mahu jual mahal. Cekik darah betul, baik jadi drakula sana. Tak ada handbag, maka, boleh ka saya beraya?? MANA BOLEH!!

4) BONUS - tak ada! cheh...macam mana nak raya tanpa bonus neh? Mengarut betul kampeni saya ni..saya perhati je payslip saya, lima namblas kali juga saya tinjau2, kot2 ada tulis saya dapat bonus, tapi hampa. Memang tak ada. Staff ramai yang dapat sampai 3bulan gaji. Saya ni apa cerita? Apa salah saya..?? uuuu...rupanya, saya masih belum confirm lagi sebagai pekerja di syarikat keselamatan ini, baru kerja satu bulan, mengigau pulak nak bonus 3bulan, ya? Banyak jelita wajah saya, terima kasih Eumora..hahahah..


Ala, pakai baju hujan dan kasut puachukang pun masih boleh beraya, kan? :P

Tapi, yang bestnya, rumah pusaka arwah Bapak akan berwarna oren dan coklat di bahagian luar, dan pink sirap bandung di bahagian ruang tamu..hahahah..
Anak2 sedara bertambah lagi seorang menjadi 6orang semuanya, Latiffa Humaira adalah bayi yang sangat comel dan keletah, baru berusia 3bulan, tapi dialah buah hati pengarang jantung kami sekeluarga sekarang. Comel sangat bayi itu, semua orang rasa nak makan2 je..hahaha..inshaAllah, bulan satu nanti akan bertambah lagi seorang, Alhamdulillah..tengok?? Allah sayangkan saya, Dia ambil arwah bapak, tapi Dia ganti dengan dua orang generasi penyambung warisan yang saya rasa dapat mendoakan arwah bapak agar damai di pangkuan Ilahi. I miss u bapak.. :p

Kereta saya siap juga akhirnya, tapi tak sempat nak polish, tapi saya pakse jugak brader tu buat sampai siap..hahahh..itulah bahayanya saya ni, kalau saya hendak, saya hendak jugakkkkk!! brader tu sampai kata, "awok ni kalau hendak tu, hendakkk jugak ya..?" biasak aa...itu la yang dinamakan determination dan passionate..kasi polish kilat2, kasi kaler merah tu mengaumm! aaauuummm!!

Jadi, yang beraya tahun ni kereta sayalah ya? tak apalah, sebab tahun lepas, saya rasa sakan betul saya beraya, tahun ni biarlah bersederhana, ingatlah kepada golongan yang kurang bernasib baik..Alangkah indahnya kalau semua insan bergembira di hari raya..kasihan anak2 yatim, ibu2 tunggal yang tiada kemampuan, kan? Kalau saya banyak duit, saya mahu banyak bersedekah dan bantu orang2 susah..anda pula bagaimana? :p

Selamat Hari Raya in advance...

Monday, August 30, 2010

...Mari Berniaga..

Saya semakin risau kerana terasa diri ini dimanjakan tanpa sebab di office baru ini. Mr J selalu kata "Good job done, Mas.." walaupun saya cuma menghantar reminder comel kepada kpmg berkenaan mesyuarat yang saya aturkan terlebih dahulu. Saya risau bukan takut dituduh kaki bodek boss, tapi kerana saya takut saya tidak berkembang pesat di sini. Kalau nak dibandingkan dengan DannyBoy, Mr J agak muda usia dan muda juga pengalamannya, jadi saya perlu buat sehabis pro bila bekerja bersama Mr J. DannyBoy itu memang agak jepun orangnya, disiplin diri yang tinggi dan saya sudah terbiasa datang awal sebelum 8.30pagi ke pejabat. Tapi, environment di sini sangat berbeza, masuk kerja sukahati, balik kerja pun sukahati..Mr J sendiri cuma akan tiba di pejabat pada jam 9.30pagi, hari itu lagi selamba, dia masuk pukul 10pagi. Entahlah, saya risau, saya tidak mahu jadi manusia yang tidak berdisiplin, saya mahu datang awal, siapkan kerja mengikut dateline, dan bekerja dengan ikhlas. Saya gembira di sini, cuma saya tak selesa dengan waktu bekerjanya. Apa pun, saya selesa dengan facilities di sini kerana surau di sediakan di setiap tingkat office, memudahkan saya bersolat di awal waktu zuhur dan asar. Memandu pulang juga tidak susah untuk saya, kerana cuma memakan masa 15minit sahaja.

Saya rasa nak lempang supplier ini kerana dia menghantar quotation bertarikh 19 July 2010 sedangkan sekarang kita kini berada di bulan Ogos, quotation itu pula valid dalam 7hari sahaja. Geramnya saya. Saya dah tak larat nak ber-vaio skrin kecit ni, pedih mata saya, makin rabun pula jadinya. Sudahlah dia hendak beri saya letop kaler silver, macam aunty2 sahaja warnanya, lambat pula dia nak jawab call. Sudahlah begitu, lain ditanya, lain pula dijawabnya, kejap kata nak kasi latest model, kejap kata kalau ada stock dia kasi stock lama. Nasib baik saya ini penyabar dan bersopan santun orangnya, maka saya sabar aje lah..

Pihak syarikat benar2 mahu saya jadi sekiteri yang sehat. Disamping medical benefit dan medical card yang saya kira cukup bagus, saya juga dijanjikan kelas kesihatan (gym) secara percuma atau saya boleh ambil mana2 kelas di luar dan claim balik dengan syarikat. Hmm..bagus untuk membina stamina, boleh lah panjat gunung Kinabalu tahun hadapan.. yeahoo!

Tapi, selama mana syarikat mahu menangggung segala cost itu? sebab itu saya mahu bina empayar perniagaan saya sendiri. Sekarang ini sedang berkira2 mahu mencari rakan kongsi 4-5orang dan perniagaan yang saya mahu ceburi adalah berasaskan pendidikan. Ada sesiapa mahu sertai? sila hubungi saya di talian 019-900 0932.

Ramadhan Buat Saya

Salam,

Melangkah ke bulan Ramadhan dalam tahun 1431H ini telah membuatkan saya terfikir sesuatu. selama 27tahun diri ini dipanjat usia, entah di mana saya letakkan pengertian Ramadhan itu. Seingat saya, sewaktu mula2 belajar berpuasa dahulu iaitu ketika saya berumur 9tahun, yang saya tahu Ramadhan itu bulan kelaparan dan bulan menahan kesabaran, juga sedikit2 pengisian ibadah dalam kalender kehidupan. Saya masih ingat lagi, sewaktu ke sekolah agama pada sebelah petang, saya dan kawan2 akan membeli air batu, bukan untuk diminum, tapi untuk diletakkan di muka dan leher sebab cuaca masa itu memang sangat panas. Air batu berharga 20sen itu kami pecahkan dengan menghempas ke lantai simen bilik darjah, dan bungkus dalam sapu tangan. Saya tak ingat mereka2 yang terlibat, tapi saya lah yang jadi kepalanya. Entahlah apa hukumnya perbuatan kami itu, yang saya tahu Ustazah selalu kata perbuatan itu makruh, dan saya selalu ingat makruh itu sejenis jenama kasut sekolah, MACRO..entah apa2..

Menginjak ke alam gadis, saya mula berpuasa penuh pada usia 10tahun. Ketika itu, terasa diri sudah cukup dewasa, maklumlah dipilih sebagai pengawas pelajar, pakai baju warna biru, tahu? :p. Bersahur menjadi aktiviti wajib kerana pada waktu itu, radio Best104 (kat Johor je dapat stesen radio ni) akan memainkan asma'ul husna, dan saya hafaz asma'ul husna ketika itu. Terasa sangat indah kenangan bersahur dan berbuka kerana ketika itu juga AbangLong akan buat air durian belanda. Waktu itu terasa semuanya seronok, walaupun beraya kadang-kadang sehelai baju cuma, (kawan2 ada yang sampai 3pasang baju kurung, tak termasuk baju jalan2).

Arwah Bapak adalah seorang yang tegas, arwah Bapak menetapkan syarat, kalau nak raya, cari duit sendiri. Kami ada family business, iaitu perusahaan gula merah. Sampai sekarang pekerjaan ini diwarisi oleh AbangLong saya. Jadi, waktu sahur bermula seawal 3pagi, waktu kecil dahulu, Bapak tiada anak perempuan, yang ada hanyalah anak perempuan yang gagah seperti badang..keh..keh..keh..Jangan tak percaya kerana kami 6beradik (perempuan semua) mampu melakukan 'keganasan' seperti kaum Adam. Maksud saya, kami mampu melakukan pelbagai kerja berat yang didominasi kaum lelaki. Contoh, mengangkat gula pasir seberat 50kg, bertukang (bukan burung tukang, okeh?), membancuh simen dan sebagainya. Kami juga mampu turun ke kebun sawit dan mengangkat buah2 sawit dengan bantuan kereta sorong. Hmmm...ramai yang tak percaya, ya? Percayalah.. :)

Bersahur pada jam seawal 3pagi tidak banyak yang dapat dikunyah tapi kerana kami bermula dengan mengangkat barang2 yang berat, menyalakan sabak dan mengangkat kayu, maka kami cepat lapar dan dahaga. Sebab itu tidak hairanlah saya mampu bersahur dengan kapasiti seorang yang tak jumpa nasi selama dua hari..Air pula mesti kopi 434 (kat Muar je ada kopi ni) dan kurma timbang. Ketika itu, saya hairan macam mana Rasulullah dapat bersahur dan berbuka dengan hanya memakan kurma kerana kurma yang saya makan manis gila. Rupanya, kurma ada gred2 dia, ya? ooooo..pakcik baru tauuu...!

Saya geram sebenarnya kerana disebabkan kelembapan internet yang ekslebebet, post ini terpaksa menjadi pendet kerana dia tak save semua nota2 saya yang saya taip tadi..jadi, tidak mengapa, kerana lepas ini saya mahu bercerita mengenai hari raya pula.. :)

Tuesday, June 22, 2010

..JODOH SAYA..

Saya sampai di pejabat pada tepat jam 8pagi tadi. Hari ini saya pakai baju baru, baju kurung moden kain cotton jepun yang saya tempah khas untuk menemanai sahabat baik saya ke rumah 'bakal2'nya, tapi tak jadi atas sebab2 yang tak dapat saya elakkan..hmm..manusia merancang,Allah juga merancang, maka perancangan Allah adalah yang terlebih baik..alhamdulillah, sahabat saya itu memahami orangnya..dia itu memang teramat baik, bertuah bakal suaminya yang pemalu itu..

Teringat pada sahabat saya Juriah binti Mohamed Din yang saya temui baru2 ini. Dua tahun lepas, saya juga menemani beliau ke rumah bakal suaminya,sekarang anak sulung beliau sudah berusia 3bulan.. dan teringat sudah banyak kali juga saya menjadi pengapit pengantin..asyik kapit orang je, saya ni bila pulak nak berapit ea..keh..keh..keh...

Satu soalan ditanyakan kepada saya: Kamu ini hendak cari pasangan yang bagaimana..? Habis semua orang kamu reject ni apa kena..?

Pertama, saya tidak mereject sesiapa, kerana saya ni bukan seorang QA atau QC jauh sekali Que Haidar. Jadi,saya tidak punya authority untuk mereject sesiapa pun..Saya berkawan dengan semua orang, tapi dalam pada saya berkawan itu,saya juga berhak menapis kawan2 saya tak kiralah dengan mengunakan tapis teh atau tapis santan.. bagi saya, kawan, sahabat, kenalan itu sangat berlainan maknanya..ada yang mengaku sahabat, tapi bila kita dalam kesusahan hanya mampu tolong tengok, yang mengaku kawan, bila kita senang, gelak sama2 tapi bila kita susah, dia gelakkan kita pun ada..yang kenalan, mula2 sanggup berkakakkan kita, tapi dalam masa yang sama tikam kita depan belakang, kiri dan kanan..jadi, apa salah saya menapis kawan, sahabat dan kenalan saya..?tapi, bila saya kenal siapa kawan, siapa lawan, saya dapat pula saudara2 yang sangat menyayangi saya seperti saudara kandung mereka sendiri..sungguh, Alhamdulillah...

Kedua, saya bukan tak mahu berumahtangga, sumpah, demi Allah saya mahu..tapi, tiada yang sudi..bukan saya menolak sunnah, tapi memang belum jodoh saya, nak buat macam mana.."eleh..ko tu single dua hari je..pastu kang da tak single da.." kata seorang sahabat kepada saya..adoi la.macam mana saya nak terangkan tentang perkara jodoh ni..? kalau saya terangkan pun berapa kerat manusia yang paham bahasa saya ...? Saya memang hendakkan Mr H, tapi dia macam malu2 pula, tak jadi la saya nak ngorat, lagipun saya takut kalau dia check ayat hafazan saya yang masih lagi di takuk lama, malu saya bukan pada dia je, tapi pada Allah juga..Mr H da pakai cincin, siapa laa agaknya yang kasi dia cincin itu ea..jeles neh..dulu, saya pernah tanya soalan bangang ni kat Mr H: .." Mr H, kalau saya ngorat Mr H agak2 dapat tak..?" okeh, ada yang terasa nak lempang saya dari jarak jauh? silakannn..saya saja je test market time tuh..nak tahu dia jawab apa..? takleh..takleh..biar la resia...hahahah~ tapi, gentle omong, dia tidak memberi jawapan ya atau tidak..yang pasti senyuman dan janggut nipisnya kelihatan amat comel pada waktu itu..adoiii...

Ketiga, bila orang tu suka kat saya, dan saya tak suka kat dia, maka tiada paksaan yang dibenarkan dalam hal ini, kan? Saya mengambil contoh, kalau Jehan Miskin mem-propose saya, sedangkan saya tidak mencintai beliau, maka adakah dengan tindakan memaksa saya dapat menjayakan hubungan kami? Ingatlah, tiada istana kebahagiaan akan terbina atas paksaan. Saya pun banyak dah try paksa diri terima orang, last2 broke off juga..jadi, yang terbaik, biarkan rasa itu hadir tanpa paksaan ataupun kasihan..tapi, kalau Jehan Miskin nak paksa saya, takpe..saya sudi je...keh..keh..keh..

..Saya memang mahu berumahtangga, saya rasa saya sempurna sebagai wanita dan mampu menjadi isteri dan ibu yang baik, cuma Allah belum lagi mengirimkan seorang suami yang beriman, berilmu agama, beramal soleh dan ikhlas untuk menikahi saya..

p/s: saya menolak sebarang dating sebelum pernikahan, kalau mahu ajak saya dating pastikan saya dibenarkan membawa teman..sekian, harap maklumbalas..

Monday, June 14, 2010

..kamu, sila pergi jauh2..

Mr F tiba2 menghubungi saya dengan nombor ini : +606-765****, yang saya pasti bukan nombor telefon Dubai darul hensem. Hmm..saya rasa kesabaran saya sudah sampai di garisan kuning, sebelum garisan itu bertukar menjadi kaler aiskrim pelangi paddle pop, maka saya harus melakukan ini..-TUKAR NOMBOR TELEFON- Mr F, ambek kamu! padan muke!

Geram sungguh saya dengan lelaki yang jual mahal ini, saya tahulah saya ini tidak secantik Maya Karin, tapi kalau saya dan Maya Karin duduk bersebelahan dan dilihat dari jarak 960km dari Utara Brazil, maka apa yang membezakan kami berdua...? Buta kayu sungguh! Geramnya! Geramnya!

Mr F, kamu ingat kamu itu siapa? Loyar? Majistret? Pemandu Lori Namblas Tayar?? Kamu senyap hampir dua bulan dan tiba2 kembali dengan lawak tanduk2 kamu itu, kamu ingat saya heran?? Malammm sikit..ambekkk kamu..saya marah neh...haaa..kan da tak comel saya dibuatnya..

Saya percaya di atas segala kejadian itu, ada hikmah tersembunyi yang tidak kita ketahui, saya yakin Allah sudah persiapkan seseorang yang terbaik berbanding yang perasan baik untuk kita.. saya marah? saya kecewa? entahlah..saya rasa saya tak patut berperasaan begini..Mr F bukan siapa2 pun bagi saya, bukan kekasih saya, bukan tunang saya, bukan suami saya, bukan! bukan! bukan! Bukanku tak sudi, kasih untuk bersamamu bercinta lagi..lalalala...

..tapi entah kenapa saya berperasaan begini...saya sudah jatuh hati ka..? macam tak aje... ?

Tuesday, June 8, 2010

..New Episode..

saya sudah berpindah..!! wawawawa..! setahun sekali saya pindah rumah, kalau kura2 dan siput khinzir tengok saya mesti mereka kata "wawawa, mau lawan tokey ini wanita..asyik pindah umah je keje dia..apa tak bawak je umah tu ke mana2 je..?" keh..keh..keh..rilek la encik siput dan encik kura2, kawan2 tamau lawan haa.....

fuh..fuh..fuh..penat betul mengemas rumah, tapi tengok tak kemas2 jugak..last2 saya biarkan saja barang2 di dalam kotak..Tapi lesung sama pinggan yang 4 biji itu sudah saya susun di dapur..wawawa..semangatnya..! seronotnya rumah baru...hahaha..boleh pakai iron baru...wawawa..

Sahabat saya dari Kuantan tak jadi datang, sedangkan perancangan awal adalah dia akan ke KL minggu ini untuk mengambil gambar di Kampung Baru..hahaha..saya pun tak faham kenapa Kampung Baru, bukan Kampung Kerinchi atau Kampung Melayu..sukahati dialah kan..tapi atas sebab2 tertentu dia terpaksa membatalkan kedatangannya..sesungguhnya manusia merancang, Allah juga merancang maka perancangan Allah adalah yang terbaik..tak mengapalah sahabatku, kamu tak perlu ke mari, biar saya menjengah kamu di Kuantan sana.. :)..insyaAllah..

Saya menulis kepada Mr F tentang kehidupan saya yang kini. Dia langsung tidak menjawab email saya, macam la saya heran sangat dengan email dia tu..saya ingin sekali mengatakan ini kepada Mr F: "F, kamu hensem saya tahu, kamu bijak dan kaya, jadi kamu tak rugi apa2 kalau kamu tidak lagi berkawan dengan saya ni, okeh..?"

Marah? Entahlah, saya tidak tahu adakah saya marah kepada Mr F, tapi tindakannya yang membisu seribu bahasa itu membuatkan saya tertanya-tanya adakah dia mahu saya belajar bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan dia? Sedih? sedikitlah..tipulah kalau saya tidak sedih kerana ruang kosong itu makin terisi dengan kekosongan..bukanlah Mr F melengkapi hidup saya, cuma saya seronok menjadi sebahagian dari aktiviti dia yang kadang2 kelakar juga..

Office baru..? hmm...buat masa ini, saya rasa baik2 aja.... Alhamdulillah...

Monday, June 7, 2010

..amukan rindu..

..terjaga lewat malam dan meracau-racau dalam kesakitan..kupejam mata, ingin tidur lagi namun hampa..mata memandang siling dan dinding sambil fikiran menerawang entah ke mana..tercari-cari sesuatu, berbicara dengan Ilahi walau tidak pernah sekali lisanNya menjawab pertanyaanku..membuang pandangan ke tingkap sana, mengharapkan salji Disember walau masih Jun dan Malaysia tak mungkin dijengah salji..arrghhh..!! apa ini..?? aku perlukan sesuatu yang entah apa, aku perlukan dia yang entah siapa..aku tersepit di celahan kaca yang melukakan urat nadiku..sakit..!!

jemari menggenggam blackberry kesayanganku, wajahnya menghiasi screen saver yang mencarik-carik ruang rinduku..aduhh..!! aku rindu lagi..Ya Tuhanku.. sungguh aku merindui dia..

..hati bertanya pilu, bilakah segalanya ini akan berakhir..? tapi aku lupa, sewaktu aku merelakan kehadiran perasaan rindu itu, berkali peringatan telah Dia berikan, namun aku tegar melawan arus..nahhh!! rasakan sekarang..bila jiwa tersayat pilu begini, barulah teringat kepada perintahNya, pada fitrahNya..mempertikai betapa kejam perasaan ini merobek-robek tangkai jantungku..

Monday, May 24, 2010

..Nafas Cinta..

Sesaknya nafas di dadaku
Mengenang percintaan kita

Dapatkah kita meneruskan
Impian dan harapan cinta

Di hatiku masih luka
namun kutetap bersabar
kumengerti perasaanmu..duhai..oh..sayang..

Rindu bergelora, resah gelisah nafas cinta
Biarpun seribu luka, tak bisa menghapus cinta

Entah mengapa aku masih sayang padamu
Kerana engkau adalah kekasihku..
Nafas cinta...oh...

Oh Tuhan tunjukkan jalan
Hadapi segala cubaan
semoga kita bahagia
untuk selama-lamanya..

Friday, May 21, 2010

..sanggupkah..?

Mr F,
sanggupkah kamu, berada dengan saya, menunggu saya sehingga saya benar2 bersedia, menggenggam impian sama2?

Mr F,
sanggupkah kamu mendengar leteran saya, yang selalu tak kira masa, asal saja saya mahu berleter maka saya berleter, ada saja yang saya leterkan, tak kiralah tentang apa..?

Mr F,
sanggupkah kamu bersama2 saya? melalui laluan sukar ke gunung nan tinggi, yang pasti akan memaksa kamu berkorban tidak sia2, yang akan menumpahkan darah dan airmata..?

Mr F,
ya, kamu katakan kamu sanggup, kamu katakan kamu mahu, tapi saya belum sanggup, dan belum mahu berkongsi kehidupan saya bersama kamu..perasaan itu ada, tapi entah kenapa kepastian masih tak kunjung tiba..saya keliru dan tidak tahu, saya mencari sesuatu yang entah apa..

Mr F,
kita sama2 dikecewakan, sama2 dikhianti atas dasar penipuan, tapi kamu lelaki dan saya perempuan, tak sampai setahun kamu sudah boleh melupakan, tapi saya lain..saya sendiri tidak tahu bila saya akan lupakan setiap penipuan dan kesakitan yang dia tinggalkan..

Mr F,
kamu merajuk, saya tahu..kamu tak balas email saya, kamu tidak mengganggu tidur malam saya seperti selalu..saya sunyi, tahu? :(. kamu tahu tidak kenapa saya sangat sukar mahu menerima kamu sebagai dia? sebab, saya tidak sanggup kehilangan kamu. Bagi saya kamu ini melengkapi kekosongan saya, saya selalu membawa persoalan tentang Islam, Iman dan Ihsan dan kamu selalu dapat membantu meleraikan kekusutan saya..dan saya tidak pasti adakah saya mahukan kamu sebagai dia atau hanya mengisi kekosongan ketika saya dilanda musibah dan masalah..

Mr F,
saya tahu kamu tak sanggup..kan? :(

Thursday, May 20, 2010

...Tiada Lagi..

Assalamualaikum..
Terasa sungguh lama tidak 'update' apa-apa di blog comot ini. Hampir sebulan, agak lamalah juga kalau menjahit baju kurung sudah dapat 5 pasang.

Pejam celik, pejam celik sudah menghampiri setengah tahun 2010 kita tinggalkan. Sesungguhnya masa itu tidak menunggu kita dan bila masa meninggalkan kita, ia tak mungkin kembali lagi.

Kenapa saya memilih tajuk 'Tiada Lagi' untuk post kali ini? Jawapannya mudah, KERANA INI BLOG SAYA, SUKA HATI SAYA LA NAK LETAK TAJUK APA..(sila baca dengan penuh sopan santun)

Saya masih menanti kehadiran orang baru dalam hidup saya. Di saat entri ini ditulis, saya masih lagi resah menanti dia. Semoga Allah mempermudah perjalanannya. Rindu? Tidak, sekarang ini belum rindu lagi, esok lusa saya tak tahu..alah, saya ni macam la kamu tak tahu, mudah benar terindu kat si dia-dia itu.. :p

Thursday, April 22, 2010

Nametag Ketiga: Jo Qusary

1. 5 org yg idop di dunia ni yg korang tak ley lupa...
- Diri sendiri sebagai hamba Allah
- Mak
- Adik-beradik beserta suami dan isteri serta anak2 mereka
- Sahabat2 yang banyak berkongsi ilmu akhirat dan pengalaman hidup
- Mr F: buat masa ini memang susah saya nak lupakan beliau kerana beliau sentiasa mengganggu tidur malam saya sekarang..esok2 tak tahu lah.. :)

2. 5 bende yg korg sayang nk buang
- Keta Savvy saya, tapi mungkin saya akan trade-in untuk Gen2 kaler copper atau Neo kaler hitam kalau ada rezeki nanti.. :)
- Blackberry Curve saya, kerana kecit2 pun dia banyak tolong saya search maklumat yang saya perlukan terutama berkaitan hadis2 dan doa2 para nabi. Saya keep in touch dengan kengkawan pun guna bb ni.. :)
-Make-up set saya...hahaha...!
-Koleksi high-heels yang mencecah 30 pasang, tapi bila saya mula berstokin nanti tak tahu la macam mana nak pakai kasut2 tu..anyone interested? saya jual murah2..:p
- AlQuran dan Tafsir serta buku2 yang saya beli untuk meningkatkan ilmu agama saya. Banyak yang dihadiahkan oleh para sahabat, sebab tu saya sangat sayang nak beri pada orang lain..

3. Bende yg kog impi-impi dan akan menjadi kenyataan 1 hari nnti..
- Saya mencapai keimanan dan keyakinan pada Ilahi dengan sebenar2 keimanan dan keyakinan serta terbentuknya negara Islam yang 100% berpandukan alQuran, bukan main cedok2 je..

4. Based on Question 3, kenapa...
-Saya sedih dgn dunia hari ini..

5. Time bukak lappy, website ape yg korg bukak dlu...
-Jobstreet.com, FB, FS dan blogger.com, tapi salu takde idea nak tulis apa..

6. 5 org yg korg nk tag...
-Abang Long
-Abang Ngah
-Uda
-KakG
-Anem

Tuesday, April 20, 2010

NameTag Kedua: Jo

Siyes saya tak tahu menjawab soklan yang sangat berteknologi tinggi ini, tapi demi persahabatan saya dengan si gadis misteri Jo Qusary, saya jawab juga seadanya..

Tema tag aku nie ialah "LAGU & DIRI ANDA". Camne nak buat tag ni? Korang kopi pasta dulu soklan2 bwh ni kat blog korang:-

1. Anda tgh layan lagu apa skg?
(Jawapan: Saya tak dengar sangat lagu tapi sejak 5 tahun dulu saya suka lagu To Be With You by Mr Big)

2. Lagu yg buat anda gembira sakan hingga terasa nak menari poco2?
(Jawapan: Amelina dan Sheeda iaitu Sini Cinta Sana Cinta, sila gelakkan saya kerana saya suka lagu dangdut)

3. Lagu yg buat anda tensen dan rasa mcm nak baling almari kat luar tingkap?
(Jawapan: Setakat ni takde lagi, tapi saya selalu sedih kalau dengar lagu Ayah dan Ibu by Allahyarham Sudirman)

4. Jika anda sebuah lagu, lagu apakah yg sesuai menggambarkan diri anda?
(Jawapan: Insan by Yantzen)

5. Lagu apakah yg sesuai menggambarkan kehidupan anda?
(Jawapan: Aku Mahu Pulang by Amuk)

6. Lagu faveret anda semasa zaman kanak2 ribena?
(Jawapan: Hazard by Richard Marx, ya, kecit2 lagi saya suda pandai romantik tahu?)

7. Lagu yg memotivasikan anda?
(Jawapan: Standing in The Eyes of The World by Ella)

8. Fikiran anda tentang dunia skg melalui lagu?
(Jawapan: What About Us by Michael Jackson)

9. Pendapat anda tentang cinta melalui lagu?
(Jawapan: saya hanya cintakan Allah buat masa ini, jadi saya undi Iman Mutiara by Raihan)

10. Lagu tema anda bila masuk ke bilik yg dipenuhi org?
(Jawapan: Hello by Lionel Richie)

Betul-betul tiada idea mau menulis apa..

Assalamualaikum...

saya merasa kebuntuan idea untuk meng-update blog saya, kerana sungguh kehidupan saya sangat teruji baru2 ini. Tapi tidak mengapa, mengetahui dan mengenali mati itu bukankah suatu nikmat pemberian dari yang Maha Esa? :)

Saya menerima lebih dari satu email dari sahabat2 zaman sekolah rendah, menengah, uitm dan bekas rakan sekerja yang menanyakan perkembangan saya. Percayalah sahabat2, saya tidak berkembang mana pun, masih slim river seperti mana sahabat2 mengenali saya dahulu..ahaks! (gelak secara manja hatrix @ gedik!)

saya menggunakan kata ganti 'saya' dan 'kamu' kerana setelah berkenalan dengan si peminat setia Eman Manan, saya semakin selesa menggunakannya. Walaupun di alam realiti saya masih kadang2 ber-aku-engko dengan sesetengah sahabat yang sudah lama menjadi sebahagian dari hidup saya. Saya terasa bersopan dan ayu pula bila menggunakan saya-kamu, ahaks sekali lagi...bukan apa, bukankah elok kalau kita bersopan dan mengeluarkan perkataan yang baik2 dari nikmat mulut pemberian Allah Yang Maha Pemurah?

Kesihatan saya agak merosot, tetapi itu bukanlah halangan untuk saya mensyukuri nikmat pemberian Allah, iaitu kehidupan ini. Saya bertemu dengan ramai sahabat2 baru yang baik2 belaka, mengajar saya satu2 perkara yang saya tak pernah tahu. Siapa kata usia tua maka proses pembelajaran mesti terhenti? tak adalah..

Alhamdulillah, blog Pusat Rawatan Al-Aisyah telah berjaya saya siapkan dan kini dalam proses pengumpulan material untuk blog Pusat Cari Jodoh Cara Islam Al-Aisyah. Kamu ketawa ya? Eleh, tak heran, ketawalah kalau kamu mahu, saya peduli apa? kalau mahu ketawa, mari ajak saya sekali..hahaha..

Saya usulkan ini kepada sahabat saya yang bernama Rabiah itu, hmm..feedback beliau positif, alhamdulillah..Saya harap kali ini, kami berjaya membantu lebih ramai sahabat untuk mendirikan rumahtangga, berlandaskan Al-Quran dan Assunnah. Bukan apa, kamu sedar tidak berapa ramai orang yang berkahwin tetapi tidak tahu kenapa mereka berkahwin, dan berapa ramai ibu bapa mendera anak2 yang masih kecil sedang mereka itu dipertanggungjawabkan untuk memegang amanah Allah. Kamu rasa kenapa? Bagi saya satu sahaja, mereka tidak tahu kenapa mereka berkahwin, kerana mereka ketandusan ilmu. Kemon, kamu jangan menidakkan kata2 saya ni, kerana hakikatnya memang begitu, dan, berilmu sahaja tanpa amal juga tentu tidak memberi apa2 manfaaat. Dan amal tanpa iman pasti akan menyebabkan istiqamah kamu terhenti begitu sahaja..iya, kan?

Blog itu akan siap dalam masa sehari dua lagi insyaAllah..para sahabat diharap dapat memberi sokongan kepada usaha saya dan beberapa tenaga lagi..saya bertanggungjawab di bahagian marketing dan PR, jadi apa2 hal boleh la rujuk saya.

Saya menerima sms dari Mr. H malam tadi hampir jam 2 pagi. Dia itu memang kuat berusaha,kan? saya selalu harap dia tak jatuh hati pada saya kerana saya rasa saya bukanlah yang terbaik untuknya, kerana saya ini suka bercakap kuat2 dan berlawak yang kadang2 mengambil masa 3hari untuk difahami. Apa pun Mr. H, saya pernah suka kat kamu sebab kamu pakai spek dan ada janggut sikit, tapi cepat2 saya cantas perasaan itu..saya mahu fokus..fokus..fokus..(tapi, macam mana nak bohong diri sendiri yang saya sukakan sikap mengambil beratnya itu? wawawa...)

Mr F masih setia me-YM saya saban malam dari bumi Dubai sana. Bila dia nak balik Mesia ye? Teringin betul saya mahu bertemu dia, kerana kami hanya berkenalan melalui YM dan bertukar gambar profile sahaje. Iye la, takkan saya nak pegi Dubai sana semata2 nak jumpa dia? apa ingat saya ada share ke dengan Qatar Airways? :p
Mr F membatalkan perkahwinannya kerana tiba2 dia merasakan dia belum bersedia, tapi sebenarnya saya tahu kenapa perkahwinan itu dibatalkan. Kenapa ya perempuan zaman sekarang suka benar mempermainkan lelaki? Kamu tak takutkah kalau kamu buat kat orang, nanti Allah pusing balik jadi orang buat kat kamu? kalau kamu tak suka, kamu cakap la kamu tak suka, jangan la main2kan perasaan orang. tak pun, bagi ke saya pun tak apa..hahaha~

Mr F kata dia ada beli sesuatu untuk saya, kadang2 saya rasa nak aje cakap kat dia, dari dia beli barang untuk saya, lebih baik dia beri saya wang tunai untuk membeli laptop dan broadband. Saya sangat2 perlukan internet connection sekarang ini. Bosan pula bila online di Blackberry, skrin kecit dan mata saya yang rabun ni bertambah rabun jadinya. Tapi, orang sudah mahu beri, takkan saya nak demand pula kan? Cuma saya katakan padanya, kalau dia sudah berniat mahu beri, dia harus lah beri by hand, bukan pos laju atau ekspress..(padahal saya gatai mahu jumpa dia..hahah)

Saya contact balik ex-fiance saya yang saya gelarkan Mr S, sahabat2 uitm pasti kenal sapa ka beliau. Mr S ada di Kelantan sekarang, mungkin dia akan ke KL bulan depan untuk menjengah ex-fiancee nya ini. Tapi, saya nak lari time dia datang tu sebab saya rasa saya malu nak jumpa dia, entah mungkin Allah yang mengilhamkan saya untuk menghubunginya semula, kerana rupanya dia masih ingat hutang skirting keta saya yang dia rosakkan dulu..yeahooo! duit lagi..alhamdulillah..

Mr S, saya tak tahu kalau kamu dah kawen atau belum tapi saya belum, okeh? hahah~

Saya tahu kalau sahabat saya yang bernama Juriah Mohamed Din itu tahu saya berbaik semula dengan Mr S, maka penyet la saya kena kutuk..tak apalah Jue, biarlah dia dengan kesilapannya, saya juga melakukan kesilapan, kan? kamu kan kenal saya yang panas baran di uitm dulu? kamu ingat tidak saya pernah baling Mr S dengan bola keranjang sebab saya marah dia tak jemput saya balik dari kelas? hahaha~ zaman muda2, memang penuh gila2..

Dan, kini saya sedang berusaha menjejaki Mr K, sebab saya rindu sangat sama beliau. saya harap Allah akan pertemukan kami, saya cuma nak minta maaf je pada beliau atas segala kekasaran saya dahulu. Entah kenapa,ingatan saya pada beliau semakin kuat sejak akhir2 ini. Mr K, saya tujukan lagu ini untuk kamu ya -Memori Daun Pisang by Iwan dan Amelina...kamu ingat tak kita gi karoeke (natang ni camne nak eja haaa?), sebab terlalu bosan taktahu nak buat apa dan saya pakse kamu nyanyi lagu ni dengan saya? saya minta maaf, kalau saya tahu suara kamu ada iras2 suara katak tersepit, saya pasti tak pakse kamu..:p

saya mahu menulis lagi, tapi sudah sampai masanya saya berhenti sekejap, saya mahu berjumpa Dia...sebentar nanti saya akan sambung menulis lagi, kali ini mungkin tentang kebersihan diri dan jiwa..insyaAllah..


Salam Sayang untuk semua..

Wednesday, March 31, 2010

Kau ingat kau siapa?? hmmm??

aku terima satu email Facebook dari seorang lelaki bernama Azam, itu pun kalau dia benar lelaki dan dia benar bernama Azam laaa. Aku nak termuntah bila baca email dia, jadi aku kongsikan beberapa ayat dia yang aku masih ingat, kalo sudi jom la muntah ijo sama2...keh..keh..keh..

1) saya sudi mengubat hati Syifa, apa sahaja untuk Syifa asalkan Syifa sudi menerima saya..

Ulasan: ok, engko sudi mengubat hati aku tu suda kira bagoss kerana kalau ko ni bukan dokter, mesti ko ada la student David Copperfield yang pakar bedah2 orang tu, tapi aku heran ko ni dah mabuk sirap ke apa? siap offer diri lak ni..aku kenal ko pun tak..
dan kalau aku kenal sekalipun, takkan mudah2 ko nak berasmaradana dengan aku ni? ko kenal ke aku?

seorang lelaki pernah mengatakan aku takkan mampu hidup tanpa lelaki, padahal, aku hidup je sekarang ni, takde lelaki pun aku hidup apa? Yang mengata tu pulak mengaku sepanjang dia single (tu pun kalo betul dia single la..)dia suda flirt dengan 8 orang perempuan, dua daripadanya kenalan aku...wakakaka..sungguh lawak antarabangsa..sapa yang takleh hidup tanpa sapa neh??

2) Syifa, biarkan lelaki itu melukai Syifa, ini ada saya sebagai galang gantinya..

Ulasan: orang yang lukakan aku tu bukan lukakan aku sebenarnya, dia lukakan diri dia sendiri, dia cari alasan untuk bebas dari kesalahan yang dia lakukan. Memang la aku takde bukti tentang hutang dia ka, janji dia ka, tapi Allah kan tahu? Tapi yang ko sebok nak jadi pengganti ni apa sebab? Encik Azam, aku tidak berminat untuk bercinta buat masa ini, kerana fokus aku adalah kerjaya. Bukan nak main kejar2 di balik busut sana tuu..

3) Biar saya galas beban Syifa, saya sanggup bagi elaun bulanan untuk Syifa, dan saya sanggup bayarkan kereta Syifa kalau mahu..

Ulasan: sampai stetment yang ni, aku delete email dia, dan airmata aku mengalir. Murahnya perempuan pada pandangan lelaki, dan bodohnya lelaki kerana sudi diperhamba nafsu. Sanggup bayar dengan wang ringgit semata2 untuk memiliki seorang wanita. Di mana maruah seorang wanita? di mana tanggungjawab seorang lelaki? Tahukah Rasullullah berpesan dugaan paling besar bagi kaum lelaki akhir zaman ini adalah kaum wanita?? Di mana iman kalian wahai lelaki??

Kalau aku ni sheksi ala2 model sabun pinggan tu ok la jugak...ni, dengan kulit berkarat, badan tak cukup vitamin M pun ko boleh nak offer macam2. Mana iman ko wahai Azam??

Seorang lelaki yang zalim pada anak yatim bernama aku pernah berkata ini pada aku: "aku memang cintakan ko, tapi aku taknak ko lagi. Aku sayang R dan A, dan M jugak"

oooo...cintakan aku tapi sayangkan R, A dan M ya?? sekolah cinta mana ko pegi ni? Sapa Tok Guru, meh aku sekeh2 pala dia sekali. Lelaki yang sebegini la yang banyak menumpahkan airmata wanita, bila ditanya, "alaa..small matter, berfikirlah di luar kotak, dan macam2 lagi laa.."

kalau macam ni alamatnya memang lambat lagik la aku kawen..spesis lelaki beriman teramat la pupus..

NameTag Pertama

ARAHAN Bold the statements that ARE true to you. Italicize the statements that you WISH were true. Leave the fibs alone. Then, tag 5 people to do the same test.

•170cm tall.
•I don’t know what I want at the moment.
•I’m not happy.
•I hate my friends.
•I hate my life.
•I hate my grades.
•I can drive.
•I’m bored of driving.
•I have a white handbag.
•I love dancing.
•I go clubbing every week.
•Shopping is bullshit.
•I have a tattoo of a star.
•I got my navel pierced.
•I have friends that take drugs.
•90% of my friends smoke.
•I still hang out with my ex, even though our break up was rather nasty.
•I’m studying Fashion.
•I have a business running.
•I hate cartoons.
•I hate someone.
•I have 10 Lollipops handbags.
•I buy CLEO every month.
•My parents don’t know about my blog.
•I have an iPod.
•I don’t have faith in the current “one”.
•My school mates know about my blog.
•I wanted to be a fashion designer.
•I love rock emo bands.
•I hate it when people cancel last minute meet ups.
•I’m a rebel.
•I don’t believe in love.
•High school's filled with drama.
•My parents have faith in me.
•I’ve bought shoes this month.
•A blogger bitched about me before.
•I hate sports.
•I heart Italian food.
•I hate meeting new people.
•I hate nail polish.
•The mother bear gives me hugs.
•People should start appreciating me.
•High school was the worst time of my life.
•I have red hair.
•One Utama is my second home.
•I’m a guy.
•I’m scared of my Biology result exam which I’m going to face someday tomorrow.
•I hate vacations.
•We’ll last :)
•I believe in long distance relationships.
•I’m going to get high and smoke weed one day soon.
•I’ve robbed an old lady.
•I’m starting to like applying make-up.
•I was a tomboy.
•At times I think I still am a tomboy.
•I love bitching about people behind their backs
•I still have a best friend.
•I have a cat.
•I hate surprise parties.
•I hate planning parties.
•I’m hot. :P..
•I’m a sinner.
•I’ve got a DS light.
•I have a Wii.
•I cant live without music.
•Video games are a waste of time.
•I miss the father bear.
•I love being in love.
•I know how to cook.
•I have 100% freedom.
•Boys are assholes.
•I hate Math.
•I’m happy with what I have
•I love horror films.
•I slept in my parents’ room for 3 days after watching Scream when I was a kid.
•My old friends keep in touch with me.
•I don’t read newspapers.
•The news is such a waste of time.
•Blogging is a waste of time.
•I hate animals.
•I can’t live without make-up.
•I curse like a pirate.
•I’m happy with my 11 year old car.
•I hate people that are smart.
•I love Orange juice.
•I can’t drink for nuts.
•I believe that everyone in their teens have lost their virginity.
•I’ve got a new phone.
•I’m going to get a new pair of shoes by the end of this month.
•I love swimming.
•I haven’t worked out since March.
•I think I’m fat
•I love my friends and family

NameTag ini saya anugerahkan kepada:
1) Syifa 2) Syifa 3) Syifa 4) Syifa 5) Syifa...

padan muke korang...hahaha...

Tuesday, March 23, 2010

Naseb la..dah aku suke lagu ni nak wat cane..hahaha!

Tak percaya tak percaya
diam-diam si abang banyak mahunya
selangit godaannya
kepada ku katanya setengah gila

tak sangka tak ku sangka
mulut manis di dalam ada racunnya
segunung rayunya
kepada ku katanya setengah mati

di sini dia mahu
di sana dia suka
ke sini bilang sayang
ke sana bilang cinta

bingung ku bingung bingung jadinya
Satu hati ada dua cinta

baru ku sedar itu hanya sandiwara
kalau begini lebih baik putus saja

daripada fikirkan cintamu yg tak betul
ikut hati lama-lama perang jadi timbul
memang susah punya pacar keranjang matanya
sini cinta sana cinta bikin jd pusing kepala

Monday, March 22, 2010

Ye, aku ok... :)

Terima kasih Allah atas segala perancanganMu yang terbaik, yang tak mungkin pernah akal manusia seperti aku tercapai menjangkaunya. Alhamdulillah di atas kurniaan kesihatan dan pancaindera yang sempurna ini. Syukur padamu Tuhanku..

Aku da seminggu terjungkel di rumah sewa setelah aku resign secara rasminya dari cengkaman DannyBoy pada 15 Mac 2010. Jauh di sudut hati, aku tahu, aku pasti akan merindui segalanya di sana. Kadang2 aku menangis mengingati kenangan aku bersama kenalan di sana dan yang tak mungkin aku lupakan, aku dianugerahkan seorang sahabat yang sangat mengambil berat tentang aku juga. Alhamdulillah..

Seminggu di umah aku mula dipanjat bosanova yang agak kritikal. Kadang2 aku terasa mau menternak lipan kerana aku dengar lipan boleh menjadi sport-car bila cukup umur...tapi kerana aku belom mempunyai vaksin lipan maka aku tidak la berbuat begitu, takut2 nanti aku berubah jadik lipan kebaya pula..hahaha!


Terlintas juga mahu mendaki bukit...tapi bukit apa? bukit antarabangsa atau bukit mor saje? hmm...masih lagi tak pasti ke mana mahu mendaki, aku perlukan seorang kaki bukit sekarang ini..sapa sudi?hmm..gunung nan tinggi kan kudaki...ombak dan badai ku lalui...lalalalala...huh? aku bukak web SUKAKI tadi..huk aloh, Sedara Bayu suda membakar semangat aku mau mendaki ni...Sedara Bayu telah menyuruh aku berguru sama Gila Monyet kat WangsaMaju, tapi aku manade geng? Nanti sapa nak temankan aku gila sama itu monyet? Tapi setelah aku peratikan, post Sedara Bayu tu seakan2 ke arah rock-climbing jek...tapi aku bukan nak rock-climbing, aku nak aktibiti jelajah gunung..agak2 korang paham tak maksud aku neh?

Thursday, March 18, 2010

...Sudah 2 Minggu...

..saya minta maaf..saya tidak mampu menipu diri saya..saya tidak punya apa2 perasaan pelik terhadap awak walaupun saya pernah cuba memaksa perasaan itu untuk hadir..

................................saya harap awak tenang di sana..............................kalau masih teringat kat saya yang selalu menanduk bumbung kereta awak ni, kirim2 la kurma sekilo dua dari sana ya......

...Goodbye Feroz092...

Wednesday, March 17, 2010

Ehem! Ehem!

Tak perlu aku ragui
Sucinya cinta yang kau beri
Kita saling kasih mengasihi
Dengan setulus hati

Ayah ibu merestui
Menyarung cincin di jari
Dengan rahmat dari Ilahi
Cinta kita pun bersemi


Sebelum diijabkabulkan
Syariat tetap membataskan
Pelajari ilmu rumahtangga
Agar kita lebih bersedia
Menuju hari yang bahgia

Kau tahu ku merinduimu
Ku tahu kau menyintaiku... oh kasih
Bersabarlah sayang
Saat indah kan menjelma jua

Kita akan disatukan
Dengan ikatan pernikahan... oh kasih
Di sana kita bina
Tugu cinta mahligai bahgia

Semoga cinta kita
Di dalam redha Ilahi
Berdoalah selalu
Moga jodoh berpanjangan

Thursday, March 4, 2010

..Wild World..

"Wild World"

La...la...la...la...la
Now that I've lost everything to you
You say you want to start something new
And it's breaking my heart you're leaving
Baby I'm grieving

And if you wanna leave take good care
Hope you have a lot of nice things to wear
A lot of nice things turn bad out there
Oh baby, baby, it's a wild world
It's hard to get by just upon a smile
(yeah...) oh baby, it's a wild world
I'll always remember you like a child girl
You know I've seen a lot of
What the world can do
And it's breaking my heart in two
Coz I never want to see you sad girl
Don't be a bad girl
But if you wanna leave take good care
Hope you make a lot of nice freinds out there
Just remember there's
A lot of bad and beware
La...la...la...la...la...baby I love you.

Wednesday, March 3, 2010

..ada ka patut...?


..semalam da pegi beli Mesin BijakDoraemon, sari sebelum tu menggagau carik puncher gabak makye, hari ni gi soping BonCafe lak..hmm...ada aku ka di-hire untuk bersoping? keh..keh..keh..

DannyBoy oh! DannyBoy..!

Tapi bagus jugak, dapat jugak aku bersoping tingkap sama tadi kat Pavilion..ooppss..! Jap! Jap! mesti korang tertanya2, apa kaitan gambar control kacak aku kat atas tu ea..hmm..sebenarnya hari ni aku tersangat la bersemangat berbaju kurung biru kaler peberet ehem2 aku tuh, smpat la cepit eyelash kasik lentik sama conteng garisan kat atas mata, tibai Revlon tipis2 kat bibir shekshiku, sekali DannyBoy suda sound sama aku "Mas, can u bla..bla..bla.." Keceperrr!! Pom! Pom! Pom! Huk aloh, ada ka DannyBoy rabun ayam cap kaki merah? dia tak nampak ka aku sikit punya berwibawa adjeng kartini ini hari? Nak meredah bandaraya KL dengan baju kurung ka? Baik la boss ku yang pasan hero, aku pegi la neh.. sob..sob..

Di atas tu ada la suasana pantry office aku, tu yang kat rak merah cawan putih2 tu ada la cawan DannyBoy beserta brewing set-nya. Hmm..dan gambar itu diambil sebelum aku mendapat arahan beli BonCafe kegemaran my dedicated boss. Aku tau, takde kaitan tapi kaitannya ada la kalo takde aku yang berbaju biru ini hari maka takde la BonCafe untuk DannyBoy. Sebab aku bengkerk sama itu BonCafe, maka aku tak upload gambar ia..padan uke~

Tuesday, March 2, 2010

...Mesin BijakDoraemon..

Aku merasa sangat maju hari ni. Rahsianya?? hanya Nita yang tahu..hahahah~ tak larat aku nak gelak..aku tatau la, sekarang ni segalanya nampak lawak bagi aku..losyen baby softlotion (johnson&johnson) aku sangkut dengan key-chain orang kecit pun aku leh nampak cam lawak, sebab, aku bayangkan seseorang tersangkut di situ..hahahahah~ adehhh..penatnya gelak..aku da lama tak gelak tanpa sebab musabab seperti ini, yang pasti aku sangat happy..Terima Kasih Allah..aku yakin kegembiraan ini adalah belas ihsanMu terhadapku yang pernah dirundung duka saban hari suatu waktu dahulu.. :)

haa..tu, gambar kat atas tu ada la hasil soping aku hari ni, macam bese wet mesti la DannyBoy yang bagi, tu nama dia 'label maker', untuk kegunaan sekiteri jabatan kejuruteraan di opisku, iaitu tak lain dan tak bukan, aku sendiri. Lawak..time aku tunjuk kat Koh dia tanya apa natang tu? aku jawab "blackberry model terbaru", mati kitorang gelak dua orang golek2, tapi dia golek kat tempat dia, aku golek kat tempat aku, tiada istilah gelak golek berjemaah, ok? keh..keh..keh..

Pastu aku tunjuk kat DannyBoy, tak sangka, dia pun kata, " waa..looks like blackberry huh?" aku tak larat tahan gelak, aku gelak kat situ, dulik apa aku.. DannyBoy pasan dia berjaya membuat lawak, padahal aku da awal2 lagi gelak dengan Koh..keh..keh..keh..sangat lawak..apa yang lawak? entah, aku taktau, tapi aku asyik gelak je kalo tengok natang Mesin BijakDoraemon ini. Yang aku tak tahan time aku wat demo tu, DannyBoy macam jakun jek..keh..keh..keh..apa ka??

Sebenarnya, aku nak upload dan post entri berkenaan cheese bread, cheese tart dan egg tart yang aku beli kat kedai roti The Weld tengah hari tadi, terkejut aku mengenangkan aku berjaya menghabiskan semua itu ditambah dengan sepinggan nasi ayam yang mahal cam ekslebebet kat food court The Weld tadi. Tiba2,aku teringatkan seseorang. Dah makan ke dia? Ada duit makan tak? Aku sayang kau...jaga diri baik2... :(

Tapi, tak sempat nak tangkap gambar..aku pun da nak balik da neh. Malam ni jumpa dia lagi...yeahoooo!!
 

©2009 -Kerana itu Aku- | by TNB